oleh: Norman
*Kemaskini: 13 Januari 2014 kerajaan negeri Selangor memotong gaji Menteri Besar, Speaker, Timbalan Speaker, EXCO. Gaji ADUN kekal dalam kenaikan yang diumumkan: The Malaysian Insider
Saya terpanggil untuk mengulas perihal kenaikan gaji badan eksekutif (Menteri Besar dan EXCO) dan perundangan Selangor (ADUN) yang mendapat tentangan ramai pihak walaupun sudah agak terlewat. Ini kerana saya menunggu Laporan Penyata Kewangan dan Pengurusan Kewangan Negeri Selangor yang baru sahaja dikeluarkan hari ini (2 Disember 2013) oleh Jabatan Audit Negara. Saya hanya akan mengulas kenaikan gaji ini berdasarkan pendapat saya dengan berlandaskan angka dan fakta daripada kerajaan. Saya tidak akan mengulas hal-ehwal dalaman kerajaan Selangor dengan Parti Keadilan Rakyat.
Seperti yang sedia maklum Dewan Negeri meluluskan kenaikan gaji Menteri Besar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), Speaker, Timbalan Speaker dan Ahli Dewan Undangan Negeri seperti berikut yang akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2014:
|
Sumber: TV3 |
Pertama sekali saya akan menunjukkan implikasi kewangan keatas perbelanjaan kerajaan negeri disebabkan kenaikan gaji ini di mana terdapat seorang MB, seorang Speaker, seorang Timbalan Speaker, 10 orang EXCO dan 56 orang ADUN menjadikan keseluruhan belanja gaji mereka bermula pada tahun 2014 adalah RM900,000 sebulan atau RM10.8juta setahun iaitu kenaikan purata sebanyak 114% berbanding jumlah keseluruhan peruntukan gaji sekarang iaitu RM5,048,412 setahun. Berikut adalah jumlah perbelanjaan kerajaan negeri Selangor pada 2014 yang dibentangkan dalam Belanjawan Negeri Selangor 2014:
|
Sumber: Teks Belanjawan Selangor 2014: m/s21 |
Jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan perbelanjaan 2014 bernilai RM1.85 bilion, peruntukan gaji kepada MB, EXCO, Speaker dan ADUN hanya lah 0.58% daripada keseluruhan peruntukan tersebut. Terpulang kepada anda untuk menilai adakah jumlah dan peratusan kenaikan itu wajar atau tidak. Kali terakhir kenaikan gaji yang disebut media pada 2011 hanya melibatkan kenaikan gaji Ahli Dewan Undangan Negeri sahaja dan tidak melibatkan kenaikan gaji MB, EXCO, Speaker mahupun Timbalan Speaker iaitu kenaikan daripada RM4,112.79 kepada RM6,000 sebulan untuk semua ADUN seperti yang tertera di dalam Hansard Dewan Negeri Selangor yang ke-12, penggal ke-4, mesyuarat pertama yang diadakan pada 31 Mac 2011:
|
Sumber: Hansard Dewan Negeri Selangor: m/s 83 |
Bagaimana pula dengan kali terakhir kenaikan gaji MB, Speaker dan EXCO Selangor? Menurut portal-portal berita kali terakhir kenaikan gaji Menteri Besar dan lain-lain dibuat pada 2005. Saya tidak dapat mencari hansard untuk mesyuarat Dewan Negeri sebelum 2008 jadi tiada bukti daripada hansard yang dapat ditunjuk. Dengan mengganggap kenaikan gaji kali terakhir MB dan lain-lain adalah pada 2005 itu betul maka sudah 8 tahun gaji MB tidak naik. Berdasarkan kenaikan gaji MB baru-baru ini sebanyak 106%, kenaikan purata tahunan sejak 2005 adalah sebanyak 13.25% dan EXCO sebanyak 28.875%. Adakah ini juga melampau bagi pendapat anda?
Kadar pertumbuhan purata kenaikan gaji MB dan EXCO sememangnya lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan purata kenaikan kenaikan pendapatan seisi rumah Selangor iaitu sebanyak 5.5% dari tahun 2009 hingga 2012. Perbandingan kenaikan gaji MB dengan kenaikan pendapatan isi rumah Selangor mungkin sedikit kurang tepat akibat perbezaan tahun perbandingan. Walaubagaimanapun ia boleh dijadikan sumber rujukan seperti dibawah:
Untuk kenaikan gaji Speaker dan Timbalan Speaker yang melibatkan kenaikan 268% dan 373% masing-masing dan kenaikan tertinggi diantara kenaikan gaji MB, EXCO dan ADUN itu, saya menganggap ianya adalah untuk pengukuhan institusi demokrasi iaitu Dewan Negeri yang mengiktiraf Speaker, Timbalan Speaker dan juga Ketua Pembangkang. Kenaikan 200%-300% hanya melibatkan 2 individu dan bukannya ramai seperti 10 EXCO dan 56 ADUN. Jadi tidak adil jika anda marah-marah kenaikan gaji melebihi 300% sedangkan ia hanya melibatkan Speaker dan Timbalan Speaker sahaja.
Kebetulan baru-baru ini seorang menteri kabinet bertanya apa yang dicapai kerajaan negeri Selangor sehingga menaikkan gaji pada kadar tidak munasabah. Jadi saya terpanggil untuk memberitahu menteri tersebut apa yang dicapai oleh kerajaan Selangor selama mentadbir negeri yang bertuah ini:
- Kenaikan kutipan hasil Selangor sejak 2010. *(2010 menurun kesan kemelesetan ekonomi dunia)
2. Hutang kerajaan Selangor kepada kerajaan persekutuan yang menyusut sejak 2008:
3. Kumpulan Wang Disatukan (rizab negeri) meningkat sejak 2009:
4. Surplus atau lebihan didalam Laporan Prestasi Kewangan setiap tahun:
5. Pertumbuhan ekonomi negeri lebih tinggi berbanding Sarawak (yang juga gaji KM, Menteri, ADUN naik):
6. Penyumbang tertinggi kepada ekonomi negara:
7. Penurunan insiden kemiskinan dan kemiskinan tegar (Sifar miskin tegar):
Sekiranya ada yang berkata pertumbuhan ekonomi Selangor disebabkan program kerajaan persekutuan seperti ETP, GTP dan sebagainya, saya ingin bertanya mengapa pertumbuhan ekonomi Sarawak menurun dan Selangor meningkat pada 2012? Jika ada yang menuduh MB mengurangkan perbelanjaan dan kedekut anda juga salah kerana perbelanjaan mengurus dan pembangunan kerajaan Selangor meningkat setiap tahun:
Secara spesifik Ketua Audit Negara melaporkan bahawa prestasi Program Hadiah Anak Masuk Universiti untuk anak-anak Selangor adalah baik:
Pencapaian kerajaan negeri Selangor telah dibuktikan di dalam Laporan Ketua Audit Negara oleh Jabatan Audit Negara, Laporan Pendapatan Seisi Rumah dan Insiden Kemiskinan oleh Jabatan Statistik Negara dan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri. Jika ada yang mahu menyangkal pencapaian di atas saya amat alu-alukan. Laporan pencapaian kerajaan Selangor di atas bukanlah justifikasi untuk kenaikan gaji tetapi hanya untuk menjawab soalan apakah pencapaian kerajaan Selangor. Berkenaan dengan justifikasi kenaikan gaji itu terpulang kepada pendapat anda masing-masing.
Isu kenaikan gaji ini sepatutnya tidaklah menjadi tumpuan utama kita. Masih banyak isu yang menekan seperti isu kutipan sampah, isu bekalan air seluruh Selangor, isu penerokaan tanah secara haram, isu jalanraya berlubang (ditegur dalam Laporan Ketua Audit Negara Siri-3) dan lain-lain. Selain daripada itu apa yang patut kita desak kepada kerajaan negeri adalah penambahbaikan program-program merakyatkan ekonomi Selangor, pembasmian kemiskinan, bantuan perniagaan, bantuan pendidikan, program membudayakan ilmu dan sebagainya. Kerajaan Selangor tidak seharusnya rasa selesa dengan keadaan dan kemajuan prestasi ekonomi negeri. Saya pasti masih ada rakyat Selangor yang ketinggalan dan terperangkap didalam kemiskinan. Seiring dengan kenaikan gaji pemimpin peringkat negeri, kebajikan rakyat juga seharusnya dilipatgandakan. Usaha merapatkan jurang pendapatan perlu digandakan lagi kerana kita tidak mahu yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin. Sekian.
p/s: Sebelum ditanya, saya pengundi di Selangor P108 Shah Alam dan DUN N40 Kota Anggerik.
Sumber:
4. Klik link di dalam artikel untuk terus ke sumber.
Singgah baca. T.kasih.
ReplyDeleteahahaha..dh lama tggu artikel nie..good info
ReplyDeletealhamdulillah terima kasih kerana penulisan dan pengupasan yang sangat bagus ni.. mungkin cukup untuk mengamankan golongan pemimpin yang suka sangat bertelagah. Mesej yang sangat jelas - rakyat masih memerlukan khidmat yang dijanjikan oleh anda wahai pemimpin yang bijaksana.
ReplyDeletep/s maaf..tapi P140 bukan untuk parlimen shah alam rasanya. P140 parlimen segamat.
terima kasih, tertulis dengan DUN N40. banyak sangat nombor saya pun jadi pening haha.
DeleteAku nak promote tulisan ko Os!=)
ReplyDeleteAh, baru ada masa nk baca blog ni balik, walaupun ketinggalan, tp tahniah, tulisan yg memahamkan..
ReplyDelete