Tiada celanya bagi saya cadangan kerajaan untuk melupuskan kereta yang berumur lebih 12 tahun. Jika dipandang dari sudut positif, perlaksanaan cadangan ini boleh:
1) Menjana ekonomi dan juga industri automatif negara.
2) Mengurangkan risiko kemalangan jalanraya akibat kereta lama yang tidak diselenggara dengan baik. Ramai yang mungkin mempertikaikan perkara ini kerana banyak lagi kereta lama beroperasi dengan lebih baik dari kereta baru terutamanya yang membandingkan kereta luar dan kereta tempatan. Tetapi dari segi nisbah, kita semua sedia maklum kereta tempatan jauh mengatasi kereta luar dan bukan semua orang mampu menyelenggarakan kereta mereka dengan baik.
3) Mengurangkan kemungkinan trafik sesak akibat kereta lama tersadai tepi atau di tengah jalan akibat kerosakan.
4) Mengurangkan risiko pencemaran akibat enjin yang sudah tidak efisyen. Bukan setakat asap atau jelaga akibat pembakaran tidak lengkap, akan tetapi penggunaan petrol yang berlebihan kerana enjin tidak lagi cekap.
Sekadar gambar hiasan |
Namun begitu, jika dikaji secara mendalam, secara realitinya, adakah patut ia dilaksanakan sekarang? Ada beberapa perkara yang masih berlegar-legar di minda saya dan ramai pihak dalam perkara ini seperti:
1) Harga kereta yang masih terlalu tinggi akibat kerajaan mengenakan duti dan eksais yang amat tinggi. Janji penurunan harga kereta oleh kerajaan BN pada manifesto lalu juga belum memberi petunjuk yang baik setakat ini. Perbuatan melupuskan kereta ketika harga kereta masih lagi terlalu tinggi adalah perbuatan menindas yang amat menekan rakyat.
2) Jaringan pengangkutan awam yang masih teruk dan masih kurang efisien menjadikan kita tiada alternatif lain selain dari mesti berkenderaan.
3) Jika cadangan ini diteruskan, wajar juga mana-mana kereta lama yang masih beroperasi dengan baik dibenarkan "renew" penggunaannya, namun pelaksanaan pemeriksaan berkala oleh JPJ bagi saya masih amat meragukan. Lihat saja kes kemalangan melibatkan kereta potong, asap lori dan bas yang berjelaga dan sebagainya
4) Paling penting sekali, jalanraya yang berlubang sana sini. Kereta jika bagus dan baru beli semalam dan masih bau kedai sekalipun bakal berdepan risiko kemalangan dan kerosakan selagi perkara ini tidak diatasi
5) Dalam masa yang sama, rakyat di kala ini sedang menghadapi tekanan bebanan kenaikan harga barang asas seperti petrol, gula dan beras.
6) Sikap pemandu. Perlukah saya bercerita panjang lebar akan perkara ini?
Secara kesimpulannya, saya tiada masalah dan menyokong cadangan pelupusan kereta lama, akan tetapi bukan sekarang. Mereka yang mencadangkan perkara ini wajib melihat realiti sekarang terlebih dahulu dan memikirkan bagaimana perkara ini dapat diatasi
orang kampung mcm kami x macam org bandar,pakai wira umo 20 tahun pun dah kira cukup mewah..anak2 dah lompat2 kata ayah beli kereta baru...keja kampung mcm kami mana bank nak lyn nk buat loan,,dlm kampung xda lgi la org yg mmpu bli kereta koyak plastik...saya lebih cenderung kepada soal gaya pemanduan,klu pakai kereta baru pun tengok mcm drebar Paul Walker dah la,.tempat kena pelan hentam sampai gila2..mau x xcident..klu dari segi maintenance rasanya kereta lama lagi hebat kos maintenance...nak pi penang pun dah blanja dekat 1k untuk repair,mau keta baru start enjin ja trus jln ja,konon keta baru buat apa nak pikir,pasal tu berlambak merz volvo bmw waja bla3 tersadai kat tepi highway,kereta lama pun ada gak tp klu ikut nisbah yg slalu duk nmpk tu kereta baru la...kereta lama ni pada sayalah kan.akan lupus dengan sendirinya..xperlu nak dipaksa,,cuba tengok kat kedai2 besi buruk,bersepah bertindan...tuan punya kereta pun dah tau..klu dah sampai xbrani nak pandu atas jln buat apa ank guna lagi,baik potong ja...dari segi sparepart,pasal apa pembeli lebih suka mmbeli parts ori(japan) dari yang local(tempatan)..biar mahal tapi sanggup...proton sendiri pun dah banyak mengeluarkan part2 mereka sendiri walaupun untuk proton saga(brapa umur proton saga?)..cuba hapuskan pengeluaran part2 yg tiada kualiti yg bnyk dipasaran,,lagi terjamin kualiti dan tahap keselamatan part2 tersebut..mengapa tidak eksport kenderaan2 kita ke luar negara(biar seluruh dunia) yg sudah pasti lebih mendatangkan keuntungan besar seperti yg dilakukan oleh pengeluar2 kereta dunia,,mengapa ramai masih memilih untuk memakai kereta2 import meskipun ada yg sudah berusia hampir 40 tahun seperti ford mk2,yg harganya lebih mahal dari wira tahun 93..jika diajak lawan berlanggar pun sudah sedia maklum siapa yg kebal,.saya berpendapat,sekiranya dijaga dengan baik dan sempurna,tahap ketahanan kereta lama mmpu mencapai puluhan tahun,,dari segi faktor kemalangan,klu memandu mcm org gila kereta kebal pun boleh terbarai,ada 1 lgi,ajal maut ditangan Tuhan,kalau dah ditakdirkan mati di tengah jln masanya memang xdapat diundur dan dicepatkan walau sesaat,setiap kematian mesti ada sebab..pasang tayar baru pun belum tntu x meletup...bukan membangkang sepenuhnya tapi harus difikir juga golongan yg kurang mmpu mcm kami di luar bandar..yg berkemungkinan sampai matipun silap2 xmampu nk beli kereta baru..nk berhutang xdak pendapatan tetap,nk bayar cash lgla x mmpu,,,banci isi rumah tiap2 tahun,,,xkan dari situ xboleh nmpk kami ni mmpu atau tidak...prihatinlah sama...saudara penulis,terima kasih sebab saudara ada menyuarakan kontra untuk isu ini...mmg tepat seperti yg saudara suarakan...
ReplyDelete