Thursday, April 4, 2013

Hapuskan Tol: Realiti atau Fantasi?


Dikemaskini (8 April 2013) dengan video penerangan dari Rafizi Ramli ini:



Salah satu janji Pakatan Rakyat didalam Manifesto Rakyat adalah mengambilalih konsesi lebuhraya dengan tujuan memansuhkan tol secara berperingkat. Umum mengetahui tol termasuk didalam perbelanjaan harian rakyat Malaysia yang duduk di kawasan bandar. Didalam artikel ini saya akan menerangkan kepada rakan-rakan tentang kos perbelanjaan yang bakal ditanggung kerajaan sekiranya konsesi lebuhraya diambilalih lalu dimansuhkan secara berperingkat.


Saya akan menunjukkan kos perbelanjaan PLUS Expressway Bhd iaitu lebuhraya pertama dan terbesar di Malaysia. Sekiranya PLUS mampu diambilalih oleh kerajaan maka tiada masalah konsesi lain seperti LDP, KESAS, MEX dan sebagainya diambilalih oleh kerajaan.

PLUS Expressway Bhd mengalami keuntungan bersih sebanyak RM1.1bil hingga RM 1.3 bil sepanjang tahun 2006 hingga 2010:




Hasil PLUS pula adalah sebanyak RM3.3bil ditolak dengan kos operasi RM991juta termasuk kos penyelengaraan, gaji pekerja dan iklan. PLUS juga beroperasi dengan berhutang kepada pemegang bon dan bank-bank untuk menampung kos operasi mereka. Kos membayar balik pinjaman kepada pemegang bon dan bank adalah RM751juta pada tahun 2010.




Pada tahun 2009 kerajaan mengumumkan penangguhan kenaikan kadar tol di lima lebuhraya termasuk PLUS. Dengan penangguhan ini kerajaan terpaksa membayar sejumlah pampasan kepada konsesi tol sepanjang tempoh penangguhan kadar kenaikan tol:

Pada tahun 2010  kerajaan memperuntukkan sejumlah RM2.4bil sebagai pampasan kepada PLUS atas sebab penangguhan kenaikan kadar tol:



Jumlah keseluruhan pampasan kepada semua konsesi lebuhraya terlibat adalah lebih kurang RM5bil setiap tahun. Pampasan ini dibayar menggunakan duit pembayar cukai dan merugikan kerajaan pada jangkamasa panjang. RM5bil ini lebih elok sekiranya digunakan untuk mengambilalih konsesi tersebut secara beperingkat. 
Ada juga yang mengatakan jika lebuhraya diambilalih oleh kerajaan, kos menyelenggara (maintenance) terpaksa ditanggung kerajaan. Mari kita lihat kos tahunan menyelenggara lebuhraya PLUS. Kos tahunan menyelenggara lebuhraya PLUS berjumlah RM250 juta manakala kos yang lain adalah kos pengurusan seperti gaji, bonus pekerja adalah RM391juta setiap tahun. Kos penyelengaraan lebuhraya sejumlah RM250 juta adalah kerdil berbanding jumlah wang pampasan yang dibayar kepada PLUS sebanyak RM2.4bil.

Pakatan Rakyat berjanji setiap pemegang bon dan bank yang memberi pinjaman kepada PLUS akan dibayar mengikut perjanjian yang telah dimeterai. Tidak timbul isu mereka akan menanggung kerugian apabila kerajaan menghapuskan tol.

Cadangan menghapuskan tol ini akan banyak membantu rakyat kebanyakan. Wang poket dan pendapatan bolehguna akan bertambah. Secara umum harga barang juga akan turun apabila kos logistic menurun. Bayaran tol termasuk dalam kos logisitik syarikat penghantaran bahan-bahan mentah, makanan dan sebagainya.
Jangan lupa kerajaan juga telah menurunkan harga tol di Lebuharaya KESAS, LDP sebelum ini malah menghapuskan beberapa tol di sekitar Lembah Klang. Konsesi lebuhraya milik kroni menerima insentif kewangan atas pampasan dan tempoh konsensi yang berpanjangan. Bebanan terhadap rakyat pula semakin meningkat akibat ingin menjaga kepentingan kronidan sanak saudara mereka.
Berdasarkan fakta-fakta diatas kerajaan mampu menghapuskan tol secara berperingkat dan hujahan bahawa ianya menambah beban kewangan kerajaan adalah tidak benar sama sekali. Tepuk dada tanya diri sendiri siapakah yang menawarkan tawaran terbaik untuk kita sebagai rakyat biasa? Jangan lupa sebarkan fakta ini selepas membaca.

Nak seribu daya, Taknak seribu dalih.

No comments:

Post a Comment