Wednesday, February 26, 2014

Budaya Pemilikan Rumah

oleh: Norman

Sedikit perkongsian untuk kawan-kawan tentang budaya pemilikan rumah atau home ownership culture di mana satu kajian menunjukkan budaya pemilikan rumah ini berbahaya di mana kadar pemilikan rumah yang tinggi di sesebuah negara akan meningkatkan kadar pengganguran di negara tersebut. 

Rumusan dari kajian tersebut:
  • Menggalakkan pemilikan rumah adalah salah satu polisi utama kerajaan di negara barat sejak kebelakangan ini. Walaubagaimanapun terdapat bukti bahawa kadar pemilikan rumah yang tinggi di USA menyebabkan kadar pengganguran juga tinggi selepas era perang dunia.
  • Kenaikan kadar pemilikan rumah di negeri-negeri dalam USA berkait rapat dengan kenaikan kadar pengangguran di negeri tersebut. Dalam jangka masa panjang, kadar pemilikan rumah yang naik dua kali ganda akan menyumbang kepada kenaikan kadar pengangguran sebanyak dua kali ganda juga.
  • Tiga penyebab kepada kaitan antara kadar pemilikan rumah dan kadar pengangguran; kadar pergerakan rendah (lower mobility), jarak antara rumah dan tempat kerja yang jauh dan kadar permulaan perniagaan baru yang rendah - ketiga-tiga menyumbang kepada kenaikan kadar penggangguran.
  • Data dari negara Eropah menyokong dan konsisten dengan kajian ini.
  • Kerajaan sepatutnya menggalakkan penyewaan seperti di Germany dan Switzerland dan kerajaan tidak sepatutnya memberi insentif untuk pemilikan rumah.
  • Sudah berdekad kerajaan di negara barat sering campur tangan dalam pasaran rumah untuk menggalakkan pemilikan rumah, dan sekarang kerajaan terpaksa berhadapan dengan kadar pengangguran yang tinggi. Kajian ini sepatutnya membangkitkan kebimbangan dan diberi perhatian tinggi oleh kerajaan.
Kajian tersebut dijalankan di USA dan negara Eropah. Saya akan menyentuh dengan lebih lanjut berkenaan budaya pemilikan rumah dan kadar pemilikan rumah di Malaysia nanti. Sesuatu yang patut kita fikir dan semak semula pada masa harga rumah melambung-lambung naik dan ramai yang semakin tidak mampu untuk membeli rumah pertama mereka. 

Sumber: 

1. The Danger of High Home Ownership:  Greater Unemployment by David G. Blanchflower and Andrew J. Oswald: 

No comments:

Post a Comment