Lebih kurang 10 bulan sahaja lagi GST bakal dilaksanakan di negara kita. Seperti yang kita semua sudah sedia maklum GST sudah pun dibentang dan diluluskan di dalam parlimen pada sesi yang lepas.
Usaha ahli parlimen Pakatan Rakyat untung menghalang GST daripada diluluskan boleh dikatakan tidak berjaya. Himpunan untuk membantah GST yang diadakan pada Hari Buruh yang lalu juga gagal mengubah fikiran kerajaan untuk menangguh atau membatalkan pelaksanaan GST.
Saya kira kini tiba masa kita menerima kenyataan bahawa mahu atau tidak kita terpaksa membayar GST bermula 1 April tahun depan.
Dalam pemerhatian saya masih ramai yang kurang jelas tentang bagaimana GST berfungsi. Bukan sahaja mereka yang menolak GST malah yang menyokong GST pun nampak kurang jelas bagaimana GST dikutip, dibayar dan sebagainya.
Rata-rata di kalangan kita nampaknya masih tidak faham fungsi GST zero-rated (berkadar sifar) dan exempted (dikecualikan). Di dalam artikel bersiri ini saya akan menerangkan bagaimana pengiraan GST bagi barangan dan perkhidmatan yang dikategorikan sebagai zero-rated dan yang dikecualikan (exempted).
Sebelum itu sebagai 'refresher' saya juga akan menunjukkan pengiraan GST berkadar standard iaitu 6%, bagaimana ianya dikutip, berapa ia dikutip, berapa jumlah GST yang dibayar kepada kerajaan (melalui kastam) dan berapa yang pengguna perlu bayar:
GST Standard Rated (6%)
Jualan Televisyen:
1. Pengilang kepada pemborong
Saya kira kini tiba masa kita menerima kenyataan bahawa mahu atau tidak kita terpaksa membayar GST bermula 1 April tahun depan.
Dalam pemerhatian saya masih ramai yang kurang jelas tentang bagaimana GST berfungsi. Bukan sahaja mereka yang menolak GST malah yang menyokong GST pun nampak kurang jelas bagaimana GST dikutip, dibayar dan sebagainya.
Rata-rata di kalangan kita nampaknya masih tidak faham fungsi GST zero-rated (berkadar sifar) dan exempted (dikecualikan). Di dalam artikel bersiri ini saya akan menerangkan bagaimana pengiraan GST bagi barangan dan perkhidmatan yang dikategorikan sebagai zero-rated dan yang dikecualikan (exempted).
Sebelum itu sebagai 'refresher' saya juga akan menunjukkan pengiraan GST berkadar standard iaitu 6%, bagaimana ianya dikutip, berapa ia dikutip, berapa jumlah GST yang dibayar kepada kerajaan (melalui kastam) dan berapa yang pengguna perlu bayar:
GST Standard Rated (6%)
Jualan Televisyen:
1. Pengilang kepada pemborong
- Kilang TV menghasilkan TV LCD secara pukal dan dijual kepada pengedar secara borong.
- TV LCD dijual seunit RM1,000
- GST yang dikutip oleh pengilang: RM1,000 x 6% = RM60
- Jumlah jualan seunit TV LCD kepada pemborong RM1,000 + RM60 = RM1,060
- RM60 yang dikutip pengilang diserahkan kepada Kastam.
2. Pemborong kepada Kedai Elektronik
- Pemborong menjual seunit TV LCD kepada kedai dengan harga RM2,000 seunit.
- GST yang perlu dikutip pemborong: RM2,000 x 6% = RM120
- Jumlah jualan seunit TV LCD kepada kedai: RM2,000 + RM120 = RM2,120
- RM120 yang dikutip pemborong diserahkan kepada Kastam.
- Pemborong yang berdaftar dengan kastam dibenarkan menuntut input tax (RM60 yang dibayar kepada pengilang).
- Di peringkat ini Kastam menerima RM60 sahaja setelah ditolak tuntutan input tax RM60 oleh pemborong yang telah dibayar kepada pengilang.
3. Kedai Elektronik kepada Pengguna
- Kedai menjual seunit TV LCD kepada pengguna dengan harga RM4,000
- GST yang perlu dikutip kedai: RM4,000 x 6% = RM240
- Jumlah jualan seunit TV LCD kepada pengguna: RM4,000 + RM240 = RM4,240
- RM240 yang dikutip kedai diserahkan kepada Kastam.
- Kedai yang berdaftar dengan kastam menuntut input tax (RM120 yang dibayar kepada pemborong)
- Di peringkat ini Kastam menerima RM120 sahaja setelah ditolak tuntutan input tax RM120 yang dibayar oleh kedai kepada pemborong.
4. Pengguna
- Pengguna secara keseluruhan membayar RM4,240 untuk sebuah TV.
- Jumlah GST yang dibayar adalah RM240
5. Kastam
- Kastam menerima RM60 daripada pengilang.
- Kastam menerima RM120 daripada pemborong yang kemudiannya ditolak RM60 sebagai tuntutan input tax daripada pemborong. Jumlah bersih yang diterima RM60.
- Kastam menerima RM240 daripada kedai elektronik yang kemudian ditolak RM120 sebagai tuntutan input tax daripada pekedai. Jumlah bersih yang diterima RM120
- Jumlah besar GST yang diterima Kastam untuk jualan seunit TV LCD adalah RM240.
Secara teknikalnya hanya pengguna akhir yang membayar GST. Pengilang, pemborong dan kedai hanya bertindak sebagai pengutip GST dan mereka tidak membayar sesen pun kepada kerajaan kerana mereka dibenarkan menuntut input tax daripada Kastam.
Apa bezanya dengan SST atau cukai jualan 10% sekarang? Di bawah sistem cukai jualan sekarang pemborong dan pekedai tidak boleh menuntut input tax sepertimana yang diperuntukkan di dalam GST.
Walaupun kebiasaannya cukai jualan 10% hanya dikenakan pada satu peringkat, jualan di bawah sales tax masih terdedah kepada kutipan cukai berganda. Pengilang boleh mengutip cukai sebanyak 10%, pemborong juga boleh mengutip 10% dan kedai juga boleh mengutip 10%.
Cukai jualan 10% yang dikutip tidak boleh dituntut sebagai input tax jadi pemborong dan kedai terpaksa memasukkan kos cukai ini ke dalam harga akhir yang akan ditanggung pengguna. Situasi cukai ke atas cukai ini dipanggil sebagai "cascading tax".
Harus kita ingat bahawa peniaga tidak membayar cukai kerana mereka boleh menuntut input tax daripada kastam. Kos jualan peniaga secara teorinya akan turun kerana mereka tidak perlu menanggung apa-apa cukai.
Realitinya pula susah untuk saya katakan samada peniaga akan turunkan harga barang atau tidak selepas GST dilaksanakan.
Banyak faktor lain seperti kos perakaunan yang terpaksa ditanggung seperti accounting software oleh peniaga. Kos seperti ini terpaksa diserap ke dalam harga dan pastinya akan ditanggung pengguna.
Namun yang demikian artikel ini bukan bertujuan untuk membincangkan soal harga naik atau tidak tetapi lebih kepada penerangan tentang bagaimana GST yang dikenakan pada kadar standard 6% dikutip dan dibayar kepada kerajaan melalu kastam.
Ikuti siri seterusnya untuk GST berkadar sifar (zero-rated) dan dikecualikan (exempted).
Siri 2: GST Zero-Rated Supplies
Siri 3: GST Exempted Supplies
Siri 2: GST Zero-Rated Supplies
Siri 3: GST Exempted Supplies
Bro Norman,
ReplyDeleteBagaimana dgn kedai runcit yang mempunyai jualan kurang dari RM100,000 setahun yang tidak boleh mengenakan GST pada pelanggan? barangan yang dibeli dari pemborong dikenakan GST, kedai runcit biasanya menjual dgn margin yang kecil, jadi saya nampak mereka akan menaikkan harga barang bagi membayar GST kepada pemborong.
ini salah satu masalahnya, peniaga runcit yang mempunyai jualan kurang daripada RM100k setahun tidak wajib mendaftar GST tapi mereka boleh mendaftar dengan Kastam jika mahu, dan jika mereka mendaftar mereka boleh menuntut input tax credit daripada kerajaan dan tak perlu naikkan harga.
DeleteWalaubagaimanapun agak mustahil untuk kedai runcit kecil mendaftar dengan Kastam kerana urusan pengebilan cukai untuk GST sendiri melibatkan kos yang agak tinggi dan tidak berbaloi kepada kedai runcit kecil.
Jadi kesimpulannya kedai runcit yang tidak berdaftar dengan Kastam untuk GST terpaksa menaikkan harga barangan dengan memasukkan input tax ke dalam harga barangan.
Soalan yang bagus saudara. ramai tak sedar hal kecil macam ni tapi akan beri impak besar terutamanya yang di kawasan perumahan dan desa. berbeza dengan hypermarket mereka berdaftar dan boleh tuntut input tax credit.
Abih tu ape motif KERAJAAN sbnrnye wujudkan GST ni...last2 pengguna yg kene tanggung sume..pembekal pemborong yg lain boleh la claim blk...
ReplyDeleteThe Wynn Casino - DrmCD
ReplyDeleteThe 시흥 출장마사지 Wynn Las Vegas Casino offers exciting 세종특별자치 출장마사지 online gaming, a great selection of table 속초 출장안마 games and top slots. Find the perfect 제주 출장샵 spot for 안산 출장안마 an exciting gaming Fri, Dec 17Big Poker TournamentsThu, Dec 14Big Poker Tournaments