Monday, December 10, 2012

Kucing Hutan Malaya, Fakri jadi sandaran

Gambar ehsan Goal.com

Mampukah Harimau Malaya menggigit telinga Gajah Putih Siam di Thailand Khamis ini?

Pandangan aku, misi ini adalah sukar walaupun jauh di lubuk hati ini yang mulia dan tidak tercemar dengan menonton Maria Ozawa beraksi di ranjang ini menginginkan Malaysia layak ke peringkat akhir.

Aku tidak berapa pasti tentang peraturan, tapi jika jaringan gol tempat lawan diambil kira, aku meramalkan mengikut citarasa aku agar Malaysia seri 2-2 dengan Thailand dan lantas layak ke akhir. Dan jika diizinkan Tuhan, berjumpa semula Temasik untuk sesi pembalasan dendam kesumat walaupun jika difikirkan semula, gadis Pengako Sayo lebih menarik untuk dipandang.

Di saat begini, harapan Malaysia hanyalah pada Fakri. Larian beliau yang mengelirukan pihak lawan dan rakan pasukan bakal menghampakan rakyat Siam. Semoga Raja Gopal Raja Disanggah dengar keluhan jutaan peminat di Malaysia dan menggandingkan Fakri dengan Wak Lan (aka Mat Yo, sejak pindah ke Johor). 


Harap bomoh siam berpihak pada Fakri kali ini

No comments:

Post a Comment