Di bawah GST yang diperkenalkan kerajaan terdapat barangan dan perkhidmatan yang dikenakan GST pada kadar sifar (zero-rated). Setakat hari ini senarai akhir barangan dan perkhidmatan yang dikenakan GST berkadar sifar masih belum dikeluarkan oleh Kastam .
Dikatakan bahawa kerajaan masih lagi mengkaji senarai barangan dan perkhidmatan yang bakal dikenakan kadar sifar. Di dalam pembentangan Bajet 2014 tahun lepas, kerajaan ada menyenaraikan cadangan barangan yang akan dikenakan GST pada kadar sifar.
Senarai barangan tersebut boleh didapati di Lampiran Teks Ucapan Bajet 2014 di sini. Barangan asas seperti makanan dikenakan pada kadar sifar.
Apakah maksud GST zero-rated ini? Ia bermaksud pengguna tidak perlu membayar apa-apa GST atas setiap barangan dan perkhidmatan yang dibeli.
Peniaga (pengilang, pemborong dan peruncit) pula boleh menuntut input tax daripada kerajaan sekiranya ada barangan yang diperlukan untuk menghasilkan produk akhir dikenakan GST.
Beras pasti akan dikenakan GST pada kadar sifar. Bermakna pengguna tidak akan membayar GST untuk belian beras di kedai runcit atau supermarket.
Walaubagaimanapun untuk membungkus beras pengilang terpaksa membeli bekalan plastik daripada penjual plastik. Plastik pulak dikenakan GST pada kadar standard 6%.
Jadi adakah harga beras akan naik kerana pengilang terpaksa menanggung kos GST 6% plastik untuk membungkus beras? Lihat pengiraannya dibawah:
Jualan Beras:
1. Pengilang
- Kos belian plastik untuk membungkus 10kg beras = RM1 termasuk GST 6% bersamaan 6 sen.
- Jumlah kos membeli plastik RM1.06
- Pengilang boleh menuntut input tax 6 sen GST daripada kastam.
- Kastam akan membayar 6 sen kepada pengilang.
- Jumlah kos akhir membeli plastik RM1.
2. Pengilang - pemborong
- Pengilang menjual beras 10kg kepada pemborong dengan harga RM10 sepaket.
- Disebabkan beras adalah tertakluk dibawah bekalan berkadar sifar maka pengilang tidak mengutip apa-apa cukai daripada pemborong dan begitu sebaliknya pemborong tidak membayar apa-apa cukai kepada pengilang.
- Kastam tidak menerima apa-apa bayaran GST.
3. Pemborong - peruncit
- Pemborong menjual beras 10kg kepada peruncit pada harga RM15 sepaket (mengambil untung sebanyak RM5).
- Sama seperti peringkat jualan sebelum ini GST tidak dikutip dan tidak dibayar kerana beras adalah barangan bekalan berkadar sifar.
- Kastam tidak menerima apa-apa bayaran GST.
4. Peruncit - pengguna
- Peruncit menjual beras 10kg kepada pengguna pada harga RM20 sepaket (mengambil untung RM5).
- Sama seperti peringkat jualan sebelum ini GST tidak dikutip dan tidak dibayar kerana beras adalah barangan bekalan berkadar sifar.
- Kastam tidak menerima apa-apa bayaran GST.
5. Pengguna
- Pengguna membayar RM20 untuk sepaket beras 10kg.
- Pengguna tidak perlu membayar GST kerana beras adalah barangan bekalan berkadar sifar.
- Walaupun pengilang membayar GST untuk plastik yang digunakan untuk membungkus beras, pengguna tidak perlu menanggung kos GST ke atas plastik kerana pengilang sudah pun menuntut input tax daripada Kastam.
5. Kastam
- Kastam tidak menerima apa-apa bayaran GST kerana beras adalan bekalan berkadar sifar.
- Kastam membayar tuntutan input tax 6 sen untuk belian plastik daripada pengilang.
Kesimpulannya barangan yang bekalan berkadar sifar tidak akan naik harga selepas GST dilaksanakan. Jika ianya naik, ia adalah disebabkan pekedai mengambil keuntungan.
Point penting di sini, barangan dan perkhidmatan yang bekalan berkadar sifar, membolehkan peniaga menuntut input tax daripada Kastam dan peniaga tidak akan/boleh mengutip GST daripada pengguna.
Saya harap kawan-kawan faham perbezaan standard rate dan zero-rated setakat ini. Siri seterusnya saya akan menerangkan barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan daripada GST.
GST Siri 1: Standard-rated Supplies
GST Siri 3: Exempted Supplies
GST Siri 1: Standard-rated Supplies
GST Siri 3: Exempted Supplies
No comments:
Post a Comment