Tapi kerajaan usah mengelak dari hakikat mereka gagal menyediakan pengangkutan awam yang baik. Jaringan Komuter dan LRT tidak menyeluruh, lebuhraya berTol melingkari segenap pelusuk. Sementara menantikan jaringan tren yang lebih baik dari projek LRT dan MRT (yang sudah terlalu lewat dengan kos yang semakin meningkat), kita terpaksa berkorban menghadapi kesesakan jalan yang teruk. Malah, bukan setakat itu, sudah beberapa pekerja dan pengguna jalanraya yang terkorban akibat kemalangan di tapak pembinaan projek ini.
Perkhidmatan bas tak perlu diberi komen lagi. Di pusat pentadbiran negara di Putrajaya yang megah dianggap sebagai bandar terancang itu sendiri perkhidmatan basnya masih belum mampu mencapai tahap yang memuaskan. Malah ramai yang mengambil keputusan untuk memandu ke pejabat kerana hilang kepercayaan pada pemerintah dalam mengawal selia kecekapan perkhidmatan awam. Ini belum lagi dikupas kepada masalah parkir bagi penjawat awam di Putrajaya yang sekiranya pengangkutan awam dirancang dan dilaksanakan dengan baik pastinya masalah ini dapat diatasi dengan mudah. Jika di Putrajaya sendiri sistem pengangkutan awam sudah boleh dikatakan gagal, perlukah kita bincangkan di tempat lain secara lebih mendalam?
Ini semua datang dari pihak yang sudah memerintah sejak dari negara kita merdeka lagi. Bila dibanding dengan negara jiran yang lebih baik seperti Singapura dan juga Thailand misalnya, disuruhnya kita berambus keluar negara, atau disuruh kita bandingkan pula dengan negara seperti Zimbabwe.
Penjimatan subsidi sebanyak RM 1.1 bil yang dilaung dan dipukul canangnya dari kenaikan RM 0.20 seliter bagi petrol RON95 dan Diesel oleh kerajaan mungkin satu langkah yang baik dan tidak mendapat reaksi yang negatif hingga ramai yang bertindak mengisi tangki minyak hingga penuh malam tadu jika kesemua di atas dapat dilaksanakan jika pun tidak menyeluruh. Tambahan lagi rakyat Malaysia masih lagi segar dengan berita skandal-skandal yang membazirkan berjuta malah berbilion hasil negara seperti NFC, PFKZ dan banyak lagi yang anda boleh kaji sendiri dari Laporan Audit Negara. Juga tidak adil apabila penjana bebas masih mendapat subsidi gas sebanyak RM 8 bilion setahun sedangkan orang ramai dikorbankan subsidi minyak yang walaupun sedikit namun masih amat membebankan jika mengambil kira impak yang akan berlaku pada harga barangan keperluan yang berkemungkinan besar tidak dapat menampung kenaikan harga minyak ini.
Ya, kenaikan harga petrol mungkin tidak dapat dielakkan, begitu juga dengan kemarahan rakyat Malaysia (yang berfikiran waras) , tidak dapat lagi dielakkan
Hakikatnya, berita kenaikan harga petrol tidak seburuk berita bahawa kita tiada pilihan lain selain menantikan 5 tahun lagi untuk membuat keputusan yang lebih baik semasa mengundi.
Oleh : Mohd Najib Abd Rahman / @oskortos
No comments:
Post a Comment