oleh: Norman
Merujuk kepada ucapan perbahasan titah diraja YB Mohamed Azmin Ali di sidang Mesyuarat Pertama Pembukaan Penggal Pertama Persidangan DUN Selangor yang ke-13, saya terpanggil untuk menulis pandangan saya terhadap perkara yang disentuh YB Azmin. Pertama kali saya ingin mengucap setinggi tahniah kepada YB Azmin atas ucapan perbahasan beliau yang menyentuh tentang kepincangan pilihanraya dan TPPA yang dianggap dengan baik dan berisi. Kedua-dua isu ini dianggap menekan dan penting dan sememangnya harus dibahas di sama ada di parlimen mahupun di dewan undangan negeri.

Ucapan perbahasan YB Azmin saya ambil dari sumber blog beliau sendiri di: http://azminali.com/blog/2013/07/ucapan-perbahasan-titah-di-raja-yb-mohamed-azmin-ali-bukit-antarabangsa/. Secara spesifiknya saya ingin menyentuh isu yang dibangkitkan oleh YB Azmin tentang berkenaan isu Perbelanjaan Perbekalan Tambahan berjumlah RM761 juta yang akan dibentangkan pada sesi mesyuarat kali ini. Seperti yang dimaklum YB Azmin di dalam ucapan beliau, kerajaan negeri Selangor tidak pernah gagal memohon Pebelanjaan Perbekalan Tambahan (supplementary budget) bagi setiap penggal sejak 2008 sehinggalah penggal terbaru kali ini. YB Azmin sangat peka dan risau malah seingat saya juga pernah menegur kerajaan negeri di sidang DUN tentang permohonan supplementary budget ini beberapa tahun yang lepas.
Kerajaan Selangor melalui Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim merangkap EXCO bertanggungjawab ke atas hal kewangan negeri memohon sejumlah RM761 juta sebagai supplementary budget yang dimana pecahan belanjawan itu akan dibelanjakan kepada pecahan berikut: RM165 juta untuk menampung program air percuma, pemberian pinjaman berjumlah RM413 juta untuk Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) bagi tujuan mengambil alih Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB), RM24 juta pinjaman kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya bagi pelaksanaan projek-projek (tidak dimaklumkan projek apa) dan RM76 juta bagi menampung kekurangan untuk projek-projek pembangunan yang sedang dilaksanakan.
Menjawab kerisauan YB Azmin Ali
"Apabila dewan bersidang untuk meluluskan Belanjawan Negeri pada setiap tahun, ianya adalah bertujuan secara prinsipnya untuk mendapat kelulusan rakyat melalui dewan bagi tujuan – tujuan pembangunan yang telah dirancang. Adalah amat malang sekiranya dalam setiap sidang dewan, Ahli – Ahli Dewan Negeri diminta untuk memberi kelulusan terhadap perbelanjaan perbekalan tambahan atas alasan perbelanjaan luar jangka. Ianya membayangkan bahawa Kerajaan Negeri telah memesongkan Dewan yang mulia ini dengan membentangkan Belanjawan yang berimbang tetapi 3 atau 4 bulan berikutnya tampil di Dewan dengan mengemukakan sejumlah perbelanjaan perbekalan tambahan yang akhirnya akan menjadikan Belanjawan Defisit bagi Negeri Selangor."
Pada November 2012 yang lalu MB Selangor membentangkan belanjawan 2013 yang mengunjurkan belanjawan berimbang iaitu perbelanjaan sama dengan pendapatan negeri pada tahun tersebut. Ucapan belanjawan 2013 negeri Selangor boleh dibaca disini: Bajet 2013 Negeri Selangor. MB Selangor mengunjurkan sebanyak RM1.63bil akan dibelanjakan dan RM1.63bil pendapatan akan diterima bagi tahun 2013. Walaubagaimanapun untuk sesi mesyuarat kali ini MB akan membentangkan belanjawan tambahan/supplement budget sebanyak RM761 juta lantas menjadikan jumlah anggaran perbelanjaan keseluruhan bagi tahun 2013 termasuk belanjawan asal yang dibentang sebanyak RM 2.391bil. Tidak diterangkan pula oleh YAB MB sama ada kerajaan menjangkakan pertambahan hasil sejajar dengan pertambahan perbelanjaan walaubagaimanapun hasil akhir pengurusan kewangan negeri Selangor bolehlah dirujuk di dalam Penyata Kewangan Kerajaan Negeri di dalam Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan setiap tahun.
Walaupun kerajaan Selangor memohon belanjawan perbekalan tambahan tiap-tiap tahun sejak 2008, penyata kewangan di dalam Laporan Ketua Audit Negara mengesahkan akhirnya setiap hujung tahun kerajaan Selangor sebenarnya mempunyai lebihan/surplus kerana hasil kerajaan negeri melebihi perbelanjaan kerajaan (belanja mengurus+belanja pembangunan). Jadi tidak timbul isu yang dibangkitkan YB Azmin tentang kerisauan beliau sama ada belanjawan yang dibentangkan betul-betul berimbang atau sekadar indah khabar dari rupa. Bukan sahaja kerajaan Selangor tidak mengalami belanjawan defisit malah tidak juga perlu berhutang dengan kerajaan pusat kerana tiada defisit yang perlu dibiaya.
Merujuk juga kepada penyata diatas juga pada tahun 2011 kerajaan negeri menerima sejumlah RM1.634bil sebagai pendapatan. Di dalam ucapan belanjawan 2013 yang dibentang oleh MB, beliau mengunjurkan pendapatan pada tahun 2013 juga sebanyak RM1.63bil. Ini bermakna unjuran ini bersifat konservatif dengan menganggap tiada pertumbuhan dalam pendapatan negeri walaupun pada hakikatnya pendapatan kerajaan negeri berkembang tiap-tiap tahun. Untuk tahun 2012 kita boleh merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara yang mungkin akan dibentang dalam masa dua tiga bulan yang akan datang dan wajarlah dibuat perbandingan sama ada belanjawan perbekalan tambahan ini membebankan atau tidak.
"Saya mengambil maklum bahawa simpanan rizab Negeri telah meningkat kepada RM 2.5 bilion. Ini tidak bermakna Kerajaan Negeri boleh berbelanja tanpa perancangan yang baik dan pengurusan kewangan yang berhemah."
Walaupun kerajaan negeri memohon belanjawan perbekalan tambahan tiap-tiap tahun, rizab negeri tidak berkurang malah ia semakin bertambah saban tahun. Penyata Kewangan Negeri sekali lagi mengesahkan Kumpulan Wang Disatukan bertambah sejak tahun 2008:
Rizab negeri diatas menunjukkan trend menaik walaupun perbelanjaan kerajaan negeri meningkat juga setiap tahun. Ini menunjukkan jumlah rizab yang tinggi tidak dijadikan alasan untuk kerajaan berbelanja lebih atau memohon belanja tambahan. Ini juga membuktikan pengurusan hasil yang cekap oleh kerajaan negeri.
"Saya sedia maklum KDEB telah lama merancang untuk melakukan pengstrukturan korporat melalui pengambilalihan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB). Persoalannya, mengapa dalam masa yang singkat dan diluar tempoh sesi Belanjawan Negeri yang mengikut amalannya diadakan pada suku tahun ke 4 setiap tahun, KDEB memberi notis yang singkat dan tergesa – gesa untuk mendapatkan pinjaman daripada Kerajaan Negeri berjumlah RM 413 juta sehingga berlakunya keperluan untuk perbekalan tambahan dalam mesyuarat kali ini. Sekiranya pengstrukturan korporat ke atas KHSB ini mempunyai nilai yang tinggi dan bakal meraih keuntungan, saya percaya KDEB boleh mendapat pembiayaan dana dan kemudahan pinjaman dari sektor kewangan. Mengapa KDEB mengambil jalan mudah dengan membebankan Kerajaan Negeri melalui pinjaman yang merupakan wang rakyat Negeri Selangor ?"
Saya bersetuju dengan YB Azmin tentang mengapa perlu KDEB memohon pinjaman dalam keadaan tergesa-gesa. Walaubagaimanapun saya menganggap pengambilalihan KHSB oleh KDEB adalah wajar untuk mengembalikan aset negeri kepada rakyat Selangor. Tindakan kerajaan negeri memberi pinjaman kepada KDEB untuk mengambilalih KHSB berbanding KDEB perlu meminjam kepada sektor kewangan adalah lebih wajar kerana bebanan hutang KDEB akhirnya akan menjadi bebanan kerajaan negeri juga kepada rakyat Selangor. Kerajaan negeri boleh memastikan KDEB membayar pinjaman dengan faedah secara teratur dan tidak membebankan.
Menteri Besar perlu menerangkan kepada sidang dewan mengapa KDEB seolah-olah tergesa-gesa memohon pinjaman ini. Apakah justifikasi mempercepatkan pinjaman kepada KDEB dan mengapa tidak boleh dibawa ke belanjawan tahun hadapan?
"Sebagai contoh, Petronas hanya menerima modal berbayar berjumlah RM 10 juta pada tahun 1974 dan pada tahun – tahun yang berikutnya, Petronas mendapat pembiayaan dari sektor swasta dan sektor kewangan atas dasar pengurusan korporat yang berwibawa. Petronas menjana keuntungan melalui pembiayaan swasta dan kemudiannya mengembalikan keuntungan ini kepada rakyat melalui pembayaran dividen dan cukai kepada Kerajaan Persekutuan."

Di dalam hal ini saya tidak bersetuju dengan perbandingan yang dibuat YB Azmin berkenaan GLC. Petronas seperti yang kita sedia maklum dibawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 mempunyai hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan eksklusif terhadap segala urusan pengeksplorasian dan pengeksploitasian minyak negara. Oleh sebab yang demikian Petronas mampu memberi pulangan kepada kerajaan dalam bentuk dividen, cukai, royalti dan sebagainya yang berjumlah puluhan billion saban tahun. Tidak wajar dibandingkan Petronas dengan syarikat milik kerajaan negeri seperti KDEB yang mana pelaburan permulaan perlu juga datang dari kerajaan negeri berbanding Petronas yang menggandakan aset mereka kepada ratusan billion tanpa perlu mengharap modal tambahan daripada kerajaan persekutuan. Perbandingan GLC seperti Petronas dengan KDEB atau syarikat milik kerajaan negeri yang lain adalah lari daripada konteks.
"Berhubung Perbelanjaan Perbekalan Tambahan berjumlah RM 165 juta untuk menampung bayaran Program Air Percuma, saya ingin berhujah bahawa peruntukan sepatutnya telah dibajetkan dalam Belanjawan Negeri 2013 yang dibentangkan pada tahun yang lalu. Program Air Percuma telah dilaksanakan hampir 5 tahun yang lalu dan sewajarnya Kerajaan Negeri dapat membuat unjuran yang tepat dan bertanggungjawab berhubung kos program ini bagi setiap tahun."
Saya amat bersetuju dengan kenyataan diatas bahawa kerajaan negeri yang telah 5 tahun mengamalkan polisi air percuma sepatutnya boleh membuat unjuran yang lebih tepat bagi membiayai kos tahunan polisi ini. Jika ia diunjurkan dengan tepat dan dimasukkan didalam pembentangan belanjawan asal maka tidak perlulah kerajaan memohon belanjawan tambahan. Kerajaan negeri perlu perbaiki kelemahan mengira unjuran membiayai kos polisi-polisi kerajaan negeri yang berfaedah untuk rakyat seperti ini.
Persepsi Rakyat
"Teguran saya ini adalah untuk mengelakkan daripada rakyat membina persepsi dan berpandangan bahawa Kerajaan Negeri tidak dapat merancang penggunaan wang Negeri dengan bertanggungjawab dan pengurusan kewangan yang jujur. Apatah lagi, ini adalah Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri. Apakah peruntukan yang diluluskan dalam Belanjawan yang lalu telah dibelanjakan sepenuhnya dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini ?"
Perkara yang dibangkitkan YB Azmin seperti diatas tidaklah sukar untuk difahami. Persepsi bahawa kerajaan negeri Selangor mengurus kewangan negeri dengan cekap boleh dirosakkan oleh permohonan perbekalan tambahan tersebut. Kerajaan negeri seharusnya berusaha menerangkan dengan telus bagaimana belanjawan tambahan ini akan dibelanjakan dan apakah faedahnya kepada rakyat kebanyakan.
Terbaru ADUN-ADUN BN juga membangkitkan isu yang sama kenapa kerajaan memohon belanjawan tambahan: http://www.malaysiakini.com/news/234836. Fakta-fakta yang dikemukan ADUN-ADUN BN kebanyakannya tidak tepat dan mengelirukan. Mereka tidak merujuk penyata kewangan di dalam Laporan Ketua Audit Negara malah menuduh kerajaan negeri tidak berhemah dalam mengurus kewangan dan mengalami belanjawan defisit tiap-tiap tahun. Perkara inilah yang seharusnya diterangkan oleh kerajaan supaya persepsi rakyat kepada kerajaan negeri tidak serong dengan maklumat yang tidak tepat dan mengelirukan.
Persoalan sama ada kerajaan negeri telah membelanjakan keseluruhan peruntukan sepenuhnya hanya boleh dijawab oleh kerajaan negeri sendiri. Walaubagaimanapun saya berpendapat tidak semestinya peruntukan sudah habis sepenuhnya baru kerajaan negeri patut memohon belanjawan tambahan. Unjuran baru kerajaan negeri dalam belanjawan tambahan ini adalah untuk mengelakkan kerajaan negeri membelanja wang lebih daripada yang diperuntukkan sepertimana yang selalu diamalkan kerajaan di peringkat persekutuan:
Kesimpulan
Perkara pokok yang patut diutamakan berkenaan perbelanjaan kerajaan negeri adalah untuk apa wang itu dibelanjakan? Kemanakah wang itu disalurkan? Adakah program-program ekonomi dan pembangunan memberi faedah optimum kepada rakyat negeri Selangor? Perkara-perkara seperti diatas adalah lebih wajar dibangkitkan di sidang DUN kerana ianya mewakili kepentingan rakyat. Laporan Ketua Audit Negara membuktikan pengurusan kewangan negeri dibawah Pakatan Rakyat diurus dengan baik dan kerajaan negeri harus mengekalkan prestasi ini bagi tahun yang mendatang. ADUN baik di pihak backbencher mahupun pembangkang (UMNO-BN) haruslah sentiasa peka tentang hal-hal berkaitan kewangan negeri supaya ada semak dan imbang di dalam pentadbiran kerajaan negeri.
*BONUS
Tidak betul kerajaan negeri tidak boleh membelanjakan wang pada bulan PRU sepertimana dinyatakan sesetengah pihak baru-baru ini. Didalam belanjawan kerajaan negeri ia merangkumi perbelanjaan emolumen (gaji) kakitangan kerajaan negeri, kenaan tetap seperti penyelengaraan aset dan perbelanjaan yang lain yang tidak boleh dielak. Takkan lah gaji kakitangan kerajaan tak dibayar bulan pilihanraya? :)
Disclaimer: Tulisan ini tidak berbayar dan juga bukan dipaksa mana-mana pihak. Juga ianya tidak berniat menyokong atau membangkang mana-mana pihak. Hanya sekadar respon dari rakyat yang memerhati apa yang berlaku di negeri dimana penulis menjadi pengundi.
BERITA BAIK
ReplyDeleteAdakah anda berfikir untuk mendapatkan bantuan kewangan, adakah anda benar-benar memerlukan pinjaman segera, adakah anda memikirkan memulakan perniagaan anda sendiri, anda berhutang, ini adalah peluang anda untuk mencapai keinginan anda kerana kami menyediakan pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan dan pinjaman korporat, dan semua jenis pinjaman dengan faedah 2% !!! Kerana tahun ini akan berakhir, kami mempunyai tawaran pinjaman Krismas. kami menjamin semua pelanggan kami yang dihormati bahawa mereka akan mendapat semua pinjaman individu seperti yang digunakan
Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami sekarang melalui e-mel:
Susanbowmanloancompany@gmail.com
dan anda juga boleh mendapatkan syarikat Via whatsapp dengan nombor ini
+1 (859) 777-1805
Maklumat Peminjam:
Nama penuh: _______________
Negara: __________________
Jantina: ______________________
Umur: ______________________
Bilangan Pinjaman yang Dibutuhkan: _________________
Tempoh Pinjaman: ____________
Pinjaman faedah: _____________
Nombor telefon: ________
Ibu. Susan Bowman