Seperti yang anda semua sudah sedia maklum, semalam kabinet bersetuju menurunkan tarif elektrik seperti yang diumumkan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air sebanyak 2.25 sen/kWj bagi pengguna di Semenanjung Malaysia dan sebanyak 1.20 sen/kWj Labuan dan Sabah yang akan berkuatkuasa bermula 1 Mac 2015 sehingga 30 Jun 2015.
Sebelum ini dikala hiruk pikuk bunyi desakan menurunkan harga barang, Menteri Belia dan Sukan merangkap Ketua Pemuda UMNO mendesak TNB menurunkan tarif elektrik kerana penurunan harga bahan api.
Maka selepas pengumuman semalam, berduyun-duyunlah kumpulan-kumpulan pengampu Ketua Pemuda UMNO mengambil "victory lap" atau mengambil kredit kononnya Ketua Pemuda UMNO lah yang berjaya mendesak kerajaan menurunkan tarif elektrik seperti di bawah:
Tak perlu rasanya disentuh sudah berapa ramai individu dari parti dan pertubuhan lain terutamanya Pakatan Rakyat memohon kerajaan menurunkan tarif elektrik contohnya Wong Shu Qi (DAP), Nurul Izzah (KEADILAN) dan Mahfuz Omar (PAS), Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Malaysia dan beberapa NGO lain.
Penurunan tarif kali ini seperti yang diterangkan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air; Maximus Ongkili adalah disebabkan penjimatan daripada penurunan harga bahan api termasuk arang batu, minyak dan minyak sulingan (distillate) dimana pengiraan penjimatan harga bahan api ini dikira menggunakan Imbalance Cost Pass-Through (ICPT).
Dengan ICPT, tarif elektrik akan berubah sama naik atau turun mengikut harga bahan bakar enam bulan sebelumnya dan ramalan harga untuk enam bulan seterusnya. Jika harga bahan bakar secara puratanya meningkat maka tarif akan meningkat dan juga sebaliknya jika bahan bakar seperti arang batu dan gas turun.
Walaupun harga gas asli juga semakin menurun mengikut trend semasa penurunan harga minyak mentah, Petronas masih lagi menjual gas (piped gas) kepada TNB pada kadar yang sangat rendah berbanding harga pasaran.
Untuk penggunaan gas (piped gas) 1,000 mmscfd ke bawah kerajaan menetapkan harga pada RM15.20/mmBtu dan untuk penggunaan gas (LNG) 1,000mmscfd ke atas harga yang ditetapkan adalah RM41.68/mmBtu berbanding harga pasaran (Asian LNG Spot) US$10.60/mmBtu atau RM38.40/mmBtu (USD/MYR: 3.60)
Oleh sebab itu Petronas terpaksa melepaskan hasil berjumlah berjumlah berbelas billion ringgit kepada sektor penjanakuasa iaitu TNB dan juga IPP seperti dibawah:
Penjimatan bahan bakar paling ketara adalah daripada penurunan harga arang batu di mana harga arang batu telah turun daripada setinggi US$106.9 setiap metrik tan pada tahun 2012 sehingga US$75.4/mt tahun lepas dan dijangka terus menurun kepada US$70.2/mt untuk suku tahun pertama 2015.
Campuran bahan api (fuel mix) untuk menjana kuasa juga semakin beralih kepada arang batu daripada gas yang membolehkan TNB mendapat lebih banyak penjimatan daripada penurunan harga arang batu.
Campuran bahan api (fuel mix) untuk menjana kuasa juga semakin beralih kepada arang batu daripada gas yang membolehkan TNB mendapat lebih banyak penjimatan daripada penurunan harga arang batu.
Jadi sekarang kita faham walaupun harga minyak mentah turun mendadak sejak Ogos tahun lepas, sebenarnya ia tidak mempengaruhi kos bahan bakar sepenuhnya kerana TNB menjanakuasa elektrik utamanya menggunakan gas (gas dan LNG), arang batu dan hanya sedikit atau dalam keadaan kecemasan seperti bekalan gas tidak mencukupi sahaja minyak seperti diesel atau minyak sulingan (distillate) akan digunakan untuk menjanakuasa dan gas masih disubsidi pada jumlah yang tinggi oleh Petronas kepada TNB dan IPP walaupun harga gas juga semakin menurun sekarang.
Berbalik kepada penurunan tarif elektrik yang diumumkan semalam, melalui ICPT penurunan tarif ini hanyalah untuk empat bulan dari 1 Mac 2015 hingga 30 Jun 2015 sahaja bermakna ini bukanlah penurunan tarif tetap tetapi lebih kepada diskaun untuk empat bulan. Dalam erti kata yang lain selepas 30 Jun tarif elektrik akan kembali kepada tarif sekarang kecuali harga bahan bakar terus menurun sehingga tarikh selepas itu.
Dikatakan bahawa pengguna bakal menikmati penjimatan sebanyak RM13.50 hingga RM45 bergantung kepada jumlah penggunaan setiap bulan. Penjimatan ini hanya akan dinikmati mereka yang menggunakan elektrik lebih daripada 300kWj sebulan kerana penurunan tarif hanya melibatkan penggunaan melebihi 300kWj setiap bulan sahaja.
Jika anda masih ingat semasa pengumuman kenaikan tarif elektrik bermula 1 Januari 2014; kerajaan sering mencanangkan bahawa kenaikan tarif elektrik tersebut tidak akan mempengaruhi 70.7% atau 4.6 juta pengguna domestik yang menggunakan 200kWj elektrik sebulan seperti di bawah:
Tetapi kali ini bila tarif elektrik turun kerajaan tidak berterus terang bahawa hanya lebih kurang 30% pengguna akan menikmati faedah penurunan tarif elektrik. Siapakah yang menggunakan elektrik lebih daripada 300kWj? Sudah tentulah mereka yang berada dalam kelas atas dan pertengahan atas. Bila tarif naik heboh 70% pengguna tidak terkesan, bila tarif turun tidak pula cerita 70% pengguna tidak terkesan.
The Star - Dec 2, 2013 |
Tidak lupa juga dengan GST yang akan dilaksanakan bermula 1 April 2015, pengguna yang menggunakan bekalan elektrik lebih daripada 300kWj akan dikenakan GST 6%, jadi penurunan tarif elektrik sebanyak 5.8% hanya dapat dirasai pada bulan Mac dan akan naik semula sebanyak 6% pada bulan April kerana GST.
Dalam hal lain pula seperti harga barang, oleh sebab penurunan tarif elektrik kali ini melibatkan juga pengguna komersil dan industri, kerajaan berharap peniaga akan menurunkan harga barang yang dihasil dan dijual oleh mereka.
Insentif selama empat bulan penurunan tarif ini kemungkinan besarnya tidak akan menyebabkan peniaga menurunkan harga barang kerana selepas bulan Jun apabila tempoh penurunan tarif ini tamat, peniaga mungkin terpaksa menaikkan harga semula ditambah dengan pelaksanaan GST pada April 2015, jadi secara logiknya lebih baik peniaga mengekalkan harga barang yang dihasil dan dijual daripada terpaksa menaikkan semula harga selepas bulan April dan juga Jun.
Tak perlulah sesetengah pihak mendabik dada memberi amaran kepada peniaga untuk menurunkan harga barang. Lain ceritalah kalau tarif elektrik turun untuk tempoh masa yang lama contohnya setahun.
Terima kasih kerajaan kerana menurunkan tarif elektrik untuk 30% pengguna domestik, terima kasih kerajaan menurunkan tarif elektrik untuk tempoh empat bulan dari Mac sehingga April, terima kasih kerajaan kerana dengan penurunan tarif elektrik kali ini semua rakyat berpendapatan rendah dan sederhana akan menikmati faedahnya, terima kasih kerajaan, terima kasihlah.
Assalamualaikum
ReplyDeleteNama saya Sri Muji Astuti. Saya seorang pemilik bisnis yang menjual kosmetik dan pakaian. Untuk sementara, saya telah mencari pemberi pinjaman pinjaman yang dapat saya pinjam untuk menumbuhkan bisnis saya dan juga menciptakan lapangan kerja bagi orang lain. Pengalaman pertama saya dengan pemberi pinjaman internet sangat buruk dan saya kehilangan jumlah 24 juta karena saya mengajukan 800 juta untuk meningkatkan bisnis saya. Setelah pengalaman saya, saya berjanji pada diri sendiri bahwa saya tidak akan pernah meminjam dari internet karena saya ditipu.
Jadi, suatu hari saya dengan setia membaca artikel di blog dan setelah saya selesai membaca, saya pergi untuk memeriksa bagian komentar untuk mengetahui pendapat mereka. Saya melihat komentar oleh Yeyes Ristintares, seorang wanita bisnis besar dan dia berbagi cerita tentang bagaimana dia meminjam pinjaman besar dari perusahaan tempat Ms. Helen Wilson bekerja.
Kemudian, saya memutuskan untuk menghubungi Yeyes Ristintares dan saya menceritakan kisah saya kepadanya tentang bagaimana saya kehilangan 24 juta dari pemberi pinjaman yang buruk. Saya masih ingat dengan jelas bagaimana dia memberi tahu saya bahwa semua pencarian saya untuk pemberi pinjaman yang andal sudah berakhir. Dia mengirimi saya emailnya dan saya mengiriminya email untuk memastikan karena saya tidak ingin kehilangan uang lagi. dia membalas saya dan mengatakan saya harus menghubungi perincian perusahaan tempat Ny. Helen Wilson bekerja dan saya akan menerima pinjaman saya tanpa penundaan dan saya harus mencoba untuk membagikan kabar baik saya sehingga orang lain selamat dari pemberi pinjaman yang buruk.
Jadi saya menghubungi Ny. Helen Wilson melalui email: (helenwilson719@gmail.com) dan dengan nomor WA-nya: +1-585-326-2165. Ini adalah email Yeyes Ristintares: (yristintares@gmail.com) yang saya hubungi.
Setelah saya menghubungi perusahaan pinjaman, saya diminta untuk menyerahkan segala sesuatu yang diminta dari saya sebagai peminjam dan setelah beberapa saat, pinjaman itu disetujui untuk saya dan saya menerima pinjaman saya tanpa penundaan atau segala bentuk tekanan.
jadi, saya menambahkan informasi pribadi saya kepada siapa saja yang mencari pemberi pinjaman yang dapat dipercaya untuk menghubungi saya dan saya siap membantu Anda karena saya ingin orang lain diselamatkan dari pemberi pinjaman yang buruk. Hubungi saya melalui email saya: srimujiastuti93@gmail.com
Saya berdoa agar ALLAH akan memberikan mereka yang membutuhkan pinjaman untuk melihat kisah saya sehingga mereka dapat diselamatkan seperti saya. Saya selalu siap memberikan bantuan kepada siapa saja yang membutuhkannya, jadi jangan ragu untuk menghubungi saya kapan saja karena saya tidak membuat orang saya jatuh ke tangan pencuri.