Tuesday, August 5, 2014

Boikot McDonald's Malaysia

Peringatan: Baca dengan hati lapang dan minda yang terbuka.

Boikot McDonald's ini bukan perkara yang asing di Malaysia. McDonald's pula sudah seakan-akan sinonim dengan regim Israel kerana setiap kali berlaku konflik di Palestin seperti serangan tentera Israel ke atas Gaza, McDonald's menjadi jenama utama pemboikotan rakyat Malaysia (bukan generalisasi). 

Tulisan saya akan datang dalam beberapa siri dan bukan terhad kepada McDonald's sahaja. Dalam tulisan ini saya akan memfokuskan kepada McDonald's yang dikatakan penyumbang kepada kerajaan Israel dan seterusnya menyumbang kepada Israel Defense Forces yang membantai Gaza bukan sahaja baru-baru ini malah sudah berpuluh-puluh tahun lamanya sejak tahun 1948.

Mengapa McDonald's perlu diboikot? Setakat apa yang saya kumpul daripada internet, McDonald's patut diboikot kerana sebab-sebab di bawah:

  1. McDonald's Corp adalah penyumbang dana kepada Jewish United Fund yang berpengkalan di Chicago.
  2. Bekas CEO (dan Chairman) McDonald's Jack Greenberg seorang yahudi dan penyokong kuat Israel melalui beberapa badan komuniti yahudi di Chicago.
  3. McDonald's mempunyai 180 buah restoran di Israel dan memberi peluang pekerjaan kepada 3,000 warga Israel.
Sumber: Inminds

Jewish United Fund dan Matching Gift Program *kemaskini

Sumber daripada internet yang saya boleh jumpa semuanya berkisar sebab-sebab di atas. Saya tak pasti jika ada alasan atau sebab lain mengapa McDonald's harus diboikot, jika ada saya harap ada yang akan memaklumkan kepada saya. 

Berbalik kepada sebab-sebab di atas, untuk merungkai persoalan sumbangan dana kepada Israel seeloknya kita mengupas bagaimana McDonald's menyalurkan dana kepada JUF ini. Adakah McDonald's membayar sejumlah wang mengikut peratusan keuntungan mereka kepada JUF? Ataupun ada jumlah tetap dibayar kepada JUF? 

Setakat pembedahan ke atas laporan tahunan McDonald's daripada tahun 2000 sehingga tahun lepas termasuk juga penyata kewangan yang telah diaudit tiada bukti jelas menunjukkan sumbangan kewangan McDonald's kepada JUF apatah lagi kepada Israel. 

Yang hanya saya temui adalah di laman web JUF iaitu program Matching Gift iaitu sebuah program sumbangan atau derma kepada badan-badan yang mempromosi program pendidikan, kebudayaan, sivil, anak muda dan kesihatan. 

Dan juga sumbangan McDonald's dalam bentuk geran kepada program bersekutu (affiliated program) dengan Spertus Institute for Jewish Learning and Leadership yang berjumlah $4,000 (sahaja) pada tahun 2012: 

Sumber: Laporan Tahunan JUF 2013 m/s 18

Sumbangan geran $4,000 itu digunakan untuk general operating support bagi menjalankan program dibawah kelolaan Spertus Institute For Jewish Learning and Leadership (di Chicago, Illnois) berkenaan pendidikan, budaya dan kepimpinan Yahudi yang tiada kaitan terus dengan IDF di Israel. Sumbangan McDonald's Corp adalah sebahagian daripada $446,022 yang diterima oleh Spertus Institute daripada penyumbang yang lain.

JUF sememangnya mempunyai pertalian dengan Israel dan mereka juga menyokong IDF membantai Gaza di atas nama hak Israel untuk mempertahankan diri. Malah baru-baru ini JUF menganjurkan demonstrasi di Chicago sebagai tanda sokongan kepada IDF: Thousands of Chicagoans rally for Israel:


Dan jika kita membaca dengan lebih lanjut kita akan mengetahui bagaimana JUF menyalurkan wang sumbangan, untuk tujuan apa sumbangan itu disalurkan dan siapa yang menerima subangan tersebut: JUF: Where Your Money Goes?



Tiada siapa boleh menafikan sumbangan JUF kepada Israel dan kaum Yahudi di USA kerana ianya jelas dan disenarai di dalam laman web JUF. Cumanya, dalam banyak-banyak penerima bantuan kewangan yang disenaraikan, tiada langsung wang itu sampai kepada IDF: JUF Affiliates & Beneficiaries. Kecuali ada beberapa program pemulihan (rehabilitation) untuk bekas askar yang berkhidmat dalam IDF yang anda boleh jumpa jika anda membaca dengan lebih lanjut.


Apa yang saya cuba sampaikan adalah, susah untuk kita kaitkan sumbangan McDonald's kepada JUF yang sampai kepada mereka yang melakukan kezaliman di atas bumi Palestin tidak kira di Gaza atau di Tebing Barat. Sumbangan korporat kepada JUF dibuat mengikut program-program khusus untuk pendidikan, sosial, budaya dan tiada langsung untuk program ketenteraan.

Bagaimana pula program Matching Gift ini berfungsi? Jika pekerja sebuah syarikat ingin menyumbang kepada badan-badan seperti yang dinyatakan di atas, syarikat di mana pekerja itu bekerja akan turut menyumbang kepada badan tersebut dengan jumlah sumbangan yang sama dibuat oleh pekerja itu. 

Contohnya: Seorang pekerja McDonald's berhasrat menderma $100 kepada Jewish United Fund (JUF). McDonald's iaitu majikan pekerja itu akan turut menyumbang $100 kepada JUF. 

Dan program Matching Gift ini tidak terhad kepada JUF sahaja. Mana-mana badan yang berdaftar di bawah undang-undang US [Kod Hasil Pendapatan Seksyen 501 (c) (3)] boleh menerima sumbangan melalui program Matching Gift daripada McDonalds.

Progam Matching Gift ini bukanlah perkara baru. Banyak lagi syarikat korporat besar yang menjalankan program seperti ini sebagai salah satu daripada Corporate Social Responsibilty (CSR) dan juga salah satu cara mengurangkan bayaran cukai pendapatan kepada kerajaan US. 

Antaranya termasuklah Apple Inc, Google Inc, Yum Brands (pemilik KFC, Pizza Hut dan Taco Bell), Toyota Motor Corp dan banyak lagi. Anda boleh menyemak syarikat yang mempunyai program Matching Gift dan membenarkan pekerja mereka menyumbang kepada JUF di laman web JUF sendiri di sini: JUF Donate-Matching Gift.

Dibawah saya sertakan Polisi Program Employee Matching Gifts oleh McDonald's 

Source: McDonald's

Wajar juga diketahui bahawa program Matching Gift ini hanya ada di USA sahaja. Pekerja McDonald's di negara lain tidak boleh menyertai program ini.

Dan untuk pengetahuan anda McDonald's Corp dan kebanyakan syarikat korporat lain termasuk Apple Inc, Google Inc, Ban of America Corp juga tersenarai di bawah syarikat yang mempunyai program Employees Matching Gift untuk Islamic Relief USA. Anda boleh menyemak senarai tersebut seperti mana anda menyemak senarai tersebut di laman web JUF di sini: Matching Gift Program - Islamic Relief USA.

Islamic Relief USA juga adalah antara penyumbang terbesar kepada Palestin: Islamic Relief USA - Palestine

Pemilikan McDonald's Corp

Selain daripada Matching Gift ini tidak terdapat bukti jelas McDonald's menyalurkan bantuan kewangan kepada Israel. Seperti yang kita sedia maklum McDonald's adalah sebuah syarikat milik awam yang tersenarai di Bursa Saham New York (NYSE). 

Syarikat Awam tertakluk kepada undang-undang yang ditetapkan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) US di mana segala perbelanjaan perlu diaudit dan dilaporkan untuk tujuan percukaian dan sebagai tanggungjawab kepada pelabur awam.

Saya rasa tidak perlu diterangkan siapa pemilik McDonald's Corp kerana sebagai syarikat awam sudah tentulah McDonald's dimiliki beribu pelabur yang memiliki saham McDonald's. Antaranya adalah syarikat pelaburan, insitusi kewangan dan sebagainya yang boleh dirujuk di sini: Morningstar - McDonald's Major Shareholders.

Jack M. Greenberg

Seterusnya berkenaan bekas Pengerusi dan CEO Jack Greenberg yang juga penyokong kuat Israel. Di mana sumbangan beliau dan berapa sumbangan beliau juga masih menjadi tanda tanya. Jawatan beliau sebagai Pengarah Kehormat American-Israel Chamber of Commerce juga tidak dapat mengaitkan McDonald's ataupun sumbangan McDonald's kepada JUF.


Seperti gambar diatas yang dikatakan screenshot daripada laman web JUF yang sudah dipadam akibat boikot terhadap McDonald's. Jawapannya masih sama, sumbangan McDonald's kepada JUF hanya melalui Matching Gift Employee Programme. Banyak lagi corporate partners selain McDonald's yang menyumbang kepada JUF melalui program di atas yang boleh disemak di dalam laman web JUF dan McDonald's pada tahun kebelakangan ini bukan lagi Major Corporate Partners JUF.

McDonald's di Israel

McDonald's mempunyai 180 buah cawangan restoran di Israel dengan lebih 4,000 orang pekerja di mana 3,000 daripadanya adalah remaja.McDonald's Israel adalah syarikat persendirian yang dimiliki oleh Dr Omri Padan.

McDonald's selaku entiti berasaskan perniagaan membuka cawangan mereka di pelusuk dunia termasuklah Israel. Apa yang jarang atau tidak pernah diceritakan kepada kita McDonald's Israel mempunyai polisi iaitu tidak membuka cawangan di atas tanah rakyat Palestin. 

Ini kerana mereka menghormati undang-undang antarabangsa yang tidak mengiktiraf penempatan atau perniagaan di atas Green Line atau sempadan yang ditetapkan sebelum Perang Arab-Israel 1967.

Anda juga perlu tahu bahawa warga Israel juga memboikot McDonald's atas sebab polisi tersebut kerana mereka menganggap McDonald's mendiskriminasi warga Israel yang duduk di atas penempatan haram di atas tanah  Palestin (Tebing Barat).

Pemilik McDonald's Israel Dr Omri Padan juga adalah salah seorang pengasas NGO Peace Now yang juga anti-penempatan haram di atas Tanah Palestin. 

Dibawah adalah keratan berita warga Israel yang duduk di penempatan haram di atas tanah Palestin menyeru rakyat Israel memboikot McDonald's kerana polisi mereka yang tidak mahu membuka cawangan McDonald's di atas tanah penempatan haram:

Sumber: Jerusalem Post
Sumber-sumber lain panggilan boikot terhadap McDonald's oleh warga Israel di Tebing Barat; YNet, RT, Bloomberg Businessweek, Huffington Post dan banyak lagi yang lain jika anda rajin untuk Google.

McDonald's Malaysia

McDonald's Malaysia seperti yang kita semua sudah tahu dimiliki oleh Golden Arches Sdn Bhd yang juga dimiliki oleh McDonald's Corp melalui syarikat mereka seperti dibawah: 





Golden Arches Sdn Bhd ini tidak dimiliki oleh anak tempatan atau mana-mana syarikat milik tempatan. 



McDonald's Malaysia juga telah menjelaskan kedudukan mereka tentang serangan Israel ke atas Gaza, pemilikan francais, bayaran royalti kepada McDonald's Corp sebagai balasan menggunakan jenama McDonald's di dalam Berita Harian di sini: Berita Harian - McDonald's Malaysia.



Berapakah bayaran royalti yang dibayar kepada McDonald's Corp? Mengikut penyata kewangan Golden Arches Sdn Bhd yang sudah diaudit oleh firma audit Ernst & Young dibawah:


Sumber: Suruhanjaya Syarikat Malaysia



McDonald's Malaysia pada tahun 2012 mencatatkan hasil sebanyak RM1.19 bilion , dengan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM162 juta dan keuntungan bersih selepas cukai RM113 juta. Ini bermakna cukai pendapatan yang dibayar McDonald's Malaysia kepada kerajaan adalah sebanyak lebih kurang RM50 juta. 

Bayaran royalti kepada McDonald's Corp di USA adalah sebanyak 5% daripada jumlah jualan kasar, disini dengan menganggap semua hasil McDonald's adalah daripada jualan di restoran sebanyak RM1.19 bilion di atas (McDonald's juga mempunyai perniagaan iaitu perniagaan hartanah dan syarikat pencuci) jumlah royalti yang dibayar adalah lebih kurang RM60 juta atau US$20 million.

Daripada hasil McDonald's Corp yang lebih daripada US$28 bilion pada tahun 2013, berapakah jumlah peratusan sumbangan McDonald's Malaysia sebanyak US$20 million tersebut? Ya lebih kurang 0.07% sahaja daripada hasil besar McDonald's Corp yang datang dari seluruh restoran milik mereka dalam dunia.
Sumber: McDonald's Annual Report m/s 26
Pada pendapat anda adakah $20 million ini sampai ke Israel (sebenarnya JUF) walaupun seperti yang diterangkan di atas Matching Gift programme hanya terhad kepada MCDonald's US sahaja? Cuba fikir dan kenang sejenak. 

Tidak perlu saya sentuh sumbangan McDonald's Malaysia kepada peluang pekerjaan, peluang perniagaan, cukai dan sebagainya kepada Malaysia. Saya yakin rakyat Malaysia lebih bijak menilai.

Harga saham McDonald's Corp yang dikatakan menjunam kebelakangan ini juga adalah disebabkan faktor lain seperti skandal daging tercemar di China, kemungkinan penutupan cawangan McDonald's di Russia akibat krisis geopolitik yang menyebabkan sekatan ekonomi ke atas Russia oleh USA dan juga kejatuhan jualan McDonald's di USA akibat daripada persaingan restoran lain seperti KFC, Burger King, Wendy's, Chipotle, Subway dan lain-lain. 

Malah kejatuhan jualan McDonald's USA juga sudah diramal sejak tahun 2010 jauh sebelum serangan ke atas Gaza dilancarkan. Sukar untuk mengaitkan kejatuhan jualan di US dengan aktiviti boikot.

Mengapa McDonald's Tidak Menyaman?

Anda ingat kempen Jamie Oliver terhadap makanan McDonald's yang dikatakan tidak selamat dimakan? Saya tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut kerana tidak mahu dituduh sebagai mencari alasan untuk menyokong McDonald's. Anda boleh buat carian di internet. Jamie Oliver tidak pernah disaman McDonald's, mengapa mereka hendak menyaman Inmind's? Ya fakta Inminds itu betul tetapi tidak melambangkan perincian penyaluran dana kepada JUF dan Israel atau IDF.

Adab Memboikot

Memboikot tujuan utamanya adalah untuk memberi tekanan kepada syarikat korporat yang membantu Israel dari segi kewangan dan juga kepakaran dalam bidang ketenteraan. Boikot bukan lah untuk melingkupkan perniagaan sesiapa apatah lagi yang melibatkan rezeki halal warganegara kita sendiri.

Tidak perlulah dihina atau dicaci mereka yang bekerja di McDonald's juga yang masih terus membeli dan makan di McDonald's. Bagi saya dan orang lain tiada bukti jelas di mana McDonald's menyalurkan sumbangan kewangan kepada Israel (JUF adalah) apatah lagi sumbangan kepada tentera Israel yang membantai Gaza sejak bulan lepas. 

Jika ada sesiapa boleh membuktikan saluran dana kepada Israel oleh McDonald's Malaysia mahupun McDonald's Corp (selain daripada Matching Gift kepada JUF), saya alu-alukan untuk meninggalkan komen di ruangan komen di bawah.

Tulisan saya tidak akan tamat di sini, seterusnya saya akan menyentuh syarikat korporat yang betul-betul menyumbang kepada Israel melalui pembangunan senjata, perisian pertahanan kepada IDF dan banyak lagi.

Saya harap ramai akan berlapang hati dengan tulisan saya, jika anda berasa McDonald's wajib diboikot itu adalah hak anda dan tiada siapa boleh nafikan hak itu. Dan jika ada orang lain rasa tak perlu boikot McDonald's mereka juga ada hak mereka dan anda juga tidak patut menafikan hak mereka. 

Tiada siapa yang waras fikirannya tidak akan sedih dan marah melihat kekejaman tentera Israel yang membunuh penduduk Gaza terutamanya kanak-kanak yang tidak berdosa. Saluran kemarahan anda juga eloklah disalurkan kepada mereka yang benar-benar membantu Israel dari segi ketenteraan, pelanggaran undang-undang antarabangsa dengan menduduki tanah Palestin dan lain-lain. 

Pada pendapat saya segala jenis makanan segera seperti McDonald's adalah tidak sihat. Elok juga kalau kekerapan ke McDonald's dan restoran makanan segera lain dikurangkan atau dihentikan sama sekali. 

Cuba elakkan memalukan mereka yang tidak memboikot McDonald's dan beradablah dalam memboikot. Jangan merosakkan harta persendirian dan menganggu-gugat ketenteraman awam. Sedang kita mengutuk kekejaman zionis di Gaza, jangan pula kita lupa untuk buang sifat-sifat persis zionis di dalam diri kita.

Nantikan tulisan selanjutnya jika anda berminat. :)

* Tolong klik link yang disediakan di atas untuk sumber ke atas fakta yang disenaraikan.


73 comments:

  1. Info dan pencerahan yang menarik. Eloklah dibuat pertimbangan betul-betul dengan menilai buruk dan baik secara rasional... terima kasih sudi berkongsi maklumat di atas

    ReplyDelete
  2. Artikel menarik. Gunakan fakta dan logik.

    ReplyDelete
  3. JUF supports Zionism: http://www.juf.org/about_juf/default.aspx

    Di website lama, McD bwh Corporate Partners (im not sure ehat it really means), not Matching Gifts: http://web.archive.org/web/20001004090712/http://juf.org/Cent/partners.asp

    Btw, pilihan masing2. Peace~

    ReplyDelete
    Replies
    1. of course JUF has been supporting the zionists and its ideology of Zionism and the State of Israel. nobody denied that fact.

      McDonald's bukan lagi major corp partner JUF.

      Delete
    2. How do u know McDonalds bukan lagi major corp partner JUF? JUF website has undergone changes for the past weeks. E.g previously they display all participating companies for the matching fund and i managed to screenshot it. But now u have to type your company name and search to see if they participate. with regard to the ones inminds managed to screenshot before being taken down. I dont think they put the top partners with larger fonts than the rest for fun. So, just because they have taken down all this from their website or they change the name of the partnership doesnt mean that it's over. we hold on to the previous one until McDonald make an official statement that they have absolutely nothing to do with JUF or no longer major corp partner or whatever names they want to give. Its a bit naive in my opinion to ignore their ties to JUF

      Delete
    3. Bro Norman should answer this

      Delete
    4. Harap bersabar sbb dia tgh research tu

      Delete
    5. waiting for Mr Mubarak's blog post regarding the screenshot of changes in JUF website. feel free to publish and let people read & decide. i have penned all my thought in this writing and i shall not comment any further. you can always write your own post in your own blog. i cannot wait to read all the said screenshots.

      Delete
    6. yea..i am eager to see his screenshot too just to clear my doubt and some of my friends, Mr Mubarak Mokhtar kindly provide your screenshot pls. tyvm

      Delete
  4. They were a major corporate partner in 2002, not matching gift. Apparently lepas fakta ni dikeluarkan umum tak ada lagi yang diketahui secara terang. BDS moment was founded in 2005 jadi masa tu masih baru dan wajar di boycott.
    Mcm manapun, up to now (and latest list from InMinds in 2012) McD masih ada dlm boycott list for reasons above as well as discrimination against workers. NGOs mcm InMinds would probably know more than us. McD pun x pernah nak sue InMinds.. so wallahualam.
    Apa2 pun McD bukannya sihat pun so senang jugak nak boycott.

    ReplyDelete
    Replies
    1. They were, and just so you know that maximum donation for Corporate Partnership is $50,000 for any particular fiscal year.

      I have email-ed Inminds and ask for their clarification yesterday, i will update this post whenever i get their reply. Discrimination against workers is not something new, the fact that they could not hire Arabs in Israeli outlets was because to protect the Arabs from being harrased by the Israelis.Also it's done by McDonald's Israel and it wasn't McDonald's Corp policy to discriminate workers according to their race or color or religion.

      yeap, McD tak bagus untuk kesihatan.

      Delete
    2. 50k enough bullet to kill all gazans at point blank distant. Regardless, If its were my son and daughter or even myself, kseussahan cari keja lain tiada nilai dengan satu bullet masuk kepala anak palestine.

      Bukti ada, jangan manja. McD fail to decline future commitment with Israel, possibility to assume they dont is too grave for Gazans.

      Bagi saya orang yang tak boikot masih wajar dimalukan kerana bersubahat!

      Delete
    3. selamat memboikot bro AJ. semoga istiqamah dan mendapat pahala sepertimana pahala jihad para syuhada' di غزة

      Delete
  5. Penulis lupa utk semak siapa pemegang saham majoriti Golden Arches Sdn Bhd@McDonald's Malaysia.Maknakata selain menerima Royalti,dividen dr keuntungan sykt juga pergi kepada McD USA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak lupa, cuba semak carian di SSM di atas jelas pemilik Golden Arches itu siapa. Dan laporan kewangan diaudit yang dilaporkan di SSM tidak menunjukkan sebarang bayaran dividen pada tahun 2011 atau 2012 seperti juga yang dilampirkan di atas. ini mengesahkan penerangan McDonald's Malaysia bahawa keuntungan McDonald's dilaburkan atau disimpan di Malaysia. rujuk 2 keratan carian SSM di atas termasuk net dividend.

      jangan terlalu fokus pada McDonald's yang sumbangannya hanya melalui JUF. tunggu tulisan saya berkenaan beberapa syarikat antarabangsa yang juga beniaga Malaysia yang membantu Israel secara terus tanpa melalui pihak ke-3.

      Delete
    2. Kenapa tidak boleh fokus pada McDonald. Sumbangan melalui JUF sama sahaja nilai kejahatannya dengan sumbangan kepada IDF. Manusia yang waras akalnya tidak akan dapat menerima langsung kewujudan negara haram Israel termasuk seluruh rakyat yang bernaung di bawahnya. setiap orang yang menyokong dan menyatakan kesetiaan kepada kewujudan negara haram Israel, menjalankan aktiviti di atas tanah yang dirampas (bukan sempadan palsu 1967 tapi palestin sebelum 1948), membina dan menduduki rumah2 yang dibina di atas tanah yang dirampas adalah penjenayah yang sebenar. IDF melindungi mereka untuk terus melakukan penajajahan ini. Lagipun, boikot McDonalds adalah yang paling mudah digerakkan ke seluruh dunia dan alternatif kepada McDonald sangat banyak. Jika kita fokus pada McDonald dan berjaya, akan menjadi contoh dan ketakutan kepada syarikat2 lain untuk mempunyai apa2 sahaja hubungan dengan JUF, Israel etc. Jadi strategi untuk fokus pada McDonald adalah strategi yang bijak dan praktikal.

      Delete
    3. haha selamat memboikot tuan!

      Delete
  6. Penulis lupa utk semak siapa pemegang saham majoriti Golden Arches Sdn Bhd@McDonald's Malaysia.Maknakata selain menerima Royalti,dividen dr keuntungan sykt juga pergi kepada McD USA..

    ReplyDelete
  7. Kita fikir lah sendiri..adakah tindakan kita itu tepat atau membuat masaalah lain pulak..

    ReplyDelete
  8. Saya mohon tuan beri komen ttg fakta semasa perjumpaan Prof Hafizi dgn wakil Mc Donald dalam 2 atau 3 tahun lepas berkaitan dgn sumbangan mcDonald kpd Israel.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah lama baca di FB Aqsa al-Syarif. komen saya ada dalam tulisan ni. kena baca lebih teliti.

      tapi jangan anggap pula saya memperlekeh usaha dan fakta yang dikemukakan Aqsa al-Syarif. jasa mereka menyumbang kepada saudara kita di Palestin tidak terhitung.

      saya ada pendapat saya, mereka ada pendapat mereka dengan fakta mereka. terpulang kepada orang ramai untuk membuat pertimbangan tentang kewajaran memboikot McDonald's.

      ada banyak lagi syarikat multinational yang menyumbang secara terus kepada Israel dan IDF. insya Allah bila berkelapangan saya tulis.

      Delete
    2. Nak tulis pasal McD tapi tak bagi org fokus hanya pada McD.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  9. https://www.facebook.com/200324143478378/photos/a.200705996773526.1073741829.200324143478378/307034372807354/?type=1&theater

    audit JUF tahun lepas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sudah ditulis di atas. tak perlu ulang kot? apa kaitan Spertus Institute for Jewish Learning and Leadership dengan sumbangan kepada IDF atau pelanggaran undang-undang antarabangsa berkenaan pendudukan Israel di atas tanah Palestin?

      Delete
  10. Saya dah lama ada sependapat dengan saudara, tapi ternyata penulisan ni membentangkan bukti dan hujah yang lebih jelas

    Akan menanti2 penulisan seterusnya yang menunjukkan syarikat2 yang lebih layak menjadi target utama boikot

    ReplyDelete
  11. Jazakallah atas usaha mencari fakta n penyelidikan yg dbuat.

    ReplyDelete
  12. Tahniah untuk tulisan yang penuh fakta dan informasi ini. Selama ini ramai orang (termasuklah saya) yang bergantung kepada maklumat dari InMinds tentang senarai produk dan barangan yang perlu diboikot.

    Saya juga menanti-nantikan updates tentang sejauh mana McD benar-benar menyalurkan bantuan terhadap rejim Zionis.

    Boikot dengan informasi bukan dengan emosi. Boikot dengan taqwa bukan dengan nafsu.

    ReplyDelete
  13. McDonalds Malaysia kalau nak clearkan nama senang je. Buat donation pada aqsa syarif atau aman palestin dan yang sewaktu dengannya. Ada berani?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu melalui orang tengah. Mereka cukup mampu untuk sampaikan sendiri kepada Palestin. Dan secara konsisten setiap tahun ya, bukan ikut musim. Buat media coverage seluasnya.

      Ala.. Macam pegawai2 jakim buat demo makan kedburi tu..

      Delete
  14. http://m.naturalnews.com/news/046191_McDonalds_Russia_food_safety.html?utm_content=bufferf839e&utm_medium=social&utm_source=facebook.com&utm_campaign=buffer

    ReplyDelete
  15. Jgn lupe, segala keuntungan dr mcd malaysia, separuh akan disalurkan kepada us. Dan us akn menggunakannye untuk diberi kepada jewish. Kita mungkin tidak perasan perkara ini. Tp ini la sebnarnye yg berlaku sbb kite sendiri telah ditipu oleh fakta. Walhal yg terjadi sebaliknya. Wallahualam..

    ReplyDelete
  16. info dan fakta yang bagus , teruskan lagi penulisan anda

    ReplyDelete
  17. USD20mil @ RM60mil sikit pada mata mereka tapi cukup banyak untuk disalurkan

    ReplyDelete
  18. Matching gift program tak menunjukkan bukti adanya pengaliran wang ke IDF, buktinya report latest JUF takda pun nama mcdonald

    http://www.juf.org/uploadedFiles/JUForg/Annual_Report_2012/corporate_partners.pdf

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada, dlm Grants section, tapi sikit je $4k mcm penulis dah tulis kat atas.. http://www.juf.org/uploadedFiles/JUForg/Annual_Report_2012/grants.pdf

      Delete
  19. JUF support IDF...setiap sen ke JUF samada matching gift ke apa benda pn yg masuk ke JUF dan penghulurnya automatik support IDF. Walaupun tiada penglibatan sumbangan berbentuk ketenteraan tp tidak cukupkah untuk kita boikot jika sumbangan mereka melalui sumbangan mental,rahab dan beberapa program pemulihan IDF?!

    ReplyDelete
  20. Alah...
    Mcd kan company melayu...memang cepat je org jatuhkan...apasal tak boikot je starbuck yg terang2 yahudi punya pastu tokey cina...takde pun org beria nak boikot sampai tutup...

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://www.jomgelakfm.my/2014/08/boikot-mcdonalds-siapa-bodoh.html

      Delete
  21. artikel baru bila siap............ ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada orang lain working on other companies yang ada link dengan IDF and doing business here in Malaysia. will keep u posted bro!

      Delete
  22. Spertus Institute memang berkait dengan JUF seperti yang disebutkan dalam laman web mereka sendiri

    "Spertus Institute is proud to be a partner in serving our community, supported by the JUF/Jewish Federation of Metropolitan Chicago"

    http://www.spertus.edu/about

    Ikut penulis artikel ini, JUF memang terlibat dengan IDF,

    "JUF sememangnya mempunyai pertalian dengan Israel dan mereka juga menyokong IDF membantai Gaza di atas nama hak Israel untuk mempertahankan diri"

    Ringkasnya pada tahun 2012, McD menyumbang 4000 dollar kepada institute yang disokong oleh JUF

    ReplyDelete
  23. haha macam washing machine. selamat memboikot!

    ReplyDelete
  24. Mohon saudara percepatkan artikel berkenaan syarikat malaysia y menyumbang trus pd israel atau JUF..syarikat tersebut akan dipastikan ntk tidak beroperasi trus di malaysia atau memutuskan hbgn dgn JUF secara total..

    ReplyDelete
  25. Salam sejahtera Tuan Norman,

    Saya ingin menzahirkan sokongan dan persetujuan saya terhadap tuan dalam isu ini, walaupun saya sendiri sudah bertahun tidak mengunjungi McDonald's.

    Bahkan, sekiranya hasil Matching Gift McDonald's kepada Jewish United Funds ini mencecah $50,000 sekalipun bagi saya secara peribadi tiada masalah kerana JUF hanyalah pertubuhan kebajikan kemanusiaan (philantrophic) Yahudi dan terbukti sama sekali TIDAK terlibat menyumbang dalam persenjataan, ketenteraan dan penaklukan haram ke atas Tebing Barat / Gaza, walaupun mereka menyokong Israel secara verbal (kebebasan bersuara).

    Teruskan menulis saudara dan terima kasih kerana berpihak kepada prinsip al-'Adalah (keadilan) dan tabayyun.

    p.s. Mohon tuan dapat jalinkan silaturahim sosial dengan saya melalui akaun facebook.com/numansaadan . Berhajat mahu teruskan diskusi ekonomi dengan tuan.

    ReplyDelete
  26. "kalau nak clearkan nama senang je. Buat donation pada aqsa syarif atau aman palestin dan yang sewaktu dengannya. Ada berani?"
    mereka lupa agaknya dengan Fiesta Final 2014 (http://2.bp.blogspot.com/-cHO_HGzI3eU/U8If_j-TiVI/AAAAAAAAAaI/VHcwgyXReB4/s1600/10527375_914539231896012_4368609749547698445_n.jpg)
    Solat Hajat dan Qunut Nazilah untuk Palestin tajaan Nestle telah menimbulkan polemik pergi atau tidak dan masih lagi tidak hilang seruan boikot Nestle

    ReplyDelete
  27. very academic... based on facts n evidences.. boycott bukan sebab product yahudi penyumbang kepada dana military semata2, tetapi boycott kerana founder, leaders are the biggest supporter to jewish n israel.. kewajaran memboikot McD dan product makanan yahudi yang lain adalah sumbangan kecil kita untuk menghentikan keganasan di Gaza.. how can you believe the JUF doesn't funds the IDF?? the jewish, zionist, as said in the Quran, they will mischief on earth n extremely arrogants n tyrants, how can you be sure they are not manupulating the funds behind the matching gift programme?? never believe what was shown to you.. i am waiting for your writing on the companies whom funds the IDF directly.. our little hands will give thousand hopes to our gazans.. what can be boycott boycotted..try our best..

    ReplyDelete
  28. Mohon tuan punya artikel boleh ceritakan badan2 kebajikan yang ditubuhkan oleh McDonalds Malaysia seperti Ronald McDonalds Childrens Charities (RMCC), Gift of Smile, Ronald McDonalds House Charities, Singgah Sahur anjuran McDonalds dan sebagainya... ini menunjukkan McDonalds Malaysia sntiasa memberi sumbangan pada yg memerlukan di Malaysia... jika jualan McDonalds Malaysia jatuh merundum, ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada badan2 kebajikan yg ditubuhkan oleh McDonalds Malaysia... Wallahualam... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak dan terlalu banyak. RMCH ada cawangan setiap negeri di US of A. tapi itu bukan pointnya. tak semua orang faham apa kita cuba maksudkan.

      Delete
  29. 1. it is my opinion and ONLY MY OPINION that the availability of data regarding the real amount of money directed to israel is limited and biased. why? bcos it is not of their interest to disclose the truth..

    2. granted the article discloses a "paltry" amount directly contributed to israel, but NO AMOUNT OF MONEY is too small to contribute to MAIMING AND KILLING OF CHILDREN in any conflict. ANY AMOUNT OF MONEY, ANY CHILD. period. be it $4000 or $20 million. when military grade weaponry is used and knowingly used against civilians, IT IS A CRIME. it is a crime against humanity..

    3. the real reason behind the boycott is not financial in nature, ie it is not to "bankrupt" McD.. i doubt it can amount to that. it is to create pressure, spawn awareness and educate.

    4. pressure.. the world leaders.. to send a message to the UN, US congress, to israel; that we do notice the on-goings in gaza, that it is totally unacceptable, we do care and we are willing to take action until it stops. we will continue to take action until the crime stops, is stopped and punished.

    5. awareness.. to tell the public and the world about the on-going crimes in gaza. i repeat myself; when military grade weaponry is used and knowingly used against civilians and especially children, IT IS A CRIME!

    6. israel would not exist without the financial aid of certain parties and countries. period. this include individuals who are direct SHAREHOLDERS of these companies. these companies do not contribute directly, but we contribute DIRECTLY to their bottomline; as consumers and employees. without consumers, these companies amount to nothing. ditto employees.

    7. educate... the public about alternatives. about alternative products, employment even. educate how we contribute to the happenings of the world around us. educate heads of companies of their link to suppliers and buyers. educate them about OTHER COMPANIES THAT HAS LINKS TO ISRAEL. educate that we CAN change the world. our action matters. in this current age of globalisation, i have to admit that it is difficult to differentiate which, what and who contributes to israel, i do agree. but we have to START SOMEWHERE.. better than being arrogant and selfish to not even try..

    8. this boycott is not a mean to an end. there are MANY MANY MORE companies out there that is contributing directly or indirectly to israel. but THIS IS A START. it is the beginning. with the social networks news travels fast. boycotts are happening all over the world. if we cant even boycott companies, how can we even start boycotting the monetary system controlled by these people? how can we even dream about using the gold dinar..?

    9. at the end of the day, Allah knows what is in our heart. Allah knows what we are hiding in our heart. He is All Knowing. we will all be answerable to Him. so we do the best that we can. Allah knows when we are arrogant and selfish to even try.. Allah also knows when we do things that is not pure..

    10. keep adding to the list of things we boycott. let the world know that we dont support companies that contributes to israel. send the message. remember why we are doing it. but if you are still weak and unable to, He is also Most Merciful.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for sharing your thoughts. You took the words out of my mind.

      Delete
    2. did i not make myself clear or did you not read the writing thoroughly? which part in the article i wrote we shouldn't boycott McDonald's? i will continue to write and let people do the thinking part. they have the right to boycott and they have the right not to boycott.

      p/s i just came back from Gaza and talked to some of Gazans. they'd be grateful if we could send them McDonald's or KFC meal because they know the fact that (most) Israelis are boycotting McDonald's because of their policy on branch opening in illegal settlements at West Bank. i'll pen my 2d1n experience inside the largest open air prison in the world soon. but my priorities are to write about other companies that have direct and significant relationship with the Israeli govt and the IDF and it happens that those companies are doing business here in Malaysia.

      happy boycotting! god bless you for helping the Palestinians. jannah-al-fidraus is wating.

      Delete
  30. Kalau ikutkan syarikat yes mmg x nampak kaitan dgn israel. Tp individu yg di belakang syarikat ni yg aktif menyumbang. Jadi saya rasa wajar boikot utk jatuhkan ekonomi individu tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau boleh namakan individu di belakang syarikat ini saya akan letak nama individu tersebut di dalam tulisan di atas. selepas itu tetap juga keputusan masing-masing untuk memboikot atau tidak. anda boleh memilih untuk memboikot syarikat ini atau syarikat yang lain yang lebih banyak sumbangannya dalam membunuh warga Gaza.

      Delete
    2. Saya tak berapa pandai sgt tentang membuat kajian secara terperinci, mungkin ini satu contoh

      http://www.israelcorp.com/AboutUs/OwnershipProfile.aspx

      Dgn pemegang saham terbesar dlm McD Corp

      Delete
  31. bagus tempat ni... diskusi, perbincangan dan penghujahan sesama pengunjung juga berilmiah. keep it up guys.

    for me, boikot atau tidak, biarlah dalam terang...

    ReplyDelete
  32. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  33. Biar aku kembali ingatkan kau, andai kau terlupa. Gerakan boikot ini, senang kalau kita simpulkan, ialah "gerakan menyekat sebarang bentuk dana ke kerajaan haram Israel". Pegang frasa ini, sebab mungkin kau perlu rujuk semula beberapa kali semasa membaca penyataan aku di bawah.

    "Sumbangan geran $4,000 itu digunakan untuk general operating support (perbelajaan sokongan operasi) bagi menjalankan program dibawah kelolaan Spertus Institute For Jewish Learning and Leadership (di Chicago, Illnois) berkenaan pendidikan, budaya dan kepimpinan Yahudi yang tiada kaitan terus dengan IDF di Israel."

    Jadi kenapa fokus kepada IDF? Bukankah boikot ini sepatutnya dan sememangnya kita bantah kerajaan Israel secara total? Jadi kenapa bila dah ada bukti penyaluran ke negara zionis ini yang terang lagikan bersuluh, kau seakan-akan tercari-cari lagi di manakah IDF di dalam setiap 'kajian' anda? Bukankah matlamat sememangnya membantah kepada pembentukan negara ini sendiri? Andai kata dana ini sememangnya majoriti smpai kepada negara Isreal utk tujuan pembinaan, kemajuan, kemudahan dan lain-lain, bukankah memang ini lah yang hendak kita tentang, iaitu pembinaan negara haram itu sendiri secara amnya?


    Atau kau hanya mengecam kekejaman di Palestin, tapi menyokong berdirinya kerajaan Zionis Isreal di situ?

    Dua kenyataan di dlm soalan tersebut bersifat paradoks, kerana kerajaan Isreal berdiri atas kekejaman terhadap Palestine, maka sebenarnya bukan satu soalan yang valid pun. Kau banyak masa mencari fakta ini (aku tahu berjam-jam sudah habis utk tulis artikel terperinci ini) tapi adakah payah sangat utk tahu dan faham sejarah pembentukan kerajaan haram ini?

    OK, next. Bagaimana agaknya kau mengenalpasti sumbangan dana yang sampai kepada IDF ni? Adakah tidak cukup dengan mengetahui dana dari kita ini mempunyai potensi untuk sampai ke kerajaan Israel? Jadi dari siapa IDF ini dapat peruntukan secara terus? Bukan kerajaan Isreal sendiri? Atau kau fikir jika ada rakyat Malaysia menghantar sendiri raifal secara tangan ke kem IDF, baru kau iktiraf sebagai "penyaluran dana ke IDF"? Adakah anda kena terjumpa terang-terang dengan bold dan underline font, dengan saiz 20 menulis "This fund will goes straight to none other than Israel Defense Forces" baru anda berpuas hati? Come on, memang dari penulisan kau, seolah-olah kau mengaja mncari alasan utk menyimpulkan aktiviti boikot ni tidak berasas, bukannya atas dasar mencari kebenaran. Aku tak rasa ko blh terlepas pandang perkaitan IDF-kerajaan Isreal yg sangat terang dan logikal mudah ni, sedangkan kajian kau sangat panjang lebar dan terperinci, aku akui lebih dri apa yg aku larat buat semata utk produce satu artikel sebegini. Dengan kapasiti analitikal kau ni, sangat pelik kalau ini pn tak boleh simpulkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketiga, nilai yg "sangat kecil" hasil dari sumbangan McD Malaysia ke JUF.
      Dgn bersunggh kau perincikan berapa kerat sahaja wang kita mungkin sampai ke tangan JUF (atau rifle dan peluru IDF, if u insist on the difference). Kenapa tekankan "nilai yg sangat kecil" itu secara relatif? Perlu ke kau tekankan amaun itu dalam konteks relatifnya dengan amaun dari sumber lain? gaya kau menulis seolah-olah "ala orng Malaysia berapa kerat aje sumbang, takde effect pon". OK, kalau ini asas kau jadikan semasa buat kajian, aku nak tanya, kau akan herdik tak kalau kau perasan org menderma utk Palestine atau sebarang dana kemanusiaan, katalah, walau seringgit? ada tak kau mengomel, atau sehingga ke tahap membuat kajian berjam-jam lamanya, berapakah jumlah sumbangan kemanusiaan ke Somalia (cthnya), ambil kira defisit wang tersebut setelah ditolakkan wang pengangkutan atau apa-apa logistik utk membolehkan wang seringgit itu smpai, seterusnya menerangkan kepada si fulan yg menderma seringgit itu, bahawa simpan ajelah duit tu ,tak berguna pon seringgit tu. Adakah kau orang seperti ini? absurd kan? sebab bagi aku, itulah gaya penulisan kau, sebok nak menekankan trlampau sedikit peratusan wang rakyat malaysia yg smpai ke JUF itu.

      Bagi aku, sekecil mana bantuan kita pun, ia amat bermakna. Dan sebaliknya juga adalah benar, di mana sekecil mana pun kau berhanti menyumbang, ia amat bermakna. Kalau tidak, bodohla orang tua yang mengungkap peribahasa "sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit".

      Delete
    2. nampaknya saudara tak faham aspirasi rakyat Palestin terutamanya di Gaza sekarang. cuba Google kenapa Hamas bekerjasama dengan Fatah baru-baru ini. itu sahaja. selamat memboikot semoga syurga firdaus untuk anda dan para syuhada' Gaza.

      Delete
  34. boleh komen sikit artikel aqsasyarif ni?
    https://www.facebook.com/media/set/?set=a.814103781946625.1073742077.107299275960416

    ReplyDelete
  35. I was thinking about writing the same article but you beat me to that. Eventhough I don't always agree on your thoughts (especially in twitterjaya), this is a very good and comprehensive article indeed. Maybe you should touch on the difference between Jews, Zionist and Isrealis. Malaysian seems not to be able to differentiate between them. Compare these 3 to Aryan, Nazi and Germans to make it easier. Am waiting for your next article on Malaysia-Israel trade cause I'm doing my own research on it too.

    ReplyDelete
  36. Well, so far nobody agree to my argument on this matter. If one wanna boicott or do something it is the zionist not the jews as a whole. If we wanna label the jew as a whole then what about Isa (pbuh)? I do not fancy macdonald but in case of laziness i go to their drive thru. Boicott or not doesnt have any impact on my day to day life. However, before one must go on to do such a noble thing like this, have u a check whois the franchisee? U are trying to boicott the franchisor which is a jewish but do u think it will have any major impact on them? NO! All u are doing is killing the franchisee. Did he take part in any part in the bombing that the zionists did? We are killing our own people. Some says that its ok because they are already rich. To me they are rich or not is not the issue but u are waging war on a wrong person. Staff working for tesco has not contribute not even i dime and some say their earnings are full with palestinians blood. Ok, if they quit will u support them? A big NO again. Im not really a thinker but think of the consequences of your action. If u cannot have a solution to solve the problem that u intend to create then let thèm be. This writer are so correct about we should know how to differentiate Israel which is the country, jew is a race and zionists are the regime. In the Quran stated bani israel? Why yahudi is public enemy no 1 for Islam? What about our Rasuls before Muhammad (pbuh)? Do we label them as well? What if i say there are bani israel amongst us in the malay community? Ive been talking and che clicking. Apparently not all jew are with the zionist. Sheikh Ahmad Deedat also says the same thing. Of course the good jews will not go out in the open to support the palestines. Its like the Ukrainian go out in the open and support putin. That is also another lie. Do not go to the extreme says the Holy Quran. If u hear rumoursthe pls hold on to it. On the third dayvof rumours still circulating then u may tell ur versions. We are being too Islamic that we become extreme on parts that have no significant impact on Islam. Instead of making Islam which infact a religion of peace, u doing more damage. Anyway, pls disregard if u do not agree with me. After all, it is Allahwho knows best. Wat ww ďo in lifes echoes in the eternity.

    ReplyDelete
  37. apa pula hubungan JUF dan JAFI? Mohon pencerahan...

    ReplyDelete
  38. This is my findings. Andrew McKenna is the current chairman of McD, and he is well known for being a staunch supporter of Israel and the IDF. He was also formerly on the board of directors of Aon Corporation. These 2 organisations were listed as 2 of the main corporate partners of the Jewish United Fund (JUF, an organization that provides funds directly to the Israeli government) until huge boycott pressure forced them to take these companies' names off the list. Now you will not be able to see the names on the JUF website today but there is no formal indication that these relationships have ceased to exist.

    Today McD argues that it does not have any direct relationship with JUF anymore and the only tie it has is through the 'matching gift programme' which is confined only between McD Corp in the US and Israel. And this programme is not exclusive to McD because every other company in the US can be part of this matching gift programme to JUF, as part of their CSR initiative. Thus, McD Malaysia being directly unconnected to any ties with Israel, should not be held culpable. This has been McD's standard line.

    But common sense tells me that once you have a staunch Israel/IDF ally as your chairman, and also your former chairman (Jack Greenberg), and the fact that your company has always been JUF's main corporate contributor with no official indication that that relationship has ceased to exist, it just smells funny. As such, it is highly likely that the McD profits would somehow go into funding the Israeli government and by extension the IDF. Every other argument trickles down from this premise. You decide what that means.

    ReplyDelete
  39. Eloknya tolak je barangan org bukan islam dan tak payah serabut begini, melainkan mungkin yg sgt perlu dan tak memudaratkan

    ReplyDelete
  40. Perbincangan ilmiyyah yg sangat bagus....
    Bg yg comment penuh sentimen tanpa hujjah...tolong la jngn rosakkan bolg ni dgn kata2 kosong korang...
    Dan ingat, jika memang jelas mcd tidak menyumbang kepada mereka...korang akan bertanggung jawab atas fitnah korang....
    Jngn ingat kami x sanyangkan saudara kami di palestine...
    Tp perlu ingat, islam menyurh kita kaji setiap berita yg smpai kepada kita, supaya kita x jatuh dlm dosa menyebarkan fitnah...wallahu a'lam...

    ReplyDelete
  41. maaf agak sibuk kebelakangan ni, kalau ada kelapangan saya akan sambung menulis senarai syarikat multinasional penyumbang Israel.

    nampak macam dah reda boikot McD, bermusim kah boikot kita?

    ReplyDelete
  42. salam encik, boleh saya tahu kat mana encik dapat GARSB financial information tu ye? really need it for my MBA research. thank u..

    ReplyDelete
  43. salam encik, kat mana saya bleh dapat GARSB key financial info tu? really need it for my MBA research, thanks..

    ReplyDelete
  44. Setiap sumbangan ke Jajahan Haram Israel diambil kira... Walaupun untuk education, kerana pihak M yg support bahagian education, pasti pihak yahudi sudah dapat jimatkan wang dan salur pula untuk ketenteraan...
    Tidakkah kamu semua melihat semasa pembentangan bajet di Malaysia, apabila harga minyak jatuh, semua peruntukan untuk pendidikan, ketenteraan, kakitangan awam dll dikurangkan...

    ReplyDelete