oleh: Norman
Mungkin ada dikalangan kita fobia mendengar angka 20 sen kebelakangan ini, mungkin ada juga yang tidak peduli dan meneruskan kehidupan seharian seperti biasa dan mungkin ada juga yang sedang berkira-kira bagaimana untuk berjimat kerana 20 sen ini. Ada apa dengan 20 sen sehingga menggegarkan seluruh Malaysia? Tulisan saya ini tidak akan mengandungi sebarang bentuk nasihat kepada kawan-kawan bagaimana untuk berjimat apatah lagi menceritakan bagaimana saya akan berjimat. Saya tidak memakai kasut yang sama anda semua pakai justeru tidak melayakkan saya sama sekali untuk menasihat kawan-kawan semua bagaimana untuk berjimat-cermat.

Seperti didalam tulisan saya sebelum ini betapa kita sudah tahu kedudukan kewangan negara boleh dikategorikan sebagai kritikal. Hutang negara pada paras lebih daripada separuh saiz ekonomi (51% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar), ekonomi global dan serantau lembab dan merencat nilai eksport negara akibat permintaan menurun dari luar negara, ringgit menyusut kepada paras terendah dalam tempoh tiga tahun berbanding US dollar (tak semestinya tidak baik) dan pelbagai masalah ekonomi lain. Di dalam tulisan ini saya tidak akan menyentuh dengan mendalam tentang masalah-masalah tersebut kerana semuanya sudah saya terangkan didalam siri tulisan saya sebelum ini.
Saya berpendapat bahawa kenaikan 20 sen harga petrol ini hanyalah permulaan daripada langkah-langkah merasionalisasikan subsidi. Kemungkinan besar harga minyak akan terus dinaikkan oleh kerajaan dalam jangka masa 6 bulan ke 24 bulan yang akan datang kerana tiada kos politik yang tinggi kepada Perdana Menteri seperti pilihanraya umum yang hanya akan berlangsung seawal 2017. Pembaharuan fiskal (fiscal reform) yang dilaksana memang sangat diperlukan bukan sejak baru-baru ini malah sejak 10-15 tahun yang lepas. Cara yang paling mudah sudah tentulah memotong perbelanjaan dan meningkatkan hasil. Memotong perbelanjaan termasuk mengurangkan subsidi, memotong perbelanjaan tidak perlu dan menangguh atau memansuhkan projek-projek tidak perlu yang tidak membawa faedah atau memberi pulangan. GST pula dikatakan sudah hampir pasti akan diumum oleh PM didalam pembentangan Belanjawan 2014 pada bulan Oktober ini untuk meluas asas cukai (widen tax base) seterusnya meraih dan menambah hasil kerajaan.
Perbandingan Harga Minyak
Ungkapan bersyukurlah kerana harga minyak negara kita masih murah berbanding negara serantau seringkali dimainkan seperti berikut:
Selalu saya ingatkan perbandingan harga minyak atau apa jua perbandingan yang lain seperti perbandingan hutang negara adalah kerja bodoh dan sia-sia. Perbandingan seperti diatas adalah lari daripada konteks dan mengelirukan kerana sudah jelas Thailand, Indonesia, Vietnam dan Singapura adalah pengimport bersih minyak yang bermaksud minyak atau petroleum diimport lebih banyak daripada dieksport. Hasil minyak di bumi negara jiran tersebut tidak cukup untuk menampung permintaan untuk kegunaan sendiri maka dengan itu mereka digelar pengimport bersih (net oil importer). Laporan Energy Information Administration jelas menunjukkan kedudukan mereka sebagai net oil importers di rantau Asia Tenggara. Di manakah Malaysia dalam kedudukan diatas? Sudah tentu tiada kerana Malaysia adalah pengeksport bersih minyak (net oil exporter) yang bermakna hasil minyak dieksport lebih banyak daripada yang diimport. Malaysia adalah negara kelima terbesar mempunyai simpanan hasil minyak (oil reserves) di Asia Pasifik. Dengan itu tidak wajarlah dibandingkan harga minyak serantau dengan harga minyak negara kita kerana faktanya kita mempunyai hasil bumi yang cukup untuk menampung permintaan dalam negeri. Jika mahu terus dibandingkan juga, wajarlah juga kita bandingkan kos sara hidup di negara-negara tersebut. Di Thailand kereta yang dijual tidak dikenakan duti eksais dan cukai sehingga 105%, tiada juga jaringan lebuhraya bertol seluruh Thailand malah di Bangkok setakat 2012 hanya 3 kemasukan bertol yang dimana kutipannya sangat minima. Mereka di negara lain mungkin membayar harga minyak tinggi tetapi harga kereta mereka mungkin murah, mungkin tiada tol yang banyak seperti di Kuala Lumpur dan sebagainya. Tetapi, saya tegaskan sekali lagi berhentilah membandingkan keadaan negara kita dengan negara lain, kita duduk di negara kita sendiri bukan di negara lain.
FAKTA TENAGA MALAYSIA: EIA |
Walaupun Malaysia adalah net oil exporter, hasil galian bumi bukanlah sesuatu yang akan ada sampai bila-bila. Tiba masanya hasil seperti minyak dan gas asli akan habis sekiranya tiada penemuan simpanan minyak baru oleh Petronas. Maka dengan itu subsidi minyak dan gas ini bukanlah sesuatu yang mampan (sustainable) untuk jangka masa yang panjang. Pengeluaran dan penggunaan minyak di Malaysia semakin mengecil dan kemungkinan besar dalam masa yang akan datang kita akan menjadi net oil importer seperti negara-negara jiran kita yang lain. Sudah tiba masanya kita memahami subsidi minyak adalah subsidi yang tidak produktif walaupun membantu kebanyakan rakyat Malaysia tetapi bila tiba masanya ia akan ditarik atau dikurangkan oleh kerajaan.
Subsidi di Malaysia
Rata-rata dikalangan kita berpendapat subsidi itu adalah hak rakyat. Anggapan sedemikian adalah normal kerana subsidi itu datang dari hasil galian bumi negara kita dan datang dari cukai yang dibayar oleh kita sendiri (tak ramai bayar cukai pendapatan) . Maka dengan itu kita beranggapan kita berhak ke atas segala bentuk subsidi. Ditambah dengan perbelanjaan mewah oleh kerajaan melalui projek-projek mega, pemberian projek, tender dan kontrak kepada kroni-kroni rapat dan segala jenis ketirisan, kebocoran dan pembaziran oleh kementerian dan jabatan kerajaan yang dinyatakan setiap tahun di dalam Laporan Ketua Audit Negara. Rakyat biasa seperti kita akan bertanya, "jika puluhan billion disalurkan kepada golongan tertentu mengapa tidak boleh disalurkan jumlah yang sama kepada rakyat seperti kami?"
Selain daripada subsidi petrol dan diesel ada banyak lagi jenis subsidi yang ditanggung kerajaan. Subsidi gas kepada TNB dan IPP untuk menjana kuasa elektrik, subsidi LPG gas memasak, subsidi gula, tepung gandum, minyak masak, subsidi padi dan beras, subsidi pendidikan rendah dan menengah, subsidi rawatan kesihatan di hospital dan klinik kerajan, Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M, Baucar Buku dan segala macam subsidi lain seperti yang dinyatakan didalam Perbelanjaan Persekutuan 2013 dibawah:
Subsidi diatas berjumlah puluhan bilion dan ada yang mungkin benar-benar membantu rakyat seperti subsidi rawatan kesihatan, pendidikan dan pengangkutan dan ada juga subsidi yang saya kurang pasti samada benar-benar memberi faedah dan produktif seperti subsidi beras dan gula. Siapakah yang untung sebenarnya? Mungkin harga beras dan gula rendah kerana subsidi ini tetapi sudah sedia maklum pengedar gula (MSM) dan beras (BERNAS) di negara kita adalah siapa dan tidak perlu diterangkan lagi. Subsidi ini mengkayakan sesetengah golongan dan ditopengkan dengan harga rendah untuk membantu rakyat. Ini tidak termasuk puluh bilion hasil yang terpaksa dilepaskan Petronas kerana terpaksa menanggung subsidi gas kepada TNB dan IPP untuk menjanakuasa elektrik:
RM15.6bil subsidi kepada TNB dan IPP 2012: Laporan Tahunan Petronas |
Jika kerajaan cuba menerangkan mengapa subsidi petrol dan diesel perlu dikurangkan, rakyat juga berhak mendapat jawapan mengapa subsidi puluhan bilion kepada sektor lain tidak dikurang dan dihapuskan. Kita faham subsidi gas kepada TNB dan IPP ini perlu untuk mengurangkan kos menjanakuasa elektrik dan tarif elektrik tetapi mengapa TNB dan IPP seperti YTL, Malakoff dan lain-lain dijamin mengaut untung billion tiap tahun? Tarif elektrik juga dijangka naik dalam tempoh terdekat ini kemungkinan besar subsidi kepada TNB dan IPP akan dikurangkan tetapi kerajaan mesti menerangkan kepada rakyat supaya rakyat tahu ke mana dan di mana wang hasil gas ini disalurkan. Sama seperti hasil petroleum, gas asli juga bukanlah hasil yang akan wujud sampai bila-bila walaupun Malaysia adalah pengeksport gas asli (LNG) ke-3 terbesar di dunia selepas Qatar dan Indonesia. Subsidi gas ini juga tidak mampan dan tidak mampu untuk diteruskan sampai bila-bila.
Persoalan Kepada Kerajaan
Alasan kenaikan harga minyak antarabangsa sering dijadikan alasan oleh menteri-menteri tertentu, walaubagaimanapun purata pergerakan harga minyak sejak 2012 tidaklah begitu tinggi malah rendah sepanjang pertengahan 2012 sehingga pertengahan 2013:
Garisan Biru Harga Purata Minyak Brent |
Malah terdapat kekeliruan tentang mengapa subsidi seperti BR1M, Baucer Buku dan bantuan lain diperuntukkan dibawah subsidi bahan api seperti yang dilaporkan didalam Laporan Ekonomi Tahunan Malaysia:
Rasionalisasi subsidi adalah perlu dan ia tidak seharusnya tertumpu semata-mata kepada subsidi petrol dan diesel. Banyak subsidi lain yang juga perlu dirasionalisasikan oleh kerajaan supaya ia tidak menguntungkan hanya sesetengah golongan. Kerajaan perlu menyediakan rancangan untuk menyediakan rakyat Malaysia ke arah ketidakbergantungan kepada subsidi. Sampai masa rakyat Malaysia akan membayar harga petrol dan diesel mengikut harga pasaran antarabangsa seperti di negara-negara maju yang lain. Kerajaan juga wajib lebih bermoral dengan mengurangkan pembaziran didalam perbelanjaan kerajaan. Rakyat tahu bagaimana dan di mana perbendaharaan negara dibelanjakan. Laporan Ketua Audit Negara diterbitkan setiap tahun menjadi bukti ketidakcekapan yang membawa kepada ketirisan dan kebocoran wang negara.
Ada subsidi seperti subsidi pengangkutan awam, subsidi rawatan kesihatan dan subsidi pendidikan yang harus dikekalkan. Ada subsidi yang harus dikurang dan dihapuskan seperti subsidi minyak, gas, barangan asas dan sebagainya. Subsidi tidak produktif dan tidak mampan akan menghantui kita kembali di masa akan datang. Khazanah negara juga perlu diurus dengan baik demi masa depan negara dan generasi akan datang.
p/s:
1. Panduan Pembaharuan Subsidi Minyak oleh International Institute for Sustainable Development (IISD). Wajib dibaca oleh kerajaan dan kita semua: http://www.iisd.org/gsi/sites/default/files/ffs_guidebook.pdf
2. Baca juga luahan hati pemilik blog ini tentang kenaikan harga minyak: Minyak Naik Harga
3. Baca juga siri tulisan saya di artikel-artikel sebelum ini. Fitch Rating, CGT. GST
Selain daripada itu apakah mekanisme pengiraan harga petrol yang digunakan kerajaan juga harus diterangkan kepada rakyat. Penetapan harga minyak ini perlu telus supaya tidaklah rakyat mempersoalkan bagaimana harga minyak RON97 dan RON 95 ditentukan:
Laporan Ekonomi Suku Pertama 2013: Subsidi Minyak sebanyak RM1.7bil pada harga US$112/tong |
Laporan Ekonomi Suku Kedua: Subsidi Turun Harga Minyak US$103/tong |
Sudah diterangkan didalam Laporan Ekonomi di atas bahawa bil subsidi kerajaan menurun malah perbelanjaan tinggi disebabkan komponen lain seperti emolumen (gaji pekerja kerajaan), bekalan dan perkhidmatan dan juga belanja membayar faedah hutang negara (debt servicing). Kenapa masih ada menteri yang menggunakan alasan harga minyak global naik, perbelanjaan subsidi meningkat dan sebagainya sedangkan laporan ekonomi negara melaporkan sebaliknya?
Rasionalisasi Subsidi
Kerajaan tersilap langkah tentang bagaimana untuk melaksanakan pembaharuan subsidi dengan mengumumkan kenaikan secara tiba-tiba, tidak telus dalam mekanisme penetapan harga minyak dan tiada penerangan jelas kepada rakyat. Banyak contoh di negara lain, penarikan subsidi samada secara berperingkat atau sekaligus diumumkan lebih awal kepada semua supaya peniaga dan pengguna boleh menyesuaikan diri. Kerajaan juga perlu mengumumkan langkah untuk membantu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana menangani kenaikan kos sara hidup. Rakyat berpendapatan rendah mungkin menerima BR1M tetapi bagaimana mereka yang berpendapatan sederhana atau golongan pertengahan yang merupakan kelas terbesar di negara kita?
Kerajaan tersilap langkah tentang bagaimana untuk melaksanakan pembaharuan subsidi dengan mengumumkan kenaikan secara tiba-tiba, tidak telus dalam mekanisme penetapan harga minyak dan tiada penerangan jelas kepada rakyat. Banyak contoh di negara lain, penarikan subsidi samada secara berperingkat atau sekaligus diumumkan lebih awal kepada semua supaya peniaga dan pengguna boleh menyesuaikan diri. Kerajaan juga perlu mengumumkan langkah untuk membantu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana menangani kenaikan kos sara hidup. Rakyat berpendapatan rendah mungkin menerima BR1M tetapi bagaimana mereka yang berpendapatan sederhana atau golongan pertengahan yang merupakan kelas terbesar di negara kita?
Rasionalisasi subsidi adalah perlu dan ia tidak seharusnya tertumpu semata-mata kepada subsidi petrol dan diesel. Banyak subsidi lain yang juga perlu dirasionalisasikan oleh kerajaan supaya ia tidak menguntungkan hanya sesetengah golongan. Kerajaan perlu menyediakan rancangan untuk menyediakan rakyat Malaysia ke arah ketidakbergantungan kepada subsidi. Sampai masa rakyat Malaysia akan membayar harga petrol dan diesel mengikut harga pasaran antarabangsa seperti di negara-negara maju yang lain. Kerajaan juga wajib lebih bermoral dengan mengurangkan pembaziran didalam perbelanjaan kerajaan. Rakyat tahu bagaimana dan di mana perbendaharaan negara dibelanjakan. Laporan Ketua Audit Negara diterbitkan setiap tahun menjadi bukti ketidakcekapan yang membawa kepada ketirisan dan kebocoran wang negara.
Ada subsidi seperti subsidi pengangkutan awam, subsidi rawatan kesihatan dan subsidi pendidikan yang harus dikekalkan. Ada subsidi yang harus dikurang dan dihapuskan seperti subsidi minyak, gas, barangan asas dan sebagainya. Subsidi tidak produktif dan tidak mampan akan menghantui kita kembali di masa akan datang. Khazanah negara juga perlu diurus dengan baik demi masa depan negara dan generasi akan datang.
p/s:
1. Panduan Pembaharuan Subsidi Minyak oleh International Institute for Sustainable Development (IISD). Wajib dibaca oleh kerajaan dan kita semua: http://www.iisd.org/gsi/sites/default/files/ffs_guidebook.pdf
2. Baca juga luahan hati pemilik blog ini tentang kenaikan harga minyak: Minyak Naik Harga
3. Baca juga siri tulisan saya di artikel-artikel sebelum ini. Fitch Rating, CGT. GST
No comments:
Post a Comment