Oleh: Norman
Dengar saja tentang GST perkara pertama yang akan terlintas di kepala kita sudah pastilah tentang kenaikan harga barang disebabkan cukai yang dikenakan kerajaan. Memandangkan pada PRU13, BN kekal dipilih sebagai kerajaan pelaksanaan GST mungkin akan terjadi dalam tempoh masa setahun atau dua tahun daripada sekarang. Walaubagaimanapun sebagai rakyat yang matang kita haruslah memahami sesuatu isu tersebut sebelum kita membangkang apa sahaja dasar yang dibawa kerajaan.
Setelah menerima maklumbalas daripada laman media sosial Twitter dan FB saya simpulkan ramai yang sebenarnya tidak faham tentang apa itu sebenarnya GST, bagaimana GST dilaksanakan dan juga kesan GST terhadap harga barang dan perkhidmatan. Saya tidak menyalahkan kawan-kawan semua kerana kerajaan juga tersilap langkah apabila penerangan tentang GST tidak dibuat secara menyeluruh malah peluang menerangkan GST melalui media perdana seperti suratkhabar, tv & radio disia-siakan kerajaan apabila ia hanya digunakan untuk menghentam pembangkang, menabur fitnah dan terbaru membangkitkan semangat perkauman. Sebelum membaca artikel ini saya minta kawan-kawan tinggalkan politik partisan, buka mata dan hati supaya kita faham apa itu sebenarnya GST.
CUKAI DI MALAYSIA
Terdapat dua jenis cukai utama yang dikenakan kepada rakyat Malaysia yang pertama cukai pendapatan (income tax) yang termasuk dibawah kategori cukai langsung (direct tax) dan yang kedua cukai penggunaan (consumption tax) yang termasuk dibawah cukai tak langsung (indirect tax). Cukai pendapatan adalah cukai yang dikenakan keatas segala pendapatan termasuk gaji, bonus, hadiah, komisen, dividen dan sebagainya. Manakala cukai penggunaan dikenakan keatas barangan yang dibeli atau perkhidmatan yang kita gunakan. GST terletak dibawah kategori cukai penggunaan (consumption tax).
APA ITU GST DAN SST?
GST adalah 'Goods and Services Tax' atau cukai barangan dan perkhidmatan. Selama ini kita rakyat Malaysia membayar SST iaitu 'Sales tax and Service tax' atau cukai jualan dan cukai perkhidmatan. SST kebiasaannya dikenakan ke atas bil telekomunikasi, internet, ASTRO, tiket wayang, tiket parking, barangan di supermarket, KFC, McD, Pizza pada kadar 6% untuk cukai perkhidmatan (service tax) dan 10% untuk cukai jualan (sales tax). Anda boleh merujuk bil atau resit setiap kali anda membuat bayaran bil telefon, ASTRO, selepas membeli belah di Tesco, Jusco, Giant dan sebagainya semuanya ada tertera jumlah dan peratusan SST yang dibayar.
GST yang dicadangkan kerajaan Malaysia pada tahun 2009 adalah pada kadar 4% menjadikannya lebih rendah daripada SST pada kadar 6%-10%. Jadi apa bezanya GST dan SST? Pelaksanaan GST merangkumi segala jenis barangan dan perkhidmatan yang ada di Malaysia termasuk barangan yang diimport mahupun yang dibuat dibuat di Malaysia. GST akan mengenakan cukai pada setiap lapisan peringkat bekalan barangan dan perkhidmatan contohnya dari pengilang (manufacturer), pemborong (wholesaler), peruncit/kedai (retailer) hinggalah kepada pengguna (end-customer). Cukai GST ini akan dikutip setiap kali transaksi berlaku dan penjual akan mengutip cukai daripada pembeli mengikut rantaian bekalan tadi. Walaubagaimanapun 4% itu adalah kadar tetap dan tiada cukai berganda (multiple taxes). SST pula kebiasaannya dikenakan kepada pelanggan yang membeli barangan daripada kedai/peruncit dan terdedah kepada cukai berganda. Pelaksanaan SST juga tidak menyeluruh menjadikan ia tidak saksama. GST juga adalah bertujuan menggantikan SST sebagai salah satu pembaharuan sistem percukaian. Ini bermakna SST akan dimansuhkan sebaik sahaja GST dilaksanakan.
PELAKSANAAN GST
Idea melaksanakan GST ini mula dibincangkan pada tahun 2007 dan pada mulanya dijadualkan untuk dilaksana pada tahun 2009 kemudiannya ditangguh atas sebab pilihanraya dan juga atas sebab kurangnya pemahaman tentang GST dikalangan rakyat Malaysia. Kemudiannya rang undang-undang GST dibaca diparlimen buat kali pertama pada tahun 2009 dan dijadualkan dibaca untuk kali kedua pada 2010 namun ia ditangguhkan juga atas sebab-sebab yang sama. Anda boleh merujuk keratan berita dari Berita Harian tentang jadual bacaan rang undang-undang GST di sini: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2013011405244620130114052446/Article/index_html.
GST yang dicadangkan kerajaan adalah pada kadar rata 4% untuk SETIAP barangan dan perkhidmatan WALAUBAGAIMANAPUN kerajaan akan mengecualikan GST ke atas barangan seperti makanan asas beras, gula, tepung, pengangkutan awam seperti tiket bas, komuter, LRT dan juga barangan seperti ubat-ubatan dan sebagainya. Dengan pengecualian ini kesan kenaikan harga ke atas barangan dan perkhidmatan asas adalah minima (atau tiada). Perkara ini ada dinyatakan di laman web Kastam DiRaja Malaysia tentang GST:
KEPERLUAN MELAKSANAKAN GST
GST perlu dilaksanakan untuk meluaskan kadar kenaan cukai kepada semua individu dan perniagaan di Malaysia lalu menambah pendapatan kerajaan secara tidak langsung. GST juga akan menutup kelemahan pengurusan cukai SST seperti cukai berganda, lari daripada cukai (tax evasion) dan sebagainya. Untuk pengetahuan kawan-kawan daripada jumlah penduduk (populasi) seramai 28 juta di Malaysia kurang daripada 10% membayar cukai pendapatan manakala daripada keseluruhan tenaga buruh (workforce) seramai 11 juta di Malaysia peratusan yang membayar cukai pendapatan (income tax) adalah lebih kurang 25%. Rujuk taksiran pembayar cukai bermastautin daripada perangkaan tahunan negara:
Bermakna mereka yang membayar cukai pendapatan adalah sedikit jika dibandingkan dengan mereka yang menerima manfaat daripada kerajaan seperti BR1M, BB1M dan segala bentuk jenis subsidi yang lain. GST akan menjadikan setiap lapisan masyarakat sama ada miskin, sederhana atau kaya membayar cukai untuk menyumbang kepada pendapatan kerajaan.
Bermakna mereka yang membayar cukai pendapatan adalah sedikit jika dibandingkan dengan mereka yang menerima manfaat daripada kerajaan seperti BR1M, BB1M dan segala bentuk jenis subsidi yang lain. GST akan menjadikan setiap lapisan masyarakat sama ada miskin, sederhana atau kaya membayar cukai untuk menyumbang kepada pendapatan kerajaan.
GST TIDAK ADIL KEPADA ORANG MISKIN?
GST nampak tidak adil kepada mereka yang berpendapatan rendah kerana mereka terpaksa membayar cukai pada kadar yang sama seperti mereka yang berpendapatan tinggi. Oleh sebab itu kerajaan disamping melaksanakan GST perlu memperkenalkan pakej atau program seperti bayaran tunai atau rebat kepada mereka yang berpendapatan rendah. Program sekarang seperti BR1M boleh dijadikan contoh tetapi pelaksanaannya perlulah teliti dan lebih sistematik agar bayaran tunai untuk menangani kos GST tidak tiris dan terdedah kepada penyelewengan (contohnya: orang yang tidak layak juga terima BR1M).
Konsep cukai penggunaan (consumption tax) seperti GST adalah semakin banyak anda membeli barang atau menggunakan perkhidmatan semakin banyak cukai yang dibayar. Bermakna anda boleh mengawal perbelanjaan anda secara berhemah dan berjimat. Mereka yang berpendapatan tinggi akan membayar cukai lebih tinggi apabila mereka berbelanja lebih berbanding mereka yang berpendapatan rendah hanya akan berbelanja mengikut kemampuan mereka. Program bantuan tunai daripada kerajaan akan mengurang kesan GST kepada mereka yang berpendapatan rendah.
KESAN GST
GST jika dilaksanakan seperti di negara lain contohnya Singapura, apabila GST dilaksanakan kadar cukai pendapatan (income tax) akan dikurangkan secara berperingkat. Ini akan memberi kesan positif kepada pembayar cukai pendapatan di mana mereka akan ada lebih pendapatan boleh guna (disposable income) untuk dibelanja atau disimpan. Walaubagaimanapun kerajaan Malaysia masih belum bercadang untuk mengurangkan kadar cukai pendapatan, mungkin ia akan dimaklumkan kemudian hari. GST juga secara tidak langsung akan menggalakkan rakyat menyimpan untuk pelaburan dan berbelanja secara berhemah dan jika perlu sahaja.
Mengenai kerisauan dikalangan kita bahawa GST akan meningkatkan harga barangan, memang ia tak dapat dinafikan yang ada sesetengah barangan akan naik harga TETAPI ada juga barangan yang akan turun harga setelah kadar GST 4% ini dilaksanakan kerana sebelum ini SST 6-10% dikenakan maka ada penguranagan kadar cukai disitu. Harga KFC, tiket wayang, bil telco akan berkurang sedikit manakala barangan yang tidak dikenakan cukai SST sebelum ini seperti barangan elektrik, komputer dan sebagainya akan meningkat sedikit. Kita perlu perbetulkan pemahaman dan salahfaham mengenai konsep GST sebelum menganggap ia semata-mata akan menaikkan harga barang.
Kerajaan juga akan membentuk jawatan kuasa yang memantau serta mengawal kadar kenaikan harga barang agar kenaikan harga barang tidak mendadak dan peniaga tidak akan mengutip untung berlebihan:
BAGAIMANA GST DIKUTIP
Kutipan GST melibatkan kutipan di setiap rantaian bekalan dari pengilang, pemborong, peruncit sehinggalah pembeli/pengguna. Setiap kali transaksi berlaku di dalam rantaian bekalan pemborong dan peruncit yang mengutip GST akan menuntut balik input cukai GST yang dikenakan (standard-rated supplies). Contoh kutipan dan tuntutan balik input cukai dalam rantaian bekalan:
Berikut pula adalah contoh kutipan dan tuntutan balik input cukai dengan harga dan nilai kutipan:
Di atas adalah GST yang dikutip mengikut "Standard-rated supplies". Untuk "Zero-rated supplies" dan "exempt supplies" sila ke laman web kastam untuk penerangan lanjut.
Kutipan GST melibatkan kutipan di setiap rantaian bekalan dari pengilang, pemborong, peruncit sehinggalah pembeli/pengguna. Setiap kali transaksi berlaku di dalam rantaian bekalan pemborong dan peruncit yang mengutip GST akan menuntut balik input cukai GST yang dikenakan (standard-rated supplies). Contoh kutipan dan tuntutan balik input cukai dalam rantaian bekalan:
Berikut pula adalah contoh kutipan dan tuntutan balik input cukai dengan harga dan nilai kutipan:
Di atas adalah GST yang dikutip mengikut "Standard-rated supplies". Untuk "Zero-rated supplies" dan "exempt supplies" sila ke laman web kastam untuk penerangan lanjut.
SALAHFAHAM KEBELAKANGAN INI
Kebelakangan ini tersebar tentang 'GST' telah dilaksanakan melalui penyebaran gambar ini:
GST yang dimaksudkan diatas adalah 'government service tax' pada kadar 6% dan bukannya Goods and Services Tax pada kadar 4% yang dicadangkan. Sepatutnya Tesco Extra menulisnya sebagai SST atau Service Tax dan bukannya GST untuk mengelakkan kekeliruan seperti diatas. GST 4% akan menggantikan cukai perkhdimatan 6% ini.
Cukai perkhidmatan diatas sebelum 2011 adalah pada kadar 5% kemudiannya dinaikkan kepada 6% berkuatkuasa 1 Januari 2011. Rujuk: http://kms.customs.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=99:info-untuk-umum--cukai-perkhidmatan&catid=39:cdnk&Itemid=94
Cukai perkhidmatan diatas sebelum 2011 adalah pada kadar 5% kemudiannya dinaikkan kepada 6% berkuatkuasa 1 Januari 2011. Rujuk: http://kms.customs.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=99:info-untuk-umum--cukai-perkhidmatan&catid=39:cdnk&Itemid=94
PENDAPAT PERIBADI
Di atas saya telah menerangkan konsep, pelaksanaan dan kesan GST kepada kita semua. Jika anda bertanya kepada saya secara peribadi, saya menyokong pelaksanaan GST ini dengan syarat kerajaan meningkatkan kecekapan pengurusan jabatan-jabatan yang terlibat, pemantauan teliti untuk mengelakkan pengguna ditekan atau ditipu peniaga dan penerangan yang lebih jelas kepada rakyat keseluruhannya. Kerajaan juga perlu memperkenalkan pakej atau program yang lebih mampan untuk menangani kesan GST kepada golongan berpendapatan rendah, miskin dan miskin tegar. Pelaksanaan GST tidak boleh dilaksanakan dengan terburu-buru dan perlu diadakan tempoh percubaan (trial period) sepertimana ia dijalankan di negara lain. Disamping itu kerajaan juga sepatutnya menurunkan cukai pendapatan dan juga meningkatkan pendapatan seisi rumah untuk menangani kesan langsung daripada GST.
KEMASKINI (25 OKTOBER 2013)
Sempena Bajet 2014 yang diumumkan, kerajaan bakal melaksanakan GST pada kadar 6% dan bukan pada kadar 4% seperti yang dibaca di dalam parlimen pada tahun 2009. Ini bermakna kadar cukai GST yang akan menggantikan cukai SST sedia ada adalah sama untuk cukai perkhidmatan (Service Tax) 6% dan lebih rendah daripada cukai jualan (sales tax) 10%. Seperti yang diterangkan diatas kedua-dua cukai jualan dan perkhidmatan ini akan dimansuhkan dan digantikan dengan GST. GST juga akan dilaksana bermula 1 April 2015 iaitu kira-kira 17 bulan dari sekarang untuk menyediakan agensi kerajaan & perniagaan mengemaskini sistem percukaian sedia ada. Walaubagaimana pun masih belum ada senarai barangan dan perkhidmatan yang lengkap yang akan dikategorikan di dalam zero-rated dan juga barang dan perkhidmatan yang akan dikecualikan daripada GST kecuali beberapa barangan dan perkhidmatan asas seperti makanan, kesihatan, pengangkutan awam, perkhidmatan kerajaan yang disebut Perdana Menteri dalam ucapan bajet beliau. Sila ke http://oskortos.blogspot.com/2013/10/gst-6.html untuk artikel berkenaan GST 6%.
KESIMPULAN
Saya seorang individu yang pro-Pakatan Rakyat sebenarnya berkongsi kerisauan dengan kawan-kawan tentang cara kerajaan membelanjakan wang cukai yang dikutip. Lihat sahaja berbillion ringgit bocor, tiris dan dibazirkan setiap tahun seperti mana yang digambarkan didalam laporan ketua audit negara. Ini sahaja kerisauan kita bukan? GST adalah dasar yang baik tetapi bolehkah kerajaan dibawah BN membelanjakan wang kita dengan baik dan adakah rakyat akan mendapat faedah ke atas cukai yang dibayar nanti?
Didalam tempoh 5 tahun ini suka atau tidak GST tetap akan dilaksanakan. Bezanya kita sebagai rakyat perlulah memahami konsep GST itu sebelum kita membangkang membuta tuli tanpa fakta dan asas. Nak jadi pembangkang jadi pembangkang yang bijak, mahu jadi macai jadi macai yang cerdik. Harga barang naik atau mahal bukan disebabkan cukai, ia disebabkan monopoli dimana bekalan atau supply barangan dipegang oleh orang-orang tertentu sahaja. Ini yang patut kita tentang dan bangkang. Beras dan gula semuanya dipegang orang yang sama. Jadi mari sama-sama kita tolak monopoli dan favoritisme oleh kerajaan kepada tokey-tokey tertentu. Buka pasaran untuk persaingan sihat supaya akhirnya kita berada dalam situasi menang-menang. Rakyat untung, peniaga untung.
Tambahan: Sesetengah restoran atau perkhidmatan mengenakan service charge 10% yang mana kutipan ini tidak ada kena mengena dengan kerajaan. Jika GST dilaksanakan service charge ini mungkin kekal. Ada beza service charge dan service TAX. Klik di sini untuk penerangan lanjut.
p/s:
1. Dah habis baca artikel saya sebarkan pada kawan-kawan di Facebook, di pejabat, kepada keluarga dirumah.
2. Jangan merungut sangat, siapa suruh undi BN? :P
3. Sebarang soalan boleh diajukan di ruangan komen atau di Twitter saya.
4. Bacaan lanjut tentang GST oleh Kastam: http://gst.customs.gov.my/ms/Pages/default.aspx
4. Bacaan lanjut tentang GST oleh Kastam: http://gst.customs.gov.my/ms/Pages/default.aspx
5. Bacaan rang undang-undang GST jika anda rajin membaca: http://gst.customs.gov.my/ms/rg/SiteAssets/gst_bill/gst%20act%20bill.pdf
Disclaimer: Artikel ini bukan ditulis untuk menyokong kerajaan. Ia hanya semata-mata untuk menerangkan beza SST dan GST dan juga pemahaman secara dasar tentang GST.
so kalau lepas GST ni dilaksanakan, SST pon kena bayar jugak la? kalau macam tu dah bape banyak percent daa tu??
ReplyDeleteGST = 4%
Sales Tax = 6%
Service Tax = 10% (certain place)
macam tu?? So wajib bayar at least 10%??
SST dimansuhkan. GST itu diperkenalkan untuk ganti SST.
Deletemasalahnya....ada ke orang yang kebuluq nak makan KFC hari2.....ada ka orang yang ketagih nak tgk wayang ari2....bil setiap bulan kena bayaq! gaji haram tak nak naik! cukai meningkat...yang miskin terus minkin..yang kaya semakin kaya. TQ
DeleteBro, baca dgn hati yg terbuka
Deletethanks for the info.... hurmm... tp kesian jugak la kepada waris dan keluarga Arwah Pengarah Kastam yg ditembak tu.... adakah ia satu konspirasi??
Deletegaji yg brpendapatan rm3000 ke atas akan dikurangkan jika GST dilaksanakan.. dan yg berpendapatan rendah akan dpt manfaat drpd lebihan cukai GST.. sistem cukai GST ni bagus.. tp yg jd x bagusnya kalau yg melaksanakan tu x bagus.. harap2 kerajaan Malaysia yg 'sekarang' ni dpt menguruskannya dgn baik.. :)
Deletestuju dengan MKR.
DeleteActually ada pro dan kontra..
Perbahasannya perlu ditelitikan oleh mereka yang pakar.
Macai PKR mcm tu la, klu ko taknak GST beli barang basah kat pasar malam, tak kena GST pon la.
DeleteGaji tak naik pegi la tukar keje, itu masalah ko sendiri la kan.
Kan dah kata sst di mansuhkan
ReplyDeletesaya tak cerita details kemana duit disalur sebab itu kompleks. artikel ini bekenaan pemahaman konsep GST. yang saudara maksudkan 6% dan 10% adalah SST sedia ada dan bukan GST yang mahu dilaksanakan. jika GST dilaksanakan, service tax McD akan turun kepada 4%.
ReplyDeleteTerima kasih atas info. Kalau saya boleh buat kesimpulan ringkas GST ianya seperti berikut kah?
ReplyDeleteTin sardin + 4%GST
Label Tin + 4%
Sardin proses + 4%
= Harga kos + margin untung
= Harga jualan kpd pengguna.
ARTIKEL ANDA AKAN LEBIH BERFAKTA JIKA DIMASUKKAN AKTA APA YANG GOVERN PASAL SERVICE TAX.. PEOPLE SEEMS TO MISUNDERSTOOD ABOUT SERVICE TAX AND INCOME TAX..ACTUALLY BOTH OF THAT ARE GOVERNS BY DIFFERENT MINISTRY AND LAW IE. LHDN DAN KASTAM DAN EKSAIS
ReplyDeleteartikel ni khusus untuk GST. berkenaan income tax dah diterangkan bezanya diatas. tak perlu cerita lanjut.
Deletetak, itu cukai berganda (multiple taxes), kos cukai 4% akan di'pass' kepada customer. tak payah fikir sampai ke situ. pemahamannya 4% dikenakan oleh penjual, pembeli terima 4% cukai dan salur pada kerajaan. kiraannya kompleks nanti saya tunjuk dan tambah di artikel ni.
ReplyDeleteSoalan yg legit.harap OP boleh jawap.
ReplyDeleteLagi satu persoalan,
Akibat implementasi GST di setiap peringkat, adakah senario berikut akan berlaku?
Senario : Penjual dedak terpaksa menaikkan harga bagi menampung GST sewaktu pembelian jagung, penternak ayam terpaksa menaikkan harga bagi menampung GST dan harga dedak yg naik, Pembeli ayam terpaksa menaikkan harga bagi menampung GST dan harga yg dinaikkan penjual ayam.Kfc terpaksa menaikkan harga bagi menampung GST dan harga penjual ayam.Kite yg terjebak!hahaha
Adakah domino effect ini akan berlaku? atau kawalan kerajaan diperlukan bagi mengelakkan bende camni berlaku?
Mangkuk.... sama la.. GST asalnya kpd Perkhidmatan (service - 5%). Kemudian waktu perkenal GST naik kpd 6%. Oleh kerana bantahan dicadangkan utk turun ke 4%. Tapi belum implement lagi sbb tunggu PRU. Hanya GST ke atas barangan belum dikenakan, tetapi ke atas perkhidmatan telah dikenakan dgn kadar 6% (mengikut kadar asal).
ReplyDeletesebelum kata orang mangkuk baca dulu pasal SST. yang 6% sebelum ini 5% itu service tax (termasuk SST). konsepnya sama tapi bukan GST yang belum dilaksanakan pada 4%.GST belum digubal sbg akta. baca dulu jangan terus memangkukkan orang lain: http://www.bharian.com.my/articles/PelaksanaanGSTditangguh/Article/
Deletebezakan juga SST dgn GST. semoga lebih bijak dan tidak bodoh.
Hang mmg benar2 mangkok...
DeleteNah baca rang undang2: http://gst.customs.gov.my/ms/rg/SiteAssets/gst_bill/gst%20act%20bill.pdf
GST adalah penggabungan cukai jualan dan cukai perkhidmatan(SST ikut istilah hang), di bawah satu struktur cukai. Selepas GST diperkenalkan, undang-undang utk cukai jualan dan cukai perkhidmatan dimansuhkan, kerana telah digabungkan dlm GST.
SST = GST
Sebab itu dlm resit diorg letak2 GST... bukannya SST sebab sama sahaja. Dalam kata lain GST dlm urusniaga perkhidmatan telah lama berlangsung. Kadar asalnya 5%, kemudian dinaikkan 6%, dan bila dikuatkuaskan GST, 4%.. dh boleh dinaikkan atau turun ikut kehendak menteri.
Apa yg berlaku sekarang, dlm perkhidmatan adalah penguatkuasaan cukai perkhidmatan berleluasa kerana threshold jualan rendah yg dikenakan cukai rendah. Dulu bayar parking cuma RM1.00 kalau sekarang RM5.00 mana tak cecah threshold.
nilai threshold ini tidak mengikut kadar kenaikan inflasi dan tidak dipinda oleh kerajaan (lagi byk yg cecah lagi byk cukai)
Tapi bila ada GST lagi teruk, sbb tiada threshold dan semua jenis transaksi dikenakan.
Struktur cukai bagi perkhidmatan dibawah akta sekarang dah stabil, sbb itu perlaksanaannya lancar.
Tapi struktur cukai bagi barangan sangkut sbb byk isu. termasuklah multiple tax structure... bayangkan cukai dikenakan di setiap urusniaga, pengkilang kdp pembekal, pembekal kpd pemborong, pemborang kpd peruncit, peruncit kpd pengguna.... Itu sbb sangkut
GST bagi barangan.... sangkut!
GST bagi perkhidmatan... sedang berjalan dbg SST dgn kadar 6%
yang ulang point kenapa? betul la mansuh SST ganti dengan SST. haha.
Deleteapa yg hanif ckp tu cuma separuh betul. mmg di peringkat pengeluar, pengilang, pemborong dikenakn cukai. tp pd setiap level, mereka boleh claim semula cukai itu drpda kerajaan. oleh itu, cukai tidaknk akn mnjadi kos. cukai akhir hanya akn dibyr oleh pengguna. cukai tidak akn berganda. sila rujuk laman web gst utk lebih lanjut.
Deleteterima kasih kama. bincang dengan baik macam ni kan bagus? GST ni luas ada input, output, credit free etc. ini hanya penerangan asas sahaja.
DeleteAku tak kira la pa nya GST ke SST ape pun balanya ada pada rakyat. Hang2 yg gaji berkoyan-koyan senang la cakap nak orang paham konon. Yg paling tepat kerajaan sekarang tak mesra rakyat. maksudnya patut sebelum nak laksanakan sesuatu yg membebankan kene la kurang beban yg sedia ada. Berganda ke tak ke yg kene rakyat. Kalau gaji RM1000 - 6% cukai dah jadi RM940 ape yg susah nak kira setiap bulan gaji dah menyusut 6%, seabab berlaku je process jual beli GST ada disitu so WHAT?. Tu tak campur orang ambil kesempatan dengan GST akan naik harga barangan, bila tanya KENAPA NAIK? GST MA sape nak kuliahkan peniaga2 tu sume. Siapa boleh kawal? sebelum ada GST pun tak terkawal.
DeleteThreshold for gst nnt rm 500k yek untuk makluman semua..so bkn semua brg dan perkhidmatan akn kena gst.. Dan satu mekanisme yg pling penting dlm gst nnt ialah input tax credit, yang akn mengelakkan kos pengeluaran Dan harga brg akhir menjadi tinggi.. Nak tau ape tu itc (input tax credit) tlg Baca dlm portal rasmi gst msia
Deleteini ker mksd GST ni... tax yg impose effect pd company profit dimana dinyatakan berapa yang ptt company kne byr tax pd goverment supaya tak leh lari dr byr tax.
ReplyDeleteservice tax pula tax yang impose kepade rakyat... yg mn selama ini compony duk kutip2 konon untuk alihkan tax yang ditanggung dr company kpd pengguna.. at the end company duk lari dr byr tax. gov jugak yg rugi.
kesimpulan: GST sepatutnya tidak effect pd bil kita. hnya SST yg effect.
kesan : peniaga nih mcm mn pon nak untung gak.. so die naik kan harga brg...then kita kne balik jugak...
betul GST nak elakkan daripada lompang orang lari membayar cukai termasuk pembekal, peniaga dan peruncit. terima kasih bro kerana faham maksudnya. pengguna akan bayar 4% dari harga barang yang peniaga jual. itu sahaja.
DeleteAdakah maklumat GST ini disampaikan pada orang2 kampung/luar bandar melalui media cetak/elektronik? Saya bimbang jika ada peniaga yang mengambil kesempatan atas kejahilan pengguna. Ada baiknya diadakan kempen menerangkan GST pada rakyat sebelum ianya dilaksanakan sepertimana mewar2kan BRIM, BLIM dan sebagainya
Deleteitu sebab saya cakap kerajaan gagal menerangkan maklumat ini dengan berkesan. sibuk serang pembangkang pakai suratkhabar dan tv. ramai orang tak faham.
Deletepada hemat saya elok ditangguhkan sampai betul2 orang faham. nak elak kenaikan harga barang mendadak.
Tipu la GST tak da effect pada kite. Kalau saya berniaga. Kos operasi meningkat sebab cukai siapa yg nak tanggung? Saya? no no no no. Jadi cukai lebihan tadi saya akan salurkan pada pengguna. Orang tanya senag je cakap GST?
DeleteAs Salam,
DeleteThank you bro atas penerangan pasal GST. Kalau ada info pasal kelompangan syarikat membayar SST boleh share sikit tak mana contoh kelompangan. Kalau ada syarikat lari cukai dalam scheme SST, ada tak kemungkinan syarikat juga akan cuba untuk tidak membayar GST. TQ
ini salah satu konsep yang orang salah faham mengenai GST. ini cukai berganda. lagipun pembekal ayam tak payah kutip GST kerana takde orang jual ayam dengan turnover sales nya lebih RM200ribu. banyak lagi tentang GST yang orang salah faha. ada pengecualian dan syarat tertentu sebelum GST boleh dikutip oleh pemborong, peruncit dan pengeluar.
ReplyDeleteMenurut encik SST akan dimansuhkan sekiranya GST 4% dilaksanakan. Maknanya selama hari ni klu sy amek cotoh, sy makan di pizza hut, sy perlu bayar 6% (utk good & service tax) & 10%(utk sales & service tax SST). All this while saya byr berdouble2 utk perkara yg sama??? Ya Allah nyekik nya laaaaaaa! Utk sekian lama! Mmg susahla rakyat nak terima. Ibarat faham nya kite ubat gigi tu colgate wlupon jenama lain yg dipakai??
ReplyDeleteAdakah benar kedua-dua sales tax dan service tax akan dihapuskan? pada pemaham asal saya hanya sales tax akan dihapuskan, jadi effective tax di tempat sebegini akan jadi 10% sahaja.
Deletepenerangan kastam akan hal ini adalah 4% menggantikan SST 6% dan 10%
Deleteboleh rujuk: http://gst.customs.gov.my/en/cp/Pages/cp_imp.aspx
Deletejuga ada beza tentang service tax yang dikenakan kerajaan dan service charge yang dikenakan restoran itu sendiri. service charge masuk dalam kewangan restoran bukan kerajaan.
DeleteKlu mcmtu bimbang akan wujud pula salah faham ttg service tax & service charge. Takut nnt ada kdi mkn especially yg sewenang2 mengenakan kedua2nya sekali. Perlu ada garis panduan utk pengguna paham ttg ini.
Deletebukan sekadar sekadar2 je kedai jual goreng pisang tepi jalan pun akan naikkan harga jugak Alasan kos operasi meningkat bang GST kan dah start. tak penting pun orang paham ke tidak. YG penting boleh buat untung dari situ. Sape nak pantau? kawalan harga sekarang berkesan ke?
DeleteSaya xfaham sepenuhnya,tapi saya faham kerajaan cuba juga untuk xmembebankan (since hutang dh byk, apa lagi bleh buat), apapun saya seronok baca artikel yang tersusun, beretika dan penuh maklumatnya (jgnlah tuan sedih, tuan tidak mangkuk, tuan org yg cerdik)
ReplyDeletelolol tak sedihlah. cuma suruh baca betul2 dan faham. bukan kerajaan cuba untuk tak membebankan, kerajaan yang tak bagi penerangan dengan baik sampai orang salah faham tentang GST. lagi satu kita risau tentang bagaimana kerajaan belanjakan duit cukai kita melihat kepada pembaziran dan kebocoran kewangan negara selama ni.
Deletelolol.. laka2 la.. haha
Deleteini apa yang saya faham, GST ni adalah untuk menggantikan SST. Sebab kerana people are running away for paying taxes. GST ni dikenakan menyuluruh supaya diorg tak terkecuali daripada SST, and somehow once GST is implemented, SST rate will be reduced. The more u spend the more u will be taxed by GST. is this correct?
ReplyDeletebetul tu. tapi GST yang dilaksana nanti akan terus menggantikan SST. bukan SST dikurangkan.
Deletemcm mn dgn pelaksanaan GST yg 7% melebihi jangkaan awal iaitu 4%??..adakah harga barang akan naik..dan selaku rakyat kita dpt benefit ke..mcm ne ngn student..diorg pn pengguna jgk??..
DeletePada pendapat anda patutkah kerajaan mengenakan GST kepada para pelajar yang masih belum berkerja??? Kerana Pelajar juga secara tidak lansung akan menjadi pengguna dan cukai ini akan dikenekan kepada setiap pengguna.. Malah Kak Mahasiwa yang diberikan hanya terhad penggunaanya..
ReplyDeleteBB1M bernilai Rm 250 o.o tapi buku yang dibeli oleh pelajar kebanyakanya versi international.. ini menyebabkan harga buku mencecah minimum RM50.. nanti harap2 kari x beralas perut dengan buku.. koyak page buat sup makan sarapan sup muka buku(facebook)
ReplyDeleteini juga hal yang tidak dinyatakan kerajaan. saya faham concern anda, sebab itu pelaksanaan GST tidak boleh tergesa-gesa dan perlu dikaji sebaiknya.mengikut undang2 setiap barangan dan perkhidmatan akan dicukai oleh GST. maknanya siapa sahaja yang membeli termasuk pelajar akan membayar GST ini.
ReplyDeleteboleh tak bagi link untuk list barang2 yang tidak dikenakan cukai. Nak tengok list barang sebab saya ni orang berpendapatan sederhana. biasanya beli barang2 untuk masak. jarang lah makan kat KFC. kalau makan kat luar pun makan ka warung atau gerai2. saya bimbang kalau tiba2 barang macam sos, kicap, nugget, sayur, ayam, ikan naik harga, maka perbelanjaan bulanan saya mesti naik. then harga kat warung2 ni pun mesti naik sebab harga barang naik. sebab apa yang saya faham mereka ni tak pernah bayar SST. bila ada GST mereka pun akan terlibat sekali. mohon untuk bagi link.
ReplyDeletebelum dimuktamadkan, selepas ia digubal menjadi akta kementerian kewangan akan tetapkan barangan yang akan dikecualikan. secara umum adalah makanan asas, perkhidmatan awam seperti pengangkutan awam bas, LRT, komuter dan sektor perubatan.
Deletethanks for this info~
ReplyDeleteRegards, www.lonelyreload.com (A Growing Teenager Diary)
Fahaman saya GST skrg ini hanya 6% (bagi syarikat ianya lebih dikenali cukai kastam). Bagi saya GST ini skrg tidak begitu melibatkan rakyat kecuali syarikat-syarikat. SST ini yg byk melibat rakyat jika kita mengguna atau beli. Jadi GST ini yg dicadangkan 4% masih ditangguh dan SST pula adakah dimansuh atau kekal atau dijadi satu cukai yg akan dipanggil GST? Please correct me if I'm wrong
ReplyDeleteGST sekarang bukan Goods and Services Tax. itu Government Service Tax. GST masih belum dilaksanakan dan masih dibaca & dibahas di parlimen. 6% adalah SST. saya ada tulis diatas.
ReplyDeletedunia berputar dan otak manusia pun semakin geliga berputar... tapi, semakin geliga otak, semakin banyak "putar" akan tercipta... be simple & direct is good enough to make everybody understand & accept... hakikat, GST membawa kepada pemerdagangan semua benda/kerja di atas mukabumi milik ALLAH ini... contohnya: nikah/kahwin adalah suatu ibadah > sebelum nikah kena kursus kahwin > nak nikah kena ada 1 lelaki + 1 perempuan + 1 kadi/wali + 2 saksi > bercampur plak ngan adat melayu ada hantaran = servis + servis + barangan... kesimpulan, nak buat ibadah akan dikenakan >>> GST <<<
ReplyDeletep/s: bila bumi ni berputar dari arah yg bertentangan, itu tanda akhirat..
petikan: “Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” - Surah az-Zariyat: ayat 56.
jadi mahu buat apa? teruskanlah berdo'a. :)
DeleteISLAM is the way of life.
DeleteKaji dan formulasikan ajaran Islam.
Al-Quran dan Sunnah jadi panduan, bukan jawapan drpd saya yg daif.
baiklah akhi.
Deletekursus kawin takkan dikenakan GST...
Deletebayar RM8- diam2 sudah... nak murah amik orang filipin buat bini. dapat pahala mengislamkan orang kafir lagi. cantik pon cantik. apa benda la ko nak merepek pasal kawin pulak kat GST ni.
Islam dah ajaq cara elok..orang kaya keluarkan zakat..kerajaan pun dapat sikit rakyat yang miskin pun terbela...Apa nama GST,SST,tah apa TTT lagi nie semua cara Yahudi...sebab itulah kita kena kembali pada manual manusia yang asal iaitu Al Quran dan Hadis Nabi saw.
ReplyDeletebenar ya akhi, yahudi telah mempengaruhi segala aspek perjalanan hidup seharian kita. jadi saya bercadang kita tidak membayar cukai sehinggalah Imam Mahadi kembali di akhir zaman nanti. zaman itu masyarakat akan hidup di bawah sistem khilafah islam yang sempurna ya akhi. sama-sama kita tunggu. takbir!
Deleteyang kat bahagian p/s no 2. tu yang xtahan... "Jangan merungut sangat, siapa suruh undi BN? :P", bhahaha.. sungguh tajam lagi terkesan sungguh ayat anda... :p
ReplyDeletehaha itu realiti. kalau pakatan rakyat menang GST mungkin ditangguhkan lambat lagi sehingga rakyat betul2 bersedia. bila BN dah menang jangan la merungut banyak sangat.
Deletecuba memahami topik ini dan telah menulis untuk disebarkan kepada pembaca blog berpandukan kepada entri ini di sini http://www.kujie2.com/pengetahuan-am/apa-itu-gst.html
ReplyDeleteSilalah betulkan apa yang salah atau beri pencerahan untuk lebih memahami
Terimakasih
laki aku buat sisitem gst ni kat kastam..tah tahun bila daa...yang untungnya pelancong asing sbb d.org leh refund balik duit tu...kerajaan nak menggalakkan pelancong luar dtg msia..kesian golongan pertengahan..dahla brim tak dapat,tax beribu kena bayar,,beli barang keperluan pun kena bayar.....gaji bukan banyak mana pun.....
ReplyDeletekenapa laki awak boleh buat GST sedangkan GST belum digubal menjadi akta dan masih diperingkat pembacaan di parlimen? adakah ia SST?
DeleteTq so much.
ReplyDeleteSo skrg yg sy fhm berlaku slh fhm GST (Goverment Service Tax).
So, maknanya GST yg akan dibuat lebih baik tetapi SST perlu mansuh and Income Tax diturunkan berperingkat.
Sistem utk pembekal ape sume tu redeem balik perlu telus & BR1M jgk kena telus.
1 lagi cdgn, utk students elok jugak hapuskan interest PTPTN atau terus bg pendidikan percuma.so isu GST pd students selesai.
Btol ke ape yg sy fhm?
BN tak menjanjikan pendidikan percuma, mungkin ada pakej bayaran tunai seperti BR1m untuk pelajar jika GST dilaksanakan.
Delete"Untuk pengetahuan kawan-kawan daripada keseluruhan tenaga buruh (workforce) di Malaysia peratusan yang membayar cukai pendapatan (income tax) adalah kurang daripada 10% sahaja bermakna mereka yang membayar cukai pendapatan adalah sedikit jika dibandingkan dengan mereka yang menerima manfaat daripada kerajaan seperti BR1M, BB1M dan segala bentuk jenis subsidi yang lain"
ReplyDeleteMajoriti rakyat di Malaysia adalah dari golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Makanya adalah logik sekiranya peratusan yang membayar cukai pendapatan adalah kurang dari 10%. Tambahan, bolehkah saudara memberikan bukti yang jelas daripada mana saudara dapat maklumat kurang dari 10% itu? Terima kasih. :)
boleh rujuk buku perangkaan tahunan negara di jabatan statistik negara, saya akan betulkan sikit fakta saya iaitu kadar pembayar cukai berbanding populasi dan dan tenaga buruh. walaubagaimanapun saya memang setuju ramai yang tidak membayar cukai pendapatan kerana kebanyakannya berpendapatan rendah dan sederhana. sebab itu artikel di atas saya ada menyentuh tentang perlunya meningkatkan pendapatan isi rumah rakyat malaysia.
Deleteterima kasih
Saya yakin jika PR memerintah, spesis binatang GST, SST atau yg seumpama dengannya akan terhapus...
ReplyDeletetuna, cukai adalah realiti. siapa sahaja memerintah akan mengenakan cukai. tanpa cukai tiadalah pendidikan percuma, hospital, jalan berturap dan sebagainya. untuk mengatkan Pakatan Rakyat akan menghapuskan cukai sebegini adalah tidak benar.
Deleteterima kasih.
Tak mungkin langsung terhapus. Tertangguh ya... tapi eventually akan ada. Bila semua ketirisan dan corruption dah terhapus. Masa tu, keadaan ekonomi rakyat makin elok, masa tu la akan diperkenalkan GST. Not before.
Deletesaya lebih yakin kalau PR memerintah negara malaysia nanti ada timbalan perdana menteri dari bangsa lain. pulau pinang akan menjadi macam singapore, melayu tak mendapat peluang pekerjaan dan anak2 anda tak mendapat subsidi dalam pendidikan memberi impak kepada kewangan anda seluruhnya,
Deletepikir pakai otak bro.
Yang kita takut ialah kalau GST introduced, tapi net effect ialah disposable income reduced untuk rakyat middle class yg selama ni memang pun bayar income tax.
ReplyDeleteIni maybe on a case by case basis kot. But to make sure semua rakyat middle class punya disposable income not affected, sepatutnya income tax mesti dikurangkan. Baru lah adil kat kita ni yg dok bayar income tax tiap2 tahun ke Govt. Since taxation net dah spread lagi lebar kat semua rakyat, it is only fair income tax correspondingly reduced.
Tengok lah macam mana implementationnya nanti. Kalau tidak adil, kita protes!
ye benar kalo PR yg memerintah menda2 ni smua xwujud..SST la GST la LGBT la..huhu..Sayangi Selangor yakini Be End..hark tuih..
ReplyDeleteSaudara Norman. Terima kasih atas ilmu yang dikongsi.
ReplyDeleteMaaf kalau soalan saya sudah ditanya. Adakah boleh kita sebagai pengguna claim balik GST ini? Jumlah pendapatan yang bagaimana boleh melayakkan pengguna untuk claim GST (jika boleh claim)?
tak ada pendapatan minimum untuk yang bakal dikenakan GST bermaksud tak ada pengecualian. buat masa sekarang ni pun kita membayar 6% service tax dan 10% sales tax.
Deleteclaim juga tak ada kecuali kerajaan kecualikan GST dan peniaga boleh claim input tax & pengguna tak perlu bayar GST.
biasanya kerajaan akan bantu golongan miskin, berpendatan rendah dgn bagi rebat atau bayaran tunai utk tangani kesan GST. BR1M mungkin idea yang baik tapi perlu diperkemaskan lagi. tapi minta maaf saya cakap awal2 saya tak percaya BN.
Terima kasih Saudara Norman. Anda banyak membantu saya memahami isu GST dan SST(tambah lagi ilmu saya hari nie). Cuma di penghujung komentar ini, banyaknya terjerumus kepada pahaman dan kemarahan politik......:) mohon tuan2 puan2 skalian lebih terbuka memahami....kalau tak paham kita sama-sama baca lagi dan lagi, bukan info dari Saudara Norman sahaja yang boleh kita baca, banyak lagi media yang menjadi sumber pengetahuan.....tambahkan pengetahuan, InsyaAllah Allah akan tunjuk jalan yang benar
ReplyDeleteruang blog ini untuk pencerahan dan tak neutral. saya terangkan apa itu GST supaya tak ada yang keliru dan salahanggap. sememangnya saya kurang percaya dgn kerajaan skrg kerana melihat betapa hasil negara dibazirkan berbillion2 saban tahun. saya risau GST yang dikutip akan digunakan sama dengan corak perbelanjaan sebelum ni.
DeleteSaudara Norman, Terima kasih for your info tetapi ada info yg x diberitahu,
ReplyDeleteUtk pengetahuan semua, Malaysia adlah sebuah negara yg kaya dgn sumber asli yg sedia ada.. tidak seperti negara lain yg tidak punyai sumber asli. Mysia ada Petronas, Kelapa Sawit, Gas asli, Padi, Getah etc. Jadi mmg menjadi tanggungjwb sebuah Govt.menyediakan keperluan kpd rakyat2 semua.. Kami rakyat2 semmgnye ada bayar tax yg tersedia ada.. Contohnya : Cukai pintu, Roadtax, income tax dll.
Kalau di bandingkan dgn negara Singapura seperti yg di nyatakan oleh saudara Norman,Contohnya. Govt.Singapura tidak memmpunyai sumber asli .Oleh sebab itu Govt. Singapura perlukan tax dr rakyat utk pembangunan.. Terima
kasih.
galian negara tak cukup untuk menampung perbelanjaan tiap2 tahun. penduduk singapore kecil berbanding negara kita. GST bukan untuk membebankan, lebih kepada memperbaiki sistem cukai.
Deletenice article.. memula, bila dah habis baca artikel ni, macam nak paham dah.. tapi bila start baca komen, jadi lagy tak paham.. hehe.. btw, nice info..!
ReplyDeletegst bagus dilaksanakan..tp bak kata rafizi not for the time being..harus untuk menaikkan dahulu taraf hidup rakyat baru implement gst..
ReplyDeletesaya juga dah cakap di atas sebelum GST dilaksanakan pastikan pendapatan boleh guna rakyat meningkat supaya tak ada yang terbeban sehingga menyusahkan.
Deletebn mng ke kalah pekerja swasta pertengahan masih sama..masih berhutang di negara sendiri..bukan tiap2 bulan dpt br1m tapi belanja dapor tiap2 bulan..dan tetap merasa kenaikan barang dan tax..mereka lupakah kami juga penyumbang ekonomi negara?
ReplyDeletekalau BN kalah, program ekonomi PR mungkin dapat membantu golongan pertengahan. harga minyak turun, tol dihapuskan berperingkat, harga kereta turun berperingkat dan sebagainya. objektif utama meningkatkan pendapatan rakyat. PRU14 nanti undilah Pakatan Rakyat. bagi peluang, jangan takut mencuba.
Deletetak paham... maksud nya sekarang klo pegi tesco setiap barang akan dicaj... beli peralatan contohnya pen or pensil kene caj.. beli barang elektronik contoh nya handphone or laptop kene caj jugak eh.. camtu ke?
ReplyDeletememang dah lama kalau beli belah dekat shopping mall, hypermarket ada service tax 6%. cuba check resit.
DeleteSalam saudara,
ReplyDeleteSaya ingin meminta pendapat saudara, antara yg berikut, yang mana satukah lebih wajar dan mungkin akan lebih kemas pelaksanaanya:
1) Pelaksanaan GST, imposed on every individual in Malaysia who are consumers of goods and services. Maknanya semua lapisan masyarakat bayar tax, and tax itu sebagai pendapatan negara. Golongan pendapatan rendah, dapat bantuan BR1M (in thiscase, original purpose of BR1M sebagai bantuan rakyat n meningkatkan pendapatan, in a way,bertukar menjadi rebat tax, and no significant increase of income). Middle class and golongan pendapatan tinggi are tax payers and GST payers, tiada bantuan seperti BR1M, so, no benefit at all to them, in fact, merendahkan lagi pendapatan bolehguna. As of now, we only know GST is proposed, tp pengurangan income tax rate tidak disebut. Ada juga possibility peniaga yg mengambil kesempatan menaikkan harga atas alasan GST walhal mereka tidak mempunyai lesen utk mengnakan GST. Perkara ini sukar dikawal.
2) untuk tujuan yg sama seperti GST iaitu meraih extra income for negara, mengembalikan kadar tax golongan pendapatan tinggi dr kadar sekarang 26% for 100000 keatas, kepada additional categori yg dihapuskan 27% for 250000 keatas. Kadar 27% for 250000 keatas, diubah, jika tidak silap saya pada tahun 2009 , kepada 26% for 100000 keatas. Jika tax evasion is a concern, satu badan khas yg memantau kutipan tax perlu ditubuhkan, like in US if i'm not mistaken is IRS.
Pada pendapat saya, merendahkan kadar tax pendapatan tertinggi, dan cuba memperkenalkan tax yg dikenakan juga pada golongan miskin adalah tidak adil. Personally i dont agree with GST, as ustaz2 ada menyebut, haram mengenakan cukai pada golongan miskin. Adalah lebih baik pendapatan negara diraih drp golongan yg sepatutnya.
Mungkin, pemikiran saya ini dangkal? Mohon pencerahan. Terima kasih.
sebenarnya sekarang pun orang miskin, sederhana, pendapatan rendah, pendapatan pertengahan dah lama bayar SST yang lebih tinggi drpd GST. tak timbul soal orang miskin akan lebih terbeban.
Deletekalau ikut islam zakat pendapatan 2.5% kenapa kadar cukai patut lebih tinggi untuk orang kaya sedangkan islam kenakan kadar yang sama 2.5% untuk setiap golongan yang bayar zakat (cukup haul dan nisab). kalau nak diamalkan islam kita kena amalkan islam keseluruhan tak boleh amek suku, tinggalkan suku.
golongan pertengahan mungkin juga boleh dibantu dgn bayaran tunai tak semestinya golongan miskin sahaja. tapi saya taktau sistem apa yang akan digunapakai kerajaan skrg. kalau tak ada sistem yang jelas untuk bantu mereka yang berpendapatan rendah, & pertengahan saya akan bantah GST
Okay jadi GST ni macamni, manufacturer jual dekat wholesaler, satu transaction kena GST 4%, lepastu wholesaler/distributor transfer tax tu dekat retailer, satu lagi transaction pun 4%, retailer transfer tax tu dekat end user, lagi satu transaction kena lagi 4%, jadi semua akan di tax lah maksudnya? Kalau saya wholesaler jual produk nilai rm40000 jadi wholesaler kena bayar dekat kerajaan rm1600? Dan retailer jual produk tu semua dengan total harga rrp rm50000 dekat end user, retailer kena bayar dekat kerajaan rm2000? Macamtu ataupun memang saya salah sangat sangat?
ReplyDeletemcm km org kg ni.kj sendri tlg byaq cukai kat depa la walaupun km org kg x lyk utk cukai pendptn?
ReplyDeletesyok la depa taukey3 besaq cukai org kg mcm kkm ni tlg byq.cam ka?
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam.juz to have sme knowledge.kalau pengamal perubatan yang memiliki klnik swasta akan dikenakan gst atau tdk?
ReplyDeletebro..mcm ne plk kalo GST 7% higher than sst..implikasinya pada rakyat besor x??..lepas nie barang naik la ye..
ReplyDeleteAdmin, GST ganti SST, Kalo BN ni alim x pandang duit x per, ini mmg habis laa dikaut nye, pastu cukai pendapatan katanya "Mungkin" turun.. mmg x turun laa
ReplyDeleteSatu informasi yg padat dan berkesan..!
ReplyDeleteGST ni banyak memberi kesan kepada peniaga khususnya dan barangan import..
Semua harga barangan barang asas yg tidak dikenakan GST akan di letakkan di portal rasmi gst.custom selepas
GST dilaksanakan.
dan bukan sewenangnya mana2 perniagaan boleh mengenakan GST **Hanya yg berdaftar shj!
(boleh semak diportal)
Jika mereka tidak mendaftar boleh laporkan kpd KDRM.. **action speaks louder than word
Sumber (Seminar GST, Aug 2014)
Headache With GST ?!Are POS/Computer Billing System Must Be Use In Retailer Industry?
ReplyDeleteThe Answer Was “YES” !!!RM5000/RM3000 To Buy A System?!
No!!The Giveaway Blog Given To You By FREE!!
The Giveaway Blog!! Given Out Many FREE Licence Every Day With Many Kind Of Software!!
***Business Software – Billing / Accounting / Payroll / POS***
***Media Software – Video Player / Sound Editor / Video Creator***
***Professional Software – Office / PDF / Photo Editor***
We Are Given Unlimited Original Free Licence From Our Vendor To All Our Site Reader/Visitor.
Visit & Grab One Back Now @ http://themalaysiagst.blogspot.com/
#GST #Malaysia #Sage #UBS #Accounting