1. Blogger-blogger mula menyebar dan berkongsi berita 5 tahun lepas di mana YAB Lim Guan Eng menegur pembelian 14 buah Mercedes E200 Kompressor yang keseluruhannya bernilai RM3.43 juta (RM245 ribu / buah) oleh kerajaan negeri Terengganu untuk menggantikan kereta rasmi kerajaan negeri Terengganu (sebelum itu Proton Perdana):
2. Seperti yang di'highlight' sendiri dalam kotak kuning alasan LGE menegur pembelian Mercedes adalah kerana ketidaktentuan ekonomi dan kerajaan Terengganu sepatutnya membeli kereta yang lebih murah seperti Toyota.
3. Bukanlah rahsia bahawa pada 2008 ekonomi negara dan juga negeri sudah pun perlahan akibat kemelesetan ekonomi global rentetan krisis subprima yang memberi kesan merentasi lautan Atlantik (Eropah) dan juga lautan Pasifik (Asia). Seterusnya pada 2009 Malaysia mencatatkan pertumbuhan negatif bagi KDNK atau 'recession'.
4. Rujuk pertumbuhan peratusan tahunan KDNK mengikut negeri bagi tahun 2007, 2008 dan 2009 yang menyaksikan pertumbuhan perlahan pada 2008 berbanding tahun 2007 dan pertumbuhan negatif untuk kebanyakan negeri pada tahun 2009:
Sumber: KDNK mengikut negeri bagi tahun 2007-2009, Jabatan Perangkaan Negara |
5. Selepas 2008 kebanyakan negeri mengalami pertumbuhan KDNK negatif (kecuali 5 negeri):
Sumber: Penemuan Utama KDNK Mengikut Negeri 2009, Jabatan Perangkaan Negara |
6. Jadi pada 2008 teguran LGE adalah betul berkenaan ketidaktentuan ekonomi dan sepatutnya kerajaan Terengganu membeli kereta yang lebih murah. Tidak timbul isu hipokrit atau cakap tak serupa bikin. Mengapa? Pada tahun 2011 dan 2012 ekonomi berkembang dengan sihat malah meningkat setiap tahun:
Sumber: KDNK Negeri 2009-2012, m/s 1, Jabatan Perangkaan Negara |
7. Lihat di mana pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang pada tahun 2011 dan 2012 iaitu 3.9% dan 5.0% masing-masing. Ekonomi tidak semakin perlahan dan tidak menguncup seperti pada tahun 2008 dan 2009.
8. Seterusnya kami ingin menjawab tuduhan kononnya kereta Mercedes S300L dibeli pada masa kerajaan Pulau Pinang mengalami defisit terburuk sejak 1957:
9. Sama ada individu di atas malas membaca atau sememangnya 'macai politik' yang hanya baca blog-blog tertentu dan tidak mengambil data daripada sumber rasmi seperti Laporan Ketua Audit Negara:
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Pulau Pinang, Laporan Ketua Audit Negara m/s34 |
11. Bonus untuk pembaca tentang prestasi pengurusan kewangan kerajaan negeri Pulau Pinang:
a) Kutipan hasil yang meningkat sejak 2008:
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Pulau Pinang, Laporan Ketua Audit Negara m/s 15 |
b) Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan (rizab) bertambah setiap tahun sejak 2008:
c) Pertambahan agihan pemberian untuk program-program sosial dan kesejahteraan rakyat Pulau Pinang (lihat point 4):
d) Pertambahan perbelanjaan pembangunan untuk memperbanyak pelaksanaan projek-projek kecil dan program di peringkat daerah melalui ADUN kawasan (point 4):
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Pulau Pinang, Laporan Ketua Audit Negara m/s 20 |
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Pulau Pinang, Laporan Ketua Audit Negara m/s 26 |
e) Analisis audit mendapati kedudukan kewangan kerajaan negeri Pulau Pinang adalah baik:
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Pulau Pinang, Laporan Ketua Audit Negara m/s 40 |
13. Walaubagaimanapun kami di sini berpendapat bahawa pembelian kereta tersebut mungkin tidak sesuai pada masa rakyat menghadapi siri kenaikan harga barang yang bertubi-tubi seperti yang diumumkan oleh kerajaan persekutuan.
14. Pada masa akan datang kami berharap YAB Lim Guan Eng akan lebih sensitif kepada apa yang dihadapi rakyat kebanyakan. Bukan kan Mercedes, Proton Saga cabuk pun belum tentu rakyat dapat tuang minyak penuh dalam tangki.
15. Isu seperti ni adalah remeh dan tidak sepatutnya menjadi isu nasional. Kita seharusnya fokus kepada isu kenaikan harga barang akibat perjanjian berat sebelah, monopoli dan sebagainya. Jangan terperangkap dengan mainan media yang mahu kita lupa tentang kebobrokan dan kebejatan kerajaan sekarang.
15. Isu seperti ni adalah remeh dan tidak sepatutnya menjadi isu nasional. Kita seharusnya fokus kepada isu kenaikan harga barang akibat perjanjian berat sebelah, monopoli dan sebagainya. Jangan terperangkap dengan mainan media yang mahu kita lupa tentang kebobrokan dan kebejatan kerajaan sekarang.
Sekian.
Sumber:
3. Klik link yang disediakan untuk setiap fakta dan bukti di atas.
Bonus: Penjelasan tentang harga Mercedes S300L, diskaun dan sebagainya oleh Pegawai Kewangan Negeri Selangor: https://www.facebook.com/notes/cm-lim-guan-eng/penjelasan-pembelian-kereta-mercedes-benz-s300l-untuk-yab-ketua-menteri-oleh-peg/709504942406553
p/s: Isu serbuan JAIS ke atas Persatuan Bible Selangor; kami menuntut kerajaan negeri Selangor memberi maklumbalas secepat yang mungkin. Allah (atau kalimahNya) tidak memerlukan pembelaan JAIS kerana Allah Maha Berkuasa dan sedikit pun tidak akan terkesan sekiranya nama-Nya disalahguna. JAIS seharusnya menumpukan aktiviti pemantapan akidah dan bukannya campurtangan dalam urusan mereka yang bukan Islam. Terima kasih.
p/s: Isu serbuan JAIS ke atas Persatuan Bible Selangor; kami menuntut kerajaan negeri Selangor memberi maklumbalas secepat yang mungkin. Allah (atau kalimahNya) tidak memerlukan pembelaan JAIS kerana Allah Maha Berkuasa dan sedikit pun tidak akan terkesan sekiranya nama-Nya disalahguna. JAIS seharusnya menumpukan aktiviti pemantapan akidah dan bukannya campurtangan dalam urusan mereka yang bukan Islam. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment