oleh: Norman
Menteri KPDNKK Hasan Malek menghebahkan bahawa kerajaan akan mengumumkan formula penigraan harga minyak berdasarkan sistem apungan terurus (managed-floating) yang dilaksanakan kerajaan baru-baru ini.
Sehingga ke hari ini mekanisme atau formula pengiraan yang dijanjikan masih belum diumumkan oleh KPDNKK.
Sebelum itu saya dan beberapa orang rakan telah mengambil insiatif sendiri mengira harga minyak mengikut kaedah Automatic Pricing Mechanism (APM) yang sudah sedia ada di laman web KPDNKK.
Kaedah pengiraan yang mengambil kira kos produk yang sudah ditapis bersandarkan harga MOPS dan juga kos malar APM (fixed costs) yang ditetapkan kerajaan dikira setiap hari oleh kami dan boleh diikuti di http://apmpricemalaysia.tumblr.com.
Sementara menunggu formula yang dijanjikan Hasan Malek, anda boleh membandingkan harga APM yang sepatutnya berbanding harga runcit petrol dan diesel di pam minyak yang ditetapkan kerajaan setiap sebulan iaitu RM2.26/liter untuk RON95 dan RM2.23/liter untuk Diesel pada bulan ini Disember 2014.
Dengan itu anda boleh menjangka lebih kurang berapa cukai yang dikutip kerajaan atau berapa subsidi yang dibayar kerajaan setiap bulan untuk setiap belian petrol dan diesel oleh anda semua.
No comments:
Post a Comment