oleh: Norman
Isu TPPA menjadi bualan hangat sejak kebelakangan ini. TPPA tampaknya sama seperti dasar-dasar kerajaan sebelum ini yang sering mendapat bantahan rakyat. Saya sudah lama berhasrat untuk menulis tentang TPPA tapi hasrat saya ini tertangguh kerana seperti yang kita sudah sedia maklum, kandungan TPPA ini dirahsiakan dari pengetahuan umum. Saya beranggapan bahawa adalah tidak wajar saya bercakap tentang sesuatu perkara yang masih belum jelas dan terbukti. Kebanyakan bantahan terhadap TPPA mengambil sumber-sumber pengisian yang tidak jelas dan boleh dipersoal. Walaubagaimanapun saya membuat kesimpulan, elok sekiranya TPPA ini dibahas dan dihurai dengan fakta dan sumber sedia ada supaya bantahan atau sokongan terhadap TPPA ini tidaklah hanya berlandaskan emosi, politik kepartian dan terikut-ikut semata-mata.

Tulisan ini dibahagikan kepada dua bahagian yang mana pada bahagian 1 saya akan menghuraikan seringkas yang mungkin tentang perjanjian perdagangan bebas (tujuan, kesan, kelebihan dan kekurangan) yang menjadi asas kepada TPPA, perjanjian-perjanjian bebas sedia ada Malaysia dengan negara-negara lain dan ringkasan tentang apa itu TPPA. Di dalam bahagian 2 saya akan menyentuh dengan lebih mendalam tentang TPPA dengan menggunakan North American Free Trade Agreement (NAFTA) iaitu perjanjian perdagangan bebas antara USA, Mexico dan Canada sebagai kajian kerana NAFTA adalah perjanjian yang hampir sama atau paling terdekat dengan TPPA. Tulisan kedua-dua bahagian ini tidak bersifat memihak kepada mana-mana pihak kerana saya mengambil pendekatan berkecuali sehinggalah kandungan rundingan perjanjian TPPA ini didedahkan kepada umum (yang mana saya percaya mustahil untuk berlaku). Tulisan ini juga bertujuan mendidik orang kebanyakan untuk memahami apa itu perjanjian perdagangan bebas dengan lebih ringkas.
Perdagangan Bebas - Free Trade
Perdagangan bebas adalah satu polisi di mana kerajaan tidak campurtangan terhadap dagangan eksport dan import barangan dan perkhidmatan. Perdagangan bebas bermaksud kerajaan tidak akan mengenakan tarif seperti cukai import/eksport dan tidak memberi subsidi atau mengenakan kuota eksport/import. Ia juga bermaksud penguatkuasaan atau kawalan yang minima (atau tiada) terhadap perdagangan dengan negara-negara lain. Konsep perdagangan bebas ini bersandarkan teori oleh David Ricardo berkenaan perbandingan kelebihan atau comparative advantage. Comparative Advantage adalah suatu teori ekonomi yang merujuk kepada kebolehan entiti A menghasilkan/mengeluarkan barangan atau perkhidmatan pada kos yang lebih murah berbanding entiti lain.
Contoh: Petani di Thailand mengeluarkan beras pada kos yang lebih rendah berbanding petani di Malaysia, maka petani di Thailand mempunyai kelebihan secara relatif dan lebih efisyen berbanding petani di Malaysia. Jika pengilang gula di Malaysia mengeluarkan gula dengan kos yang lebih rendah berbanding pengilang gula Thailand, maka pengilang gula di Malaysia pula mempuyai kelebihan dan lebih efisyen berbanding pengilang gula di Thailand. Teori Comparative Advantage ini berpendapat bahawa lebih baik sekiranya Malaysia mengimport beras dari Thailand dan Thailand mengimport gula dari Malaysia kerana ia lebih menguntungkan dan murah daripada Malaysia mengeluarkan beras sendiri dan Thailand mengeluarkan gula sendiri. Perdagangan bebas hanya akan berlaku sekiranya tiada campurtangan kerajaan dari segi kenaan cukai import ataupun pemberian subsidi kepada petani beras dan pengilang gula masing-masing. Sekiranya gula dan beras tersebut dikenakan cukai atau diberi subsidi harga akhir gula dan beras dari Malaysia dan Thailand itu tidak melambangkan kos sebenar dan ia akan menjadi harga artifisial.

Perjanjian Perdagangan Bebas - Free Trade Agreement (FTA)
FTA adalah perjanjian diantara sesebuah negara dengan negara yang lain. FTA boleh berlaku diantara dua buah negara (bilateral) atau melibatkan banyak negara (multi-lateral). FTA bertujuan membuka atau meliberalisasikan perdagangan antara negara-negara terlibat dengan menumpukan kepada hal-hal berikut:
- Perdagangan barangan atau perkhidmatan tanpa tariff termasuk cukai, subsidi dan kuota.
- Tiada penguatkuasaan undang-undang atau dasar yang memberi kelebihan hanya kepada pihak tertentu
- Akses kepada pasaran dan maklumat pasaran tanpa sekatan
- Penghapusan monopoli, duopoli atau oligopoli oleh pihak tertentu.
FTA juga menumpukan kepada perkara berkaitan hakcipta (patent), pelaburan asing, kemudahan perdagangan dan tidak terhad hanya kepada barangan dan perkhidmatan. Sebelum negara terlibat menandatangani FTA, kebiasaannya mereka akan berunding sehingga mencapai kata persetujuan tentang cadangan rangka masa menghapuskan tarif secara beperingkat, penyesuaian dasar (undang-undang tempatan) sedia ada dengan FTA yang dirunding dan sebagainya. FTA merangkumi segenap aspek sosio-ekonomi termasuk sains & teknologi, ICT, pendidikan, kerjasama kewangan, indsutri kecil dan sederhana dan lain-lain.
Malaysia dan FTA
Selain daripada TPPA yang sedang dirunding Malaysia telahpun menandatangani FTA dengan beberapa buah negara lain. Antaranya dengan negara ASEAN, Jepun, Pakistan, New Zealand, India, Chile dan Australia. Malaysia juga sudah berada didalam FTA serantau melalui ASEAN-China, Asean Korea, Asean-India. FTA yang sedang dirunding oleh kerajaan Malaysia pula adalah Malaysia-Turkey, Malaysia-European Union, Malaysia-OIC dan Malaysia-D8 dan juga TPPA yang mendapat perhatian lebih masyarakat. Sebelum TPPA, Malaysia pernah berunding dengan Amerika Syarikat di bawah Malaysia-USA FTA yang kemudiannya menemui jalan buntu akibat ketidaksetujuan semasa rundingan dan isu-isu berbangkit berkaitan dengan sokongan US terhadap serangan Israel ke atas Gaza.
Tujuan kerajaan Malaysia melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menandatangani FTA dengan negara lain adalah untuk:
- menggalakkan perdagangan, pelaburan dan pembangunan ekonomi
- menyediakan platform kepada pengeksport supaya lebih berdaya saing
- mewujudkan kebolehan inovatif tertentu melalui kerjasama strategik dengan negara lain
- mencari peluang pasaran eksport baru dan memberi akses kepada barangan tempatan untuk dieksport
Dengan negara-negara diatas, tarif terhadap kebanyakan barangan dan perkhidmatan akan dikurangkan secara berperingkat sehingga ia dihapuskan sama sekali pada tahun yang telah ditetapkan didalam FTA yang telah dipersetujui dalam rundingan antara Malaysia dengan negara terbabit.
Kelebihan FTA
- Meningkatkan jumlah dagangan (eksport & import) dengan negara terbabit
- Mengurangkan monopoli dalam sektor tertentu
- Menjadikan peniaga dan pengeksport berdaya saing
- Menguntungkan pengguna dengan harga barangan dan perkhidmatan yang kompetitif (murah)
- Persaingan sihat melalui liberalisasi perdagangan barangan dan perkhidmatan
Kontrovesi FTA
- Industri tempatan terpaksa bersaing dengan syarikat antarabangsa
- Tiada lagi polisi perlindungan atau protectionism oleh kerajaan melalui subsidi, cukai import dan kuota
- Kepekaan terhadap isu alam sekitar
Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA)
TPPA atau pada asal cadangan perjanjiannya hanya melibatkan 4 buah negara iaitu Brunei, Chile, New Zealand dan Singapore. Dicadangkan pada 2005 dan mulanya dipanggil sebagai Trans-Pacific Strategic Economic Partnership Agreement (TPSEP or P4) merupakan FTA yang bertujuan mempromosi dan memperkasa dagangan dan ekonomi 4 negara tersebut. Sejak itu TPPA ini menarik minat negara Asia Pasifik lain dimana USA, Australia, Peru dan Vietnam menyertai rundingan tersebut pada tahun 2008, kemudiannya negara kita Malaysia menyertai rundingan pada 2010 , Mexico dan Canada pada 2012 dan Jepun adalah yang terbaru menyertai rundingan TPPA pada awal 2013. Terbaru Taiwan dikatakan berminat untuk menyertai rundingan 12 buah negara yang sedang berunding. Sejak 2010 sebanyak 15 siri rundingan telah berlangsung:
- 1st round: 15–19 March 2010, Melbourne, Australia
- 2nd round: 14–18 June 2010, San Francisco, USA
- 3rd round: 5–8 October 2010, Brunei
- 4th round: 6–10 December 2010, Auckland, New Zealand
- 5th round: 14–18 February 2011, Santiago, Chile
- 6th round: 24 March – 1 April 2011, Singapore
- 7th round: 15–24 June 2011, Ho Chi Minh City, Vietnam
- 8th round: 6–15 September 2011, Chicago, USA
- 9th round: 22–29 October 2011, Lima, Peru
- 10th round: 5–9 December 2011, Kuala Lumpur, Malaysia
- 11th round: 2–9 March 2012, Melbourne, Australia
- 12th round: 8–18 May 2012, Dallas, USA
- 13th round: 2–10 July 2012. San Diego, USA
- 14th round: 6–15 September 2012, Leesburg, Virginia, USA
- 15th round: 3–12 December 2012, Auckland, New Zealand
- 16th round: 4–13 March 2013 Singapore
- 17th round: 15–24 May 2013, Lima, Peru
- 18th round: 15–24 July 2013, Kota Kinabalu, Malaysia
- 19th round: 23–30 August 2013, Bandar Seri Begawan, Brunei
Mengikut perancangan asal, rundingan TPPA dicadang untuk dimuktamad sebelum hujung tahun 2013. Walaubagaimanapun dikatakan rundingan masih lagi berjalan dan masih ada isu berbangkit oleh negara-negara terbabit termasuk Malaysia. Sedikit sebanyak berkenaan FTA dan TPPA sudah saya terangkan secara dasar. Di dalam bahagian berikutnya saya akan menyentuh dengan lebih mendalam tentang TPPA dan isu-isu berbangkit dan juga model NAFTA sebagai contoh TPPA yang sedang dirunding. Fahami apa itu Free Trade Agreement dan kemudiannya kita akan cuba memahami TPPA.
Sumber:
1. Malaysia Free Trade Agreement: MITI
2. Malaysia-USA FTA: Wikipedia
2. TPPA : Wikipedia
No comments:
Post a Comment