Monday, December 10, 2012

Susulan Forum Penabung. Aku terpanggil untuk menulis

Idea untuk menulis di blog ini sebenarnya sudah lama difikirkan. Rakan-rakan juga pernah mencadangkannya. Cuma kombinasi mantap kesibukan kehidupan seharian dan sifat malas bumiputera yang menjalar dalam diri ini menyebabkan ia tertangguh hingga ke hari ini.



Namun, pada Forum Penabung bulan lepas, salah seorang panelis, peguam merangkap tuitfemes dan aktivis, Syahredzan Johan ada mengatakan kurangnya penulisan dan komentar dalam bahasa Melayu di media siber walhal jika dilihat di dunia twitter, ramai yang mengeluarkan idea-idea bernas.  Walaupun dalam forum itu, beliau bersetuju bahawa media sosial seperti Twitter dan Facebook adalah satu dimensi baru dalam penyampaian maklumat, namun penulisan dan apatah lagi dalam Bahasa Melayu amat kurang tatkala ini. Hasmi Hashim (Buddhi Hikayat) penulis lirik Awan Nano, seorang lagi panelis juga berkata, sekarang ini tiada alasan untuk menulis. Jika malas menulis di blog, di Facebook, ada Notes. 

Dengan kemudahan aplikasi Blogger, aku berjaya menulis keinginan aku untuk menulis sambil berbaring di sofa sambil sesekali mengunyah Tempeyek berserta Nescafe O Gold kurang manis di rumah . Mudah bukan?


Aku bercadang untuk menulis tentang hal yang aku minat, politik, bola sepak, isu semasa dan sebagainya dan berharap dapat melakukannya dengan cara tersendiri.

Segala cadangan dan bangkangan amat dialu-alukan.


Antara yang hadir, sempat menjalang kamera dengan panelis. 

No comments:

Post a Comment