oleh: Norman
Persoalan Kajang
"Ini adalah untuk kebaikan yang lebih besar" ataupun "this is for the greater good" adalah ayat yang digunakan untuk menjustifikasikan pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang seterusnya memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) untuk bertanding di kerusi tersebut. Malang bagi rakyat Selangor kerana masih ramai yang kurang jelas dan tidak faham apakah yang dimaksudkan dengan the greater good yang diulang-ulang ahli-ahli politik berkenaan. Lebih malang apabila ada rakyat yang menuntut penjelasan yang lebih jelas mereka dituduh pula sebagai hostile, tidak faham politik dan layak untuk duduk di bawah kerajaan seperti Barisan Nasional kerana tidak mahu memahami 'Kajang Move' tersebut.

Saya tidak nampak dimana salahnya bagi sesiapa untuk menuntut penjelasan, mempersoal dan mengutarakan pendapat mereka tentang perkembangan terbaru politik di Selangor. Malah tidak harus disalahkan rakyat yang keliru apabila ulasan atau penerangan dan juga tindakan berkenaan 'Kajang Move' ini nampak bercanggah dengan penerangan sebelumnya seperti contohnya pada 27 Januari DSAI menafikan beliau akan menjadi Menteri Besar Selangor malah menafikan beliau akan bertanding di 'safe-seat' di Selangor seperti yang dilaporkan di The Star dan di sebelah petang pada hari yang sama ADUN Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatan. Pada masa itu sudah pelbagai spekulasi timbul dan spekulasi itu terjawab dengan pengumuman DSAI sebagai calon yang akan bertanding pilihanraya kecil DUN Kajang.
Sedang rakyat terpinga-pinga dengan perkembangan di Kajang, disuruhnya pula penduduk Kajang bersyukur kerana DSAI dicalonkan sebagai bakal ADUN di sana. Kenyataan seperti ini persis menteri-menteri UMNO yang menyuruh rakyat Malaysia bersyukur kerana Malaysia masih aman di kala jenayah berleluasa, harga barang semakin naik dan kos sara hidup yang meningkat. Adakah rakyat Kajang khususnya dan rakyat Selangor umumnya tidak berhak mendapat penjelasan yang meyakinkan?
YB Rafizi Ramli selaku perancang utama 'Kajang Move' merangkap Pengarah Strategik Keadilan menerangkan di blog beliau tentang mengapa DSAI perlu bertanding di Kajang. Secara ringkas:
Anwar Ibrahim 'bakal' Menteri Besar Selangor?
Saya tidak membantah pencalonan DSAI sebagai calon ADUN Kajang malah tidak sama sekali membantah sekiranya DSAI diangkat sebagai Menteri Besar sekiranya beliau memenangi PRK Kajang nanti. Rekod DSAI sebagai pentadbir dan selaku menteri kabinet pada zaman beliau di dalam UMNO sudah terbukti kecemerlangannya. Kecemerlangan DSAI selaku Menteri Kewangan (1991-1997) diiktiraf di dalam dan luar negara. Selaku pendokong pasaran bebas DSAI berjaya memacu pertumbuhan pesat ekonomi Malaysia, menjalankan polisi counter-cylical (untuk menyejukkan pertumbuhan pesat ekonomi) dengan mengimbangkan belanjawan fiskal (juga mencatat lebihan/surplus) seterusnya mengurangkan hutang kerajaan. Rekod pengurusan kewangan dan ekonomi oleh DSAI terbukti di dalam Laporan Ekonomi Malaysia 1997 seperti dibawah:
Polisi-polisi di atas menjadi bukti kemampuan dan kebolehan DSAI mentadbir dan mengurus ekonomi. Pengurusan kewangan yang cekap oleh Tan Sri Khalid Ibrahim di Selangor sudah pasti akan diteruskan DSAI dan mungkin akan jadi lebih baik sekiranya DSAI menjadi MB Selangor.
Usaha pihak-pihak tertentu memburukkan Tan Sri Khalid tampak sangat dangkal dan cetek. Kejayaan pengurusan ekonomi dan kewangan negeri Selangor (klik untuk melihat kemajuan ekonomi Selangor) dikatakan bukan daripada kebijaksanaan Tan Sri Khalid dan ianya dirancang oleh pemain-pemain politik di negeri Selangor. Hairan dan pelik apabila dikatakan Tan Sri Khalid tidak suka berbincang dan mendapatkan pandangan parti dalam menetapkan polisi pentadbiran beliau, tetapi kecemerlangan Tan Sri Khalid dikatakan bukan hasil pengurusan beliau.
Tan Sri Khalid tidak sempurna. Ya, memang banyak yang boleh diperbaiki di Selangor. Kita sedar dengan masalah kutipan sampah, jalan berlubang (ditegur dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012) dan juga isu serbuan oleh JAIS ke atas premis Persatuan Bible Malaysia yang tidak diuruskan dengan baik oleh pentadbiran kerajaan negeri. Tapi sesetengah pihak menghentam dan merendah-rendahkan Tan Sri Khalid seolah-olah beliau salah dalam segala-galanya malah seakan-akan tidak berjasa langsung kepada negeri Selangor.
Mungkin dengan kehadiran DSAI didalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor akan membantu melancarkan pengurusan bukan sahaja ekonomi dan kewangan malah isu-isu lain seperti isu sosial, ketegangan antara agama dan kaum dan politik dalam Pakatan Rakyat (khususnya Keadilan). Yang paling saya tunggu-tunggu adalah untuk melihat bagaimana DSAI akan menangani masalah seperti penggunaan kalimah Allah di dalam Bible kerana sekiranya Pakatan Rakyat memenangi PRU14 nanti, kita boleh tahu bagaimana DSAI akan menangani isu-isu seperti itu di peringkat nasional. Sekarang DSAI kedudukannya sebagai ketua pembangkang agak terhad. Selain daripada memberi kenyataan akhbar tiada apa lagi yang ketua pembangkang boleh lakukan.
Namun yang demikian Keadilan juga tidak seharusnya meletakkan segala tanggungjawab kepada DSAI. Adalah lebih baik sekiranya Keadilan juga mengetengahkan calon-calon muda sebagai pelapis generasi muda untuk mentadbir dan mengurus negeri. Jangan hairan jika pencalonan DSAI di Kajang mencipta persepsi bahawa Keadilan ketandusan pemimpin berkebolehan kerana terpaksa bergantung harap kepada DSAI untuk hal berkaitan Selangor.
Budaya menyalahkan UMNO
Saya sedikit hairan dengan alasan UMNO adalah punca mengapa DSAI perlu bertanding di Kajang. Alasan bahawa UMNO akan menyerang kerajaan Selangor habis-habisan juga tidak jelas. Rafizi juga menyatakan bahawa DSAI diperlukan di Selangor untuk mengelakkan BN merampas Selangor dengan menguatkuasakan darurat seperti mana yang berlaku di Kelantan pada tahun 1977. Situasi di Kelantan pada tahun 1977 sangat jauh berbeza dengan situasi di Selangor sekarang. PAS pada masa itu adalah parti komponen di dalam BN dan isu pada masa tersebut tertumpu kepada masalah dalaman PAS.
Saya amat yakin kerajaan BN tidak akan dapat merampas BN daripada Pakatan Rakyat dengan menggunakan darurat kerana ADUN BN di dalam Dewan Negeri Selangor hanyalah 12 orang dan Selangor dikuasai oleh Pakatan Rakyat dengan majoriti besar dan kukuh dengan 44 kerusi. Usaha mengisytihar darurat oleh kerajaan persekutuan sudah pasti tidak akan mudah dan rakyat Selangor tidak akan duduk berdiam diri membenarkan kerajaan sah yang diundi rakyat Selangor ditumbangkan dengan cara kotor dan jahat. Berbeza dengan keadaan di Perak pada tahun 2009 di mana 3 orang ADUN Pakatan melompat dan majoriti yang sangat kecil itu menyebabkan kerajaan negeri Perak tumbang pada masa itu.
Budaya menyalahkan UMNO untuk segala-gala masalah di Selangor adalah tidak sihat. Adakah Keadilan ingin menutup isu pertembungan antara Tan Sri Khalid dengan YB Azmin Ali dengan menjadikan UMNO sebagai punca? Alangkah hebatnya UMNO sehingga dapat masuk ke dalam Keadilan dan melaga-lagakan kedua individu besar dan hebat di Selangor. Tidaklah saya pasti sama ada yang masuk ke dalam Keadilan itu individu yang menjadi ahli atau budaya UMNO yang meresap sebenarnya. Saya risau budaya menyalahkan UMNO ini akan menjadi kebiasaan atau habit oleh pimpinan Keadilan untuk menutup kelemahan mengurus masalah sendiri. UMNO memang bermasalah, tetapi menjadikan mereka sebagai punca masalah di Selangor tidak akan membantu menyelesaikan apa-apa masalah dalaman Keadilan sendiri.
Persoalan lebih besar
Soal pembaziran dan kos pilihanraya bukanlah isu utama yang patut berkisar di sebalik kisah Kajang. Pembaziran semasa pilihanraya lazimnya datang dalam bentuk gula-gula janji oleh BN. Pelbagai projek segera bernilai puluhan juta akan diumumkan oleh BN seperti mana amalan biasa BN di PRK-PRK sebelum ini.
Pimpinan Keadilan tidak seharusnya memandang rendah kemampuan berfikir dan memilih rakyat. Ramai yang kesal dengan komen daripada Naib Presiden Keadilan YB N Surendran yang mengatakan bahawa yang mengkritik 'Kajang Move' ini adalah mereka yang tidak faham politik demokrasi. Tidak kurang juga ada penyokong 'Kajang Move' yang mengeji mereka yang mengkritik 'Kajang Move' sebagai bodoh, tidak memahami politik, bukan ahli parti dan sebagainya. Malah isu-isu yang tidak berkaitan seperti Kota Damansara, Semenyih dan sebagainya ditimbulkan untuk merendah-rendahkan pengkritik 'Kajang Move'.
Kegagalan menerangkan hal sebenar tentang 'Kajang Move' ini akan mencalar kredibiliti dan imej Pakatan Rakyat di Selangor. Sokongan rakyat bukan sahaja Kajang malah seluruh Selangor menjadi taruhan besar di sini. Saya setuju 'Kajang Move' akan menjadi game-changer' bagi Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya. Tetapi samada game-changer tersebut bermaksud Pakatan Rakyat akan berjaya atau tidak, akan bergantung kepada bagaimana outcome 'Kajang Move' yang pada saya masih samar-samar dan kurang jelas.
Saya setuju strategi politik kadang-kadang harus dirahsiakan untuk mengelak dibaca oleh parti lawan (UMNO). Pada masa yang sama rakyat juga menuntut kejujuran dan ketelusan daripada pemimpin politik Pakatan Rakyat khususnya Keadilan. Janganlah menyuruh rakyat senyap dan merendah-rendahkan tahap kematangan rakyat. Jika Keadilan rasa rakyat tidak berhak tahu dan hanya harus menurut apa yang sudah dirancang oleh parti, maka tiada bezalah Keadilan dengan UMNO.
p/s: Semoga berjaya DSAI di Kajang!
*BACA JUGA: ISU PENGSTRUKTURAN INDUSTRI AIR SELANGOR
BONUS: Ahmad Maslan Timbalan Menteri Kewangan cuba tunjuk bijak dengan mengatakan hanya anak Selangor dibenarkan menjadi Menteri Besar Selangor:
Malangnya timbalan menteri kewangan yang malas membuat homework sebelum berkata-kata. Rujuk Artikel 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor (1959):
Sedang rakyat terpinga-pinga dengan perkembangan di Kajang, disuruhnya pula penduduk Kajang bersyukur kerana DSAI dicalonkan sebagai bakal ADUN di sana. Kenyataan seperti ini persis menteri-menteri UMNO yang menyuruh rakyat Malaysia bersyukur kerana Malaysia masih aman di kala jenayah berleluasa, harga barang semakin naik dan kos sara hidup yang meningkat. Adakah rakyat Kajang khususnya dan rakyat Selangor umumnya tidak berhak mendapat penjelasan yang meyakinkan?
YB Rafizi Ramli selaku perancang utama 'Kajang Move' merangkap Pengarah Strategik Keadilan menerangkan di blog beliau tentang mengapa DSAI perlu bertanding di Kajang. Secara ringkas:
- Pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim cemerlang tapi ada ruang yang perlu diperbaiki.
- Politik dalaman UMNO yang berubah dengan pantas melalui perkembangan berita bahawa Dato' Sri Najib bakal di'pecat' oleh UMNO akibat tekanan dari Tun Dr Mahathir.
- Masalah ketegangan kaum dan agama yang dirancang BN untuk menyahstabilkan kerajaan negeri Selangor.
- Selangor perlu menjadi negeri contoh untuk Pakatan Rakyat ke Putrajaya.
- Kerajaan Selangor tidak pantas menangani isu trafik, perumahan mampu milik dan bekalan air di Selangor.
- Menguatkan kekuatan Pakatan Rakyat di Selangor.
- Selangor sebagai platform loncatan kepada DSAI untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia seperti Recep Tayyip Erdogan Datuk Bandar Istanbul (sekarang PM Turkey) dan Joko Widodo Gabenor Jakarta (Calon Presiden Indonesia).
- Mengelakkan pengalaman Kedah yang jatuh semula kepada BN selepas PRU13 akibat krisis dalaman pentadbiran negeri.
Rafizi juga menerangkan bahawa soal samada Menteri Besar akan digantikan atau tidak masih belum diputuskan dan akan mengikut keperluan dan keadaan semasa. Akan tetapi dari masa ke semasa sudah ada bayangan bahawa DSAI sememangnya akan menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor. DSAI juga semalam memberi bayangan apa yang akan dilakukan oleh beliau sekiranya beliau menjadi MB Selangor di dalam temubual bersama MalaysiaKini. Maka dengan itu bolehlah disimpulkan bahawa jawatan MB bakal bertukar selepas kerusi DUN Kajang dimenangi oleh DSAI.
Anwar Ibrahim 'bakal' Menteri Besar Selangor?
Saya tidak membantah pencalonan DSAI sebagai calon ADUN Kajang malah tidak sama sekali membantah sekiranya DSAI diangkat sebagai Menteri Besar sekiranya beliau memenangi PRK Kajang nanti. Rekod DSAI sebagai pentadbir dan selaku menteri kabinet pada zaman beliau di dalam UMNO sudah terbukti kecemerlangannya. Kecemerlangan DSAI selaku Menteri Kewangan (1991-1997) diiktiraf di dalam dan luar negara. Selaku pendokong pasaran bebas DSAI berjaya memacu pertumbuhan pesat ekonomi Malaysia, menjalankan polisi counter-cylical (untuk menyejukkan pertumbuhan pesat ekonomi) dengan mengimbangkan belanjawan fiskal (juga mencatat lebihan/surplus) seterusnya mengurangkan hutang kerajaan. Rekod pengurusan kewangan dan ekonomi oleh DSAI terbukti di dalam Laporan Ekonomi Malaysia 1997 seperti dibawah:
Lebihan belanjawan 5 tahun berturut-turut |
Usaha membendung inflasi |
Pengimbangan fiskal/belanjawan (mencatat lebihan) |
Kerajaan Persekutuan tidak perlu mendapatkan pinjaman |
Hutang Kerajaan Persekutuan termasuk hutang luar menurun |
Khalid Ibrahim tidak berguna?
Usaha pihak-pihak tertentu memburukkan Tan Sri Khalid tampak sangat dangkal dan cetek. Kejayaan pengurusan ekonomi dan kewangan negeri Selangor (klik untuk melihat kemajuan ekonomi Selangor) dikatakan bukan daripada kebijaksanaan Tan Sri Khalid dan ianya dirancang oleh pemain-pemain politik di negeri Selangor. Hairan dan pelik apabila dikatakan Tan Sri Khalid tidak suka berbincang dan mendapatkan pandangan parti dalam menetapkan polisi pentadbiran beliau, tetapi kecemerlangan Tan Sri Khalid dikatakan bukan hasil pengurusan beliau.
Tan Sri Khalid tidak sempurna. Ya, memang banyak yang boleh diperbaiki di Selangor. Kita sedar dengan masalah kutipan sampah, jalan berlubang (ditegur dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012) dan juga isu serbuan oleh JAIS ke atas premis Persatuan Bible Malaysia yang tidak diuruskan dengan baik oleh pentadbiran kerajaan negeri. Tapi sesetengah pihak menghentam dan merendah-rendahkan Tan Sri Khalid seolah-olah beliau salah dalam segala-galanya malah seakan-akan tidak berjasa langsung kepada negeri Selangor.
Mungkin dengan kehadiran DSAI didalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor akan membantu melancarkan pengurusan bukan sahaja ekonomi dan kewangan malah isu-isu lain seperti isu sosial, ketegangan antara agama dan kaum dan politik dalam Pakatan Rakyat (khususnya Keadilan). Yang paling saya tunggu-tunggu adalah untuk melihat bagaimana DSAI akan menangani masalah seperti penggunaan kalimah Allah di dalam Bible kerana sekiranya Pakatan Rakyat memenangi PRU14 nanti, kita boleh tahu bagaimana DSAI akan menangani isu-isu seperti itu di peringkat nasional. Sekarang DSAI kedudukannya sebagai ketua pembangkang agak terhad. Selain daripada memberi kenyataan akhbar tiada apa lagi yang ketua pembangkang boleh lakukan.
Namun yang demikian Keadilan juga tidak seharusnya meletakkan segala tanggungjawab kepada DSAI. Adalah lebih baik sekiranya Keadilan juga mengetengahkan calon-calon muda sebagai pelapis generasi muda untuk mentadbir dan mengurus negeri. Jangan hairan jika pencalonan DSAI di Kajang mencipta persepsi bahawa Keadilan ketandusan pemimpin berkebolehan kerana terpaksa bergantung harap kepada DSAI untuk hal berkaitan Selangor.
Budaya menyalahkan UMNO
Saya sedikit hairan dengan alasan UMNO adalah punca mengapa DSAI perlu bertanding di Kajang. Alasan bahawa UMNO akan menyerang kerajaan Selangor habis-habisan juga tidak jelas. Rafizi juga menyatakan bahawa DSAI diperlukan di Selangor untuk mengelakkan BN merampas Selangor dengan menguatkuasakan darurat seperti mana yang berlaku di Kelantan pada tahun 1977. Situasi di Kelantan pada tahun 1977 sangat jauh berbeza dengan situasi di Selangor sekarang. PAS pada masa itu adalah parti komponen di dalam BN dan isu pada masa tersebut tertumpu kepada masalah dalaman PAS.
Saya amat yakin kerajaan BN tidak akan dapat merampas BN daripada Pakatan Rakyat dengan menggunakan darurat kerana ADUN BN di dalam Dewan Negeri Selangor hanyalah 12 orang dan Selangor dikuasai oleh Pakatan Rakyat dengan majoriti besar dan kukuh dengan 44 kerusi. Usaha mengisytihar darurat oleh kerajaan persekutuan sudah pasti tidak akan mudah dan rakyat Selangor tidak akan duduk berdiam diri membenarkan kerajaan sah yang diundi rakyat Selangor ditumbangkan dengan cara kotor dan jahat. Berbeza dengan keadaan di Perak pada tahun 2009 di mana 3 orang ADUN Pakatan melompat dan majoriti yang sangat kecil itu menyebabkan kerajaan negeri Perak tumbang pada masa itu.
Budaya menyalahkan UMNO untuk segala-gala masalah di Selangor adalah tidak sihat. Adakah Keadilan ingin menutup isu pertembungan antara Tan Sri Khalid dengan YB Azmin Ali dengan menjadikan UMNO sebagai punca? Alangkah hebatnya UMNO sehingga dapat masuk ke dalam Keadilan dan melaga-lagakan kedua individu besar dan hebat di Selangor. Tidaklah saya pasti sama ada yang masuk ke dalam Keadilan itu individu yang menjadi ahli atau budaya UMNO yang meresap sebenarnya. Saya risau budaya menyalahkan UMNO ini akan menjadi kebiasaan atau habit oleh pimpinan Keadilan untuk menutup kelemahan mengurus masalah sendiri. UMNO memang bermasalah, tetapi menjadikan mereka sebagai punca masalah di Selangor tidak akan membantu menyelesaikan apa-apa masalah dalaman Keadilan sendiri.
Persoalan lebih besar
Soal pembaziran dan kos pilihanraya bukanlah isu utama yang patut berkisar di sebalik kisah Kajang. Pembaziran semasa pilihanraya lazimnya datang dalam bentuk gula-gula janji oleh BN. Pelbagai projek segera bernilai puluhan juta akan diumumkan oleh BN seperti mana amalan biasa BN di PRK-PRK sebelum ini.
Pimpinan Keadilan tidak seharusnya memandang rendah kemampuan berfikir dan memilih rakyat. Ramai yang kesal dengan komen daripada Naib Presiden Keadilan YB N Surendran yang mengatakan bahawa yang mengkritik 'Kajang Move' ini adalah mereka yang tidak faham politik demokrasi. Tidak kurang juga ada penyokong 'Kajang Move' yang mengeji mereka yang mengkritik 'Kajang Move' sebagai bodoh, tidak memahami politik, bukan ahli parti dan sebagainya. Malah isu-isu yang tidak berkaitan seperti Kota Damansara, Semenyih dan sebagainya ditimbulkan untuk merendah-rendahkan pengkritik 'Kajang Move'.
Kegagalan menerangkan hal sebenar tentang 'Kajang Move' ini akan mencalar kredibiliti dan imej Pakatan Rakyat di Selangor. Sokongan rakyat bukan sahaja Kajang malah seluruh Selangor menjadi taruhan besar di sini. Saya setuju 'Kajang Move' akan menjadi game-changer' bagi Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya. Tetapi samada game-changer tersebut bermaksud Pakatan Rakyat akan berjaya atau tidak, akan bergantung kepada bagaimana outcome 'Kajang Move' yang pada saya masih samar-samar dan kurang jelas.
Saya setuju strategi politik kadang-kadang harus dirahsiakan untuk mengelak dibaca oleh parti lawan (UMNO). Pada masa yang sama rakyat juga menuntut kejujuran dan ketelusan daripada pemimpin politik Pakatan Rakyat khususnya Keadilan. Janganlah menyuruh rakyat senyap dan merendah-rendahkan tahap kematangan rakyat. Jika Keadilan rasa rakyat tidak berhak tahu dan hanya harus menurut apa yang sudah dirancang oleh parti, maka tiada bezalah Keadilan dengan UMNO.
p/s: Semoga berjaya DSAI di Kajang!
*BACA JUGA: ISU PENGSTRUKTURAN INDUSTRI AIR SELANGOR
BONUS: Ahmad Maslan Timbalan Menteri Kewangan cuba tunjuk bijak dengan mengatakan hanya anak Selangor dibenarkan menjadi Menteri Besar Selangor:
Malangnya timbalan menteri kewangan yang malas membuat homework sebelum berkata-kata. Rujuk Artikel 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor (1959):
Tiada syarat Menteri Besar harus dilantik di kalangan anak Selangor. Hanya yang berbangsa melayu, beragama islam dan mendapat sokongan majoriti ahli dewan sahaja. Jangan malas wahai menteri.
No comments:
Post a Comment