oleh: Norman
Mungkin saya terlambat sedikit untuk komen kenaikan tarif elektrik yang diumumkan kerajaan baru-baru ini. Selain daripada sedikit sibuk dengan urusan kerja (hujung tahun) ditambah pula dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan lain yang diumumkan kerajaan secara bertubi-tubi termasuklah kenaikan harga petrol dan gula (dah komen, klik link), kenaikan kadar penilaian hartanah di Kuala Lumpur, kenaikan kadar tol (masih spekulasi) dan macam-macam lagi menyebabkan saya tak cukup tangan malah sesak nafas dengan pengumuman demi pengumuman kenaikan harga.
Pertamanya untuk memahami dengan lebih mendalam tentang mengapa tarif elektrik dinaikkan kerajaan kita perlu mengetahui peranan TNB, penjanakuasa bebas atau independent power producers (IPP), Petronas dan juga kerajaan persekutuan.
1. TNB berperanan sebagai penjanakuasa dan pengedar tunggal di Semenanjung Malaysia (SESB di Sabah di bawah TNB dan SEB di Sarawak bebas).
2. IPP pula adalah penjanakuasa yang berperanan menjana kuasa dan kemudiannya kuasa yang dijana IPP dijamin oleh kerajaan melalui Power Purchase Agreement (PPA) bahawa TNB wajib membeli kuasa yang dijana oleh IPP.
3. Petronas sebagai pembekal gas asli kepada TNB dan IPP di mana Petronas menjual gas asli pada harga lebih rendah daripada harga pasaran (subsidi gas) yang menyebabkan Petronas kehilangan potensi pendapatan puluhan bilion ringgit tiap-tiap tahun.
4. Kerajaan sebagai 'regulator' sektor kuasa dan tenaga melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Suruhanjaya Tenaga.
Bagi tahun kewangan berakhir 2013, TNB mengumumkan kenaikan untung bersih sebanyak RM4.61 bilion dimana kenaikan untung tersebut adalah disebabkan kenaikan matawang Ringgit Malaysia dan kos menjanakuasa melalui arang batu menurun kesan daripada penurunan harga arang batu daripada US$103.60/tan kepada US$83.60/tan.
Alasan yang diberikan kerajaan untuk menaikkan tarif elektrik adalah sebagai salah satu langkah rasionalisasi subsidi kerana kerajaan telah memberi subsidi yang banyak untuk sektor kuasa seperti yang dilaporkan di dalam Utusan Malaysia:
Di dalam graf diatas juga kita dapat melihat bahawa TNB dan IPP menerima diskaun belian harga gas setinggi 72% pada suatu masa. Inilah yang dimaksudkan dengan kehilangan potensi pendapatan oleh Petronas. Seterusnya mari kita lihat subsidi gas (atau kehilangan pendapatan) yang terpaksa ditanggung Petronas akibat menjual gas pada harga yang lebih murah daripada harga pasaran:
Pada tahun 2012 Petronas menanggung subsidi (tidak digelar subsidi tetapi hakikatnya tetap subsidi) kepada sektor kuasa sebanyak RM15.6 bilion iaitu RM6.1 bilion kepada TNB dan RM 9.5 bilion kepada IPP. Kerana gas asli adalah sumber terbesar penjanaan kuasa maka subsidi gas yang ditanggung Petronas semakin meningkat saban tahun. Malah pada tahun 2011 berlaku masalah kekurangan bekalan gas daripada Petronas kepada TNB dan IPP akibat masalah kebakaran dan hentitugas di pelantar gas:

Untung Bersih TNB: Sumber Laporan Tahunan TNB 2013 |
Alasan yang diberikan kerajaan untuk menaikkan tarif elektrik adalah sebagai salah satu langkah rasionalisasi subsidi kerana kerajaan telah memberi subsidi yang banyak untuk sektor kuasa seperti yang dilaporkan di dalam Utusan Malaysia:
Kenaikan kali tarif elektrik adalah pada 2011 kerana kerajaan menaikkan harga gas asli yang perlu dibeli oleh TNB dan IPP daripada Petronas sebanyak RM3.00. Rujuk graf daripada Laporan Suruhanjaya Tenaga 2012 dibawah:
Sumber: Laporan Suruhanjaya Tenaga m/s 54 |
Di dalam graf diatas juga kita dapat melihat bahawa TNB dan IPP menerima diskaun belian harga gas setinggi 72% pada suatu masa. Inilah yang dimaksudkan dengan kehilangan potensi pendapatan oleh Petronas. Seterusnya mari kita lihat subsidi gas (atau kehilangan pendapatan) yang terpaksa ditanggung Petronas akibat menjual gas pada harga yang lebih murah daripada harga pasaran:
Sumber: Laporan Tahunan Petronas m/s 39 |
Pada tahun 2012 Petronas menanggung subsidi (tidak digelar subsidi tetapi hakikatnya tetap subsidi) kepada sektor kuasa sebanyak RM15.6 bilion iaitu RM6.1 bilion kepada TNB dan RM 9.5 bilion kepada IPP. Kerana gas asli adalah sumber terbesar penjanaan kuasa maka subsidi gas yang ditanggung Petronas semakin meningkat saban tahun. Malah pada tahun 2011 berlaku masalah kekurangan bekalan gas daripada Petronas kepada TNB dan IPP akibat masalah kebakaran dan hentitugas di pelantar gas:
Sumber: Laporan Suruhanjaya Tenaga m/s 60 |
Disebabkan masalah bekalan gas, penjanaan berasaskan arang batu meningkat sejak 2010 dan dengan harga arang batu yang semakin menurun maka kos menjanakuasa TNB juga menurun dan meningkatkan keuntungan Petronas pada 2012 dan 2013 seperti yang diterangkan di awal tulisan ini. Kebergantungan kepada gas dikurangkan dengan penambahan kapasiti penjanaan berasaskan arang batu di Stesen Janakuasa Arang Batu Manjung 4 sebanyak 1,010MW yang akan siap beroperasi pada tahun 2015.
Kerajaan memperkenalkan mekanisme Fuel Cost Pass Through (FCPT) bermula 2014 yang akan membenarkan TNB melepaskan tanggungan kos kepada pengguna akhir (end user) seperti kita dengan semakan tarif setiap 6 bulan. Ini bermakna jika harga gas asli dan bahan bakar lain meningkat, maka tarif akan dinaikkan dan jika harga bahan api menurun, tarif akan diturunkan (susah nak turun):
Sumber: TNB |
Jadi kenaikan tarif pada awal 2014 ini hanyalah permulaan dan kemungkinan tarif akan naik selepas 6 bulan kerana pelaksanaan FCPT ini. Subsidi gas kepada TNB dan IPP dipotong dan secara tidak langsung subsidi kepada pengguna akhir elektrik juga terhapus dengan kenaikan tarif elektrik.
Persoalan seterusnya adakah kita sebagai pengguna akan terbeban dengan kenaikan tarif elektrik ini? Menurut TNB sebanyak 4.6 juta atau 70.7% PENGGUNA DOMESTIK tidak akan terkesan dengan kenaikan tarif ini:
Yang tidak akan terkesan kepada kenaikan tarif domestik adalah pengguna yang menggunakan elektrik kurang daripada 300kWj sebulan. Mereka hanya tidak akan terkesan kepada kenaikan bil elektrik di rumah tetapi malangnya kerajaan lupa elektrik bukan hanya digunakan dirumah. Elektrik juga digunakan di kilang, pasar, pejabat kedai runcit, supermarket dan segala macam bangunan lain. Peniaga-peniaga akan menanggung kos tambahan kenaikan tarif elektrik dan cuba teka siapa yang akan menanggung kos tambahan ini? Sudah tentu pengguna akhir. Baru-baru ini harga ais dan alat tulis diumumkan naik oleh peniaga kerana kos tambahan termasuk kos elektrik (dan gaji minimum). Ia dilaporkan didalam media:

- Pusat membeli-belah akan menaikkan suhu pendingin hawa: The Star 29/12/2013
- Majikan menanggung kos kenaikan elektrik: The Star 29/12/2013
- Industri plastik terkesan akibat kenaikan elektrik: The Star 26/12/2013
Selepas ini kita hanya perlu menunggu pengumuman demi pengumuman kenaikan harga oleh peniaga-peniaga akibat kenaikan tarif elektrik. Tipu dan bohong lah sekiranya kerajaan tetap berkeras bahawa kenaikan tarif ini tidak akan membebankan pengguna. Penggunaan elektrik (termasuk air dan gas) adalah antara komponen terbesar perbelanjaan isi rumah iaitu lebih 20% daripada jumlah perbelanjaan isi rumah menurut kajian perbelanjaan isi rumah:
Laporan Perbelanjaan Purata Isi Rumah 09/10: Sumber Jabatan Perangkaan Negara m/s 6 |
Sumber: Laporan ST m/s 70 |
Saya sentiasa menyokong pengurangan subsidi kerana subsidi adalah tidak produktif dan memberi kesan kepada kewangan kerajaan. Walaubagaimanapun saya membantah perjanjian berat sebelah dan merugikan yang ditandatangani kerajaan dan monopoli TNB ke atas pengedaran (distribution) kuasa. Mengapa mengkayakan mereka yang sudah kaya dengan favouritisme kepada kroni-kroni dan menekan rakyat yang kebanyakan? Sekian, selamat tahun baru 2014.
p/s: Berdemo dengan bijak. Bukan minta turunkan harga, minta kerajaan jangan jadi bodoh sebelahkan kroni dan pinggirkan rakyat.
Sumber: *klik link di atas
1. Tenaga Nasional Berhad
2. Petronas
3. Jabatan Perangkaan Negara
4. Suruhanjaya Tenaga
5. Utusan Malaysia
6. The Star
No comments:
Post a Comment