Selain daripada subsidi petrol dan diesel di pam minyak kerajaan melalui Petronas juga memberi subsidi gas kepada Tenaga Nasional Berhad dan Penjanakuasa Bebas atau Independent Power Producer (IPP). Subsidi ini diberi kepada mereka untuk menanggung beban harga gas asli yang digunakan untuk menjanakuasa elektrik bagi menampung permintaan bekalan elektrik seluruh Malaysia. Bil subsidi gas ini ditanggung terus oleh Petronas seperti yang dinyatakan didalam Laporan Kewangan Tahunan Petronas 2011:
Suruhanjaya Tenaga pada tahun 2010 melaporkan margin rizab kuasa berada pada paras setinggi 45%.
Pada awal tahun 90-an kerajaan telah menandatangani perjanjian belian kuasa atau purchase power agreement (PPA) untuk membenarkan IPP menjana kuasa dan dibeli oleh TNB bagi menampung permintaan bekalan kuasa yang semakin meningkat: |
Sekarang mari kita lihat berapa pula wang yang dibelanja oleh TNB untuk membeli kuasa daripada IPP:
Daripada kos menjanakuasa sebanyak RM23bil oleh TNB, RM 14bil adalah untuk membeli kuasa daripada IPP. Jumlah ini membebankan TNB dan kos ini secara tidak langsung terpaksa ditanggung pengguna dengan kenaikan tarif bil elektrik. Walaubagaimanapun kerajaan oleh kerana pilihanraya semakin hampir ketika itu, menangguhkan kenaikan tarif elektrik lalu mengeluarkan sejumlah wang sebagai subsidi untuk mengurangkan beban TNB:
Lebih kurang RM2bil tambahan dalam bentuk tunai dan perbezaan harga bahan api ditanggung kerajaan sebagai pampasan atas sebab penangguhan kenaikan tarif elektrik. Adakah perkara ini menguntungkan kita semua? Ataupun menguntungkan tokey-tokey IPP yang dijamin pendapatan tetap oleh TNB walaupun masih menerima subsidi gas oleh Petronas? Sekarang kita rujuk laporan kewangan YTL Power salah satu IPP terbesar dan tertua di Malaysia:
YTL Power pada tahun 2012 sahaja menjual sejumlah RM11bil elektrik kepada TNB. Adakah jumlah ini munasabah mengambil kira rizab margin kuasa negara yang tinggi dan subsidi gas yang diterima mereka? Bukankah sekiranya PPA ini tidak berat sebelah, kerajaan, Petronas dan TNB tidak perlu menanggung lebihan kuasa yang dijana IPP ini?
Pakatan Rakyat didalam Manifesto Harapan Rakyat berjanji menurunkan tarif bil elektrik untuk mengurangkan beban bulanan yang ditanggung. Ramai yang salah anggap apabila kerajaan berjanji menurunkan tarif ini kerajaan terpaksa membelanjakan sejumlah wang lagi untuk menampung kos menurunkan tarif elektrik ini. Tanggapan ini adalah salah kerana Pakatan sebenarnya bercadang menurunkan tarif ini dengan menyemak perjanjian PPA diantara kerajaan, TNB dan IPP. Pakatan juga bercadang mengurangkan rizab margin kepada tahap optimum.
Perjanjian PPA untuk IPP generasi pertama akan tamat pada hujung 2016. Ini bermakna kerajaan akan berunding dengan IPP sedia ada samada terus dengan perjanjian asal atau merombak beberapa klausa agar ia tidak membebankan siapa-siapa. Haruslah dicari satu jalan agar semua pihak berada dalam situasi menang-menang tak kira kerajaan, Petronas, TNB, IPP atau pengguna (rakyat) itu sendiri.
|
No comments:
Post a Comment